Khamis, 8 Disember 2011

3,SINAR KELAM.



sayembara tempat ketiga

Aku bagai sinar melimpah
jadi pujaan tapi tak seindah dongengan
tak elok paras tidak sempurna
tapi sempurnanya mentari
gigitannya hangat
terik bahangnya membakar
sinarku lembut tanpa rasa
hadir ia sekadar menyapa
di sini terkadang penuh purnama
terkadang separuh cuma
tak seperti mentari bulat membara
bintang salam persaudaraan
hanya menumpang di sini
sama berbakti sama menghiasi
di ruang langit kelam yang terbuka ini

Oleh: Ravi Ramachandran
sajak Simbolik percubaan sebab selama ni tak pernah lagi buat sajak politik 
saja nek mencuba harap2 qalam dpt paham
/1 Disember 2011 4:36 PTG



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ravi Ramachandran dengan tema politik buat percubaan pertama kalinya walaupun sibuk dengan kerja dikuil. Kali ini bertajuk: SINAR KELAM. Pengucapannya agak biasa saja Cuma mesejnya yang menarik, Penceritaan simbolik pada politik tanah air . pada penulis dia telah pun melihat di antara mentari, bulan penuh dan setengah serta roket. Semuanya bagaikan penghias di ruang langit, tetapi tidak sehebat mentari yang berkuasa memenuhi citarasa bersama kehadiran bintang –bintang yang datang memberi salam walaupun di dalam sinar yang kelam . Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke tiga (3

Man Pendek berkata...

PENIAGA DAPAT DURIAN RUNTUH

peniaga dapat durian runtuh
itu yang terjadi kini
di penghujung tahun 2011
rezeki mencurah
barang jualan semua habis
jadi rezeki anak dan isteri
dengan senyuman mereka menanti
ucapan syukur tiada henti
rezeki lebih daripada biasa
walau hujan lebat
poket seluar tebal sentiasa
pelanggan datang tiada putus
dari utara hingga selatan
dari seluruh pelusuk negara
semuanya berhimpun di sini
tanda terima kasih
puas di hati mereka

Man Pendek
sajak buat ayah sy yg meniaga di pasar raya tersenyum saja bila jualannya habis

Saudagar Emas berkata...

SEBENARNYA

itulah sebenarnya kita mahu tunggu
amalan onar bagaikan sebati
buruk pencetus marah
jijik mainan budaya
tidak pernah hilang
sejak dahulu sampai sekarang
korupsi tahap luar biasa
jika benar tidak perlu kita lihatapa betulkah begitu
hanya tuhan yang tahu

Saudagar EMas
sajak simbolik

Satria Juragan berkata...

KUBUR MAKAM KERAMAT

pelik segelintir manusia ini
tapi jika ditelah kuasa tuhan
memang tiada pelik tuhan maha kuasa
segala ketentuan pasti dariNya
buktinya jelas di hadapan mata
buat pedoman agar jangan melupakan
kuasa lebih besar maha agung
situ hanya cuma sebuah makam lama
tapi ramai melakukan
perbuatan sesat syirik khurafat
mengundang suatu dosa besar
dosa tiada kan terampun
kecualilah dengan taubat nasuha
taubat sebenarnya taubat
ingatan buat kaki nombor

Satria Juragan
sajak buat rakan-rakan sy yg masih main nombor mujur sy x terlibat keja2 ni lagi dulu saja buat hehe

Geletek Malam berkata...

AKAL DAN RASA

Pergulatan rasa semakin menipu
otak dan hati terus berseteru
hadir di saat hampa
disaat malam kehilangan mahkotanya
aku mengelilingi semesta
angin kenderaanku cahaya jalan
menuju keagungan tuhan yang esa
tanda kasih tersebar di dunia
aku bersimpuh diatas otak hatiku
hanya maha penguasa akal dan rasa
semua hanyalah ciptaan dariNya

Geletek Malam
sajak ketuhanan

Muhamad Rabbi berkata...

SAMPAI DI LUAR BATAS

Kau lempar aku dalam gelap
Hingga hidupku menjadi suram
Kau siksa aku keras-keras
Hingga aku hampir mati
Kau paksa aku terus menunduk
Tapi keputusan tegak
Darah sudah titiskan dari bibirku
Luka sudah kau koyakan di tubuhku
Cahaya kau rampas dari biji mataku
Derita sudah naik menindas
Sampai di luar batasan

Muhamad Rabbi
sajak marah dan kecewa selepas putus tunang

Nabil Quldi berkata...

KUCING HITAM

kucing hitam jalan perlahan
meloncat turun dari atap
tiga orang muncul dari dalam gelap
sembunyi menggenggam besi
kucing hitam jalan perlahan
diikuti bayang-bayang
ketika ditemui tiga orang itu
lalu mereka melepaskan pukulan
bulan disaput awan meremang
saksikan perayaan kemiskinan

Nabil quldi
sajak dari sepupu sy kisah di tempat dia katanya

Muhamad Akmal berkata...

KATA-KATA BELUM BINASA

aku bukan artis pembuat berita
tapi akhabar buruk buat penguasa
puisiku bukan kata-kata gelap
berkeringat dan berdesakan
mencari jalan tak mati
meski bola mataku diganti
meski bercerai dengan rumah
ditusuk-tusuk sepi ia tak mati
telah kubayar yang di minta
umur tenaga kata itu
selalu menagih padaku ia berkata
kau masih hidup memang masih utuh
masih belum lagi binasa

Muhamad Akmal
sajak dari ayah sy pun xthu sajak psl apa ayah kata politik rasanya sajak psl pembangkang sbb ayah sy pembangkang

Madah Pujangga berkata...

MENARI DUKA

Aku menari diantara duka
mencuba berlari dari
semua antara bayang itu
aku mencuba sembunyi
apa yang mengganggu menyeksa
semua kehidupanku entah dimana
aku harus berlari menyusuri jejak-jejak fatamorgana

Madah Pujangga
sajak kecewa

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Man Pendek dengan sajak rezeki yang datang mencurah bagikan hujan turun dari langit nampaknya. Kali ini bertajuk; PENIAGA DAPAT DURIAN RUNTUH.Pengucapannya agak biasa,tetapi kebenran yang dinilai. Bicaranya ternyata benar bukan semua rakyat susah dan bukan semuanya senang pula. Tetapi kalau orang yang diangkap OKU boleh meraih keuntungan dengan berniaga walaupun ramai yg merunggut barang naik pastinya ada kemakmuran di negara tercinta ini. Kerana masih ramai mampu membeli. Al hamdullillah. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutuara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Saudagar Emas bercinta dah lama bila nak khawin? Kau ini sambil bekerja mengorat anak tauke pula? Sajaknya kali ini bertajuk: SEBENARNYA. Pengucapannya agak ciasa tapi ada sinis dan simbolik pada ungapannya.Bicaranya mungkin tentang politik semasa . Sudah menjadi kebiasaan lumrah alam kehidupan lewat kebelakangan ini. Apa saja yang sungsang dan bercangah dengan adat resam , budaya , undang-undang dan agama , itulah menjadi kegemaran mereka.Hanya Tuhan saja yang akan menentukan nasib untung mereka. Diberi peluang ntuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Satria Juragan dengan kisah budak nakal pemuja kubur.ini mesti cari number ekor . Kali ini sajaknya bertajuk KUBUR MAKAM KERAMAT. Pengucapannya biasa saja. Tapi ada mesejnya yang menarik. Bicaranya tentan syirek dan kurafat. Memang ada kerja begini, boleh terkeluar aqidah, jika ada percaya kubur boleh tolong sesaorang. Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Geletek Malam sajaknya masih diawangan melontarkan kata. Sajaknya kali ini bertajuk AKAL DAN RASA. Pengucapannya semacam samar dan kabur, simboliknya tidak begitu menyakinkan.Penceritaanya saja yang boleh diterima kerana ada maksud , semua kecelaruan yang dirasainya sukar dipertembvangkan , hanya pada tuhan saja dapat dia berserah, walau pun punya akal dan perasaan yang kekadang boleh merosakannya jiwa dan raga .Diberi peluang ntuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Muhamad Rabbi tema marah dan kecewa kerana putus tuning.kisah jiwa2 juga ini. Dengan keluhan sajaknya yang bertajuk: SAMPAI DI LUAR BATAS. Pengucapannya masih tercari-cari kekuatan ayat. Penceritaan baik atau mesejnya sudah ada, cuma perlukan susunan bait yang lebih menarik dan berkesan. Harap maaf! Cuma di sini terpaksa behenti usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Nabil Quldi anak didik en nuri ini. Kau kerja ke belajar? Hang ni menikus apa asyik duk mengorat makwe sekolah saja . bercinta boleh tapi jangan pegang-pengang. Bahaya! Kali ini nabil dengan sajaknya bertajuk: KUCING HITAM. Hasil kareya sepupunya. Pengucapannya Agak menarik semacam simbolik. Tetapi cerita belum dapat ditangkap maksudnya semcam ditamatkan mendadak. Pembaca jadi bingung pada dua bait akhir. penutup yang mengelirukan. Harap maaf! Cuma di sini terpaksa behenti usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Muhamad Akhmal masih dibangku sekolah lagi. Pinjam sajak ayah pula? Kali ini dengan sajaknya bertajuk: KATA-KATA BELUM BINASA. Pengucapannya Agak kabur dan mengelirukan semacam simbolik. Tetapi cerita belum dapat ditangkap maksudnya Munkin sekadar cakap belum buat dikira tidak mengapa belum berdosa agaknya . Kalau begitu tentu ramai orang akan menipu dalam hidup ini. Ini satu budaya tidak sihat. Pembaca jadi bingung dengan perinsip ini dan mengelirukan. Harap maaf! Cuma di sini terpaksa behenti usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Madah Pujangga lama tak Nampak? Masih mengetengahkan sebuah sajaknya bertajuk MENARI DUKA. Pengucapannya menarik, tetapi ungapannya mengelirukan dan samar maknannya. Penceritaanya mungkin jiwa2 atau keharuan di antara dua belah pihak . tidak dinyatakan sedikit penerangan. Bagai terperangkap nampaknya dalam delima permasaalahan. Harap maaf! Cuma di sini terpaksa behenti usaha lagi (TK)

Asyar Mujid berkata...

ANDAI CINTA

andai cinta itu makna
tak terpisah hati jiwa
raga sentuh hujung sukma
saat jiwa tak lagi berharta
andai kasih itu cinta
takkan ada kata mutiara
menggambar dunia dijajah kuasa
sanak saudara terbang kemana
digodam besi hitam menyala
muka terlanjur buruk rupa
terluka dalam besar terbuka
sudah lupa rasa tertawa
cinta kosong belaka
tiada dunia seakan tak punya muka
hari ini tiada makna untuk tercinta

Asyar Mujid
sajak cinta

Profesor Naquib berkata...

PERANTARAAN

malam meruntun aku ke dunia senja
melintasi dingin gelap
aku berbicara bersama kelip bintang
meringkas bulan sabit
tutur bahasa bersama mentari pagi
tapi semua dusta bila berkata-kata
aku coba membaca berpikir merenungi
tanpa sadar telah ku melesat
berada dalam keraguan hitam
kau campakkan kemurnian
aku hanya diam seketika
terus menyemak catatan singkat walau tak tersampai raasa ego
apakah mampu hidup tanpa perantara?

Profesor Naquib
sajak simbolik tentang keadaan semasa

Jupri Helmi berkata...

BIAR AKU KE SANA

jangan kemari sayang
hari ini aku lelah
cukup kau henti disitu
biarlah aku saja yang kesana
apa itu yang kau bawa
sampai-sampai wajahmu berseri
jangan tersenyum seperti itu
tak sanggup aku berlari
biarlah hujan ini reda dulu
pohon itu hampir roboh
biarlah aku saja yang kesana

Jupri Helmi
sajak jiwa2

Ustaz Mahfuz berkata...

SATU PELURU

tetaplah duduk di bangku itu
makan saja apa yang dihadapanmu
kakulah situ seolah selonggok batu
tidak ada seorang pun tahu
kau hanya boneka salju
usah tampakan kedinginan
biarkan waktu membantu membeku
jangan sampai mereka tahu
kau telah sampai akhirnya
nanti dengan lantang kita berseru
satu ibu satu peluru satu persatu

Ustaz Mahfuz
sajak perjuangan

Hambali Maliki berkata...

BERGERAK MUNDUR

bukan nyanyi bukan puisi
apalagi drama suara tanpa bunyi
bunyi pun tanpa suara
bergerak tetap ditempat
kulit mulai mengendur
penglihatan meranjak rabun
pendengaran sayup menjauh
tulang-tulang sendi pun rapuh
mengulang suatu yang mustahil
melanjutkan juga terasa beban
mundur meratap kedepan ditatap
muda telah terlewat
tua akan terus menerjang
mati jelas di genggam izrail
surga neraka semua gelap

Hambali Maliki
sajak simbolik kehidupan

Ustaz Deraman berkata...

PEMBURU

genderang perang bertalu
pemburu mula mahu memburu
tapi musuh tampak tersilap ia
tersedak liur kerongkong
desir merah mengalir kencang
bersatu kaki depan belakang
memacu gerak lompat,loncat,
karang tak pecah
maju ke depan toleh belakang,
genderang perang bertalu
pemburu kembali memburu mangsa

Ustaz Deraman
sajak simbolik sinis

Salikin Samsudin berkata...

TERPINGGIR

mengapa rasa terpinggir tersisih
rasa tiada siapa peduli mendekati
cuba pandang keliling
apakah langsung tiada sesiapa
apakah semuanya hanya haiwan
mengapa harus rasa begitu
jika ditilik tiada langsung cacat
tiada terkurang sifatnya
di dunia serba kemodenan
bukan lagi kau ditakuk bawahan
kita bukan lagi di zaman silam
jangan peduli keluargamu siapa
hulurkan sahaja tangan
mereka pasti berjabat mesra
jangan bersembunyi langsung hilang
terlindung bayang gelap
jangan lupa walau
nampak segala tersurat
yang tersirat pasti dirungkai

Salikin Samsudin
sajak buat rakan sy yg datang dari kampung baru berkeja tapi masih segan mahu bercmpur dgn kami di office

Pagok Lana berkata...

BENDERA PUTIH

berkibarlah bendera putih
berkibar mengibar mengglepar
masa silam tak tergoda
kerana angin pemberontakan
terus berhembus terendus
tak kurang lagi kata- lemah
mengkumandanglah ucap kekalahan
menyerah terserah parah.

Pagok Lana
sajak simbolik

Tanpa Nama berkata...

gewgewge

Mr David berkata...

kretif ravi buat sajak

Tetamu Malam berkata...

aku ingat sajak apa rupanya politik jgk

Pak Kassim berkata...

terbaik sajak ravi dgn mr tan tp kenapa ustaz rahman yg menang? qalam nilai mcm mana?

Tanpa Nama berkata...

ergergrerhh