Khamis, 29 Disember 2011

AKU DATANG DIHUJUNG TAHUN







gambar penuh misteri


Apabila menjelang hujung tahun
Aku mula resah dan gelisah. Adakah hidup ini disambung lagi
Sehingga  nadi berdenyut ke tahun 2012

Biar apa pun aku tetap bersyukur
Kerana diri masih bernafas. Menyedut udara kurniaan tuhan
Masih boleh melihat mentari dan bulan
Kuatkan imanku Ya Allah!

Dalam kembara di bumi gersang
Biarlah aku mengenal sesama kita. Agar hidup ini rasa tidak terasing
Kawan masihkah engkau ingatkan lagi? aku menulis bukan kerana nama
Sekadar untuk menjana minda.

Kawan cubalah  Engkau bayangkan
Adakah kita masih dapat bermesra dan bergurau senda
membaca  catatan dan puisi di blog Cr. ini
sebelum usia kita berakhir nanti.


Oleh: Nurimanja,
Catatan buat sahabat Citrarasa 29hb, Disember, 2011.


  

Rabu, 28 Disember 2011

20.NYAMAN DISISI





sayembara puisi Cr ke final


Meletakkan aku nyaman di sisi
tidak menuntutku membicarakan
hal bersamanya melakukan
juga ditak menghakimiku untuk bersalah
kini sedkadar duduk diam di sisi
cukuplah karena hati berbicara
tidak perlu mulut semarakkan waktu
karena waktu tetap istimewa
jika tidak perlu menutupi pintu hati 



Oleh: Seri Suri
sajak fantasi/24 November 2011 2:49 PTG





Selasa, 27 Disember 2011

19.SETITIK API




 
sayembara puisi Cr ke final

Setitik api dalam embun malam
Menetes jatuh pada kulit tangan
sejenak terasa sepi dan dingin,
kemudian terpikir embun malam ini.
menjelma sebagai api yang menyala
menjulang di langit amarah
membasahi kulit hinggap sejenak
berikan rasa dingin kemudian jatuh ke tanah.
Setitik embun telah jatuh ke tanah
membawa setitik api dari
tubuh yang menanggung amarah.
menumbuhkan sebagai sebuah kemaafan
di pagi yang akan segera tiba. 


Oleh: Mr David
sajak simbolik/24 November 2011 2:46 PTG