Rabu, 21 Disember 2011

14.HARI-HARI (TK)





 
sayembara puisi Cr. ke final 


Aku menjalani hari-hari
seperti semua itu satu, aku menjalaninya seperti
sejuta langit dijadikan satu
melewati hidup seperti hujan tapi tak pernah ada keraguan
aku menjalaninya sebuah ringkasan
hati jadi tak pernah berhenti
hingga suatu hari aku temukan hati


Oleh: Vijay Kumar

sajak dari uthaya maaf kalau kurang menarik sbb uthaya kata xda idea lag
 i/27 November 2011 4:14 PTG




30 ulasan:

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Vijay Kumar dengan sajak sifunya sdra Uthaya kali ini dengan tajuknya HARI-HARI. Pengucapannya menarik jika diolah dengan lebih baik, Cuma penceritaanya bagaikan ada siri sambungan pula dari tajuk sajak-sajak yang terdahulu sebelum ini. Malah temanya dan sadikit penerangan tidak pula dinyatakan? Sekadar kekurangan idea. Apa pun bagaikan ada keluhan dari hati si penulis mungkin mengenang nasib yang tidak menyeblahinya,pastikah hingga ke hujung senja, namun dia tetap mengharungi hidup dengan sederhana seperti biasa. Adakah sehingga dia menemui seuatu yang dapat mengisi hatinya yang sunyi. Atau sampai kemati. Terasa temanya semacam mencari satu kepastian. Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyertaan anda buat kali ini (TK)

Nurimanja berkata...

2.CERPEN BLOG CITRA RASA BERTAJUK: PEGINYA SEORANG MUALLAF OLEH; NURIMANJA.

MUSIM hujan turun renyai-renyai belum lagi berhenti sejak semalam. Kedinginan pagi kian mencucuk tubuh. Angin malam sesekali menyelenap masuk dari celah dinding atap nipah, menjadikan api pelita minyak meliuk lintuk menari ke kiri dan juga ke kanan.

Kira-kira jam pukul enam setengah pagi. Pintu rumah Wak Jawa bagai hendak pecah diketuk orang.Wak Jawa bingkas bangun, walaupun dia terasa berat unuk melepaskan dakapan panas dari isteinya. Wak Jawa bergekas ke pintu,jari tangannya menolak salak pintu.

Apa bila pintu dibuka, tercegat Fatimah di muka pintu,pakaiannya basah kuyup, bibirnya mengeletar kesejukkan, matanya jelas menunjukkan seperti orang bersedih, Dan wajahnya benar-benar muram, semuram cuaca pagi hujan renyai-renyai itu.

“Ada apa Fatimah?”
“Mahmood…”
“Kenapa?”
“Dia… Dia telah meninggal.”
“Mahmood meninggal!!..”
“Ya Wak!”
“Innalillah. Hiwainna hilal hira jiunn…Sakit apa ?”.
“Tak tahu..Tapi semalam dia ada cakap sakit dada,”

“Sakit dada?”
“Ya Wak!”
“Dia masih minumka air tuak itu?’
“Kalau musim hujan, dia minum juga Wak, untuk panas badan.”
“Mahmood! Mahmood!!...”
“Tolong Wak datang ke rumah cepat, saya hendak pergi ke estate,”
“Ya! Ya! Wak akan datang !,”

Setelah menerima pengakuan, Fatimah terus meninggalkan rumah Wak Jawa itu, dia berlari anak meredah hujan renyai-renyai yang masih belum berhenti. Isteri Wak Jawa tidak sempat menemuinya.

Selepas memberi tahu isterinya. Wak Jawa segera mencapai payung di sebalik pintu, kemudian turun meredah hujan renyai-renyai yang enggan berhenti pagi itu.

Kevin Khairudin berkata...

BERPACU

Tak ada detak berpacu lebih kencang
Kecuali ketika namaMu di serukan, Sayang tak ada debar gemuruh
Kecuali ketikanafas luruh bersimpuh
Kerinduan semakin deras mengalir
Hingga merasuki lembah
jiwa yang paling rapuh
selembar hati berlumur noktah
Sebongkah cinta padaNya
menghantar jiwa kini berpasrah

Kevin Khairudin
sajak ketuhanan

Muhamad Badawee berkata...

PERGILAH KAU SEGERA

pelbagai rasa hatinberlegar dibenak
bermain dimimpi bersarang di kepala
tolong pergi segera jauh dariku
usah bertenggek di sini
aku mahu tenang usah berlegar lagi
pergi kau segera wahai yang esa
berilah sedikit ketenangan
agar ku terus ke hadapan…

Muhamad Badawee
sajak keresahan

Pagok Lana berkata...

TERNYATA

Dari Sebuah munafik
termenung dan termangu
Seakan tersedot kedalam lubang
pikirannya yang nyaris beku
Perangai masih sama
menghubungkan hati dan logika
Sebuah antagonis masih menjelajahi
masih bermain dengan kesetiaan
mungkinkah sebuah penghianatan?
Bibir berkata, hati berkelana
Otak menyimpang entah kemana
Semua begitu tidak waras
Dia tidak cukup nyata
untuk menjadi lebih nyata.

Pagok Lana
sajak dari sahabat dari kampung di ipoh

Hambali Maliki berkata...

RINDU MENJAJAH

rautnya mengombak warna
menoreh garis-garis
seperti yang sembunyi
di antara bata dinding kamar
inginku baris demi baris
meluncur lurus dari selengkung langit di sebut biru
jangan bertanya apa artinya
lihatlah rindu yang menjajah

Hambali Maliki
sajak kerinduan

Qalam Mutiara berkata...

1 Kevin Khairudin berkata...

BERPACU (SM)

Tidak ada detik begitu pantas
Kecuali ketika namaMu di serukan,
Sayang tidak ada debar gemuruh
Kecuali ketika nafas luruh bersimpuh
Kerinduan semakin deras mengalir
sehingga merasuki lembah
jiwa yang paling rapuh
selembar hati berlumur noktah
Sebongkah cinta padaNya
menghantar jiwa kini biar berpasrah

Oleh: Kevin Khairudin
sajak ketuhanan/21 Disember 2011 7:03 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Kevin kali ini tampel dengan sajak ketiganya yang bertajuk: BERPACU. Tema ketuhanan tapi penerangan tidak dinyatakan . Sadikit pembetulan pada ungapan asalkan tidak lari isinya. Pengucapan terasa ada sadikit simbolik pada ungapannya dan boleh diterima. Mesejnya menyentuh isu semasa yang dialami selama ini, adadakwah keagamaan. Dan sinis melihat pada keadaan sekeliling yang nyata tidak menindahkan seruanNya Begitulah buat mereka yang lalai dan lupa kecuali pada mereka yang pasrah kepada kewujudanNya. Cuma andaian. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

2. Muhamad Badawee berkata...

PERGILAH KAU SEGERA (TK)

pelbagai rasa hati berlegar dibenak
bermain dimimpi bersarang di kepala
tolong pergi segera jauh dariku
usah bertenggek di sini
aku mahu tenang usah berlegar lagi
pergi kau segera
wahai yang esa berilah sedikit ketenangan
agar ku terus ke hadapan…

Oleh: Muhamad Badawee
sajak keresahan/21 Disember 2011 7:05 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Adik Muhamad Al Badawee, walaupun masih muda usia mampu menulis sajak ketiganya yang bertajuk:PERGILAH KAU SEGERA. Tema keresahan tidak dinyatakan sadikit penerangan? Pengucapannya agak mengelirukan umpama serapah jampi tetapi ada daya puitisnya. Mesejnya semacam cerita dukun menghalau hantu pelesit. berkaitan dengan kisah orang muda punya biasa. Mungkin ada ganguan fikiran pada keadaan sekeliling menjadikan hilang tumpuan pada pelajaran agaknya. Apa pun ini cuma andaian saja. Hanya disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan ke tiga ini, usaha lagi. Harap maaf dan maklum,.(TK)

Qalam Mutiara berkata...

3. Pagok Lana berkata...

TERNYATA(SM)

Dari Sebuah munafik
termenung dan termangu
Seakan tersedot kedalam lubang
pikirannya yang nyaris beku
Perangai masih cerita sama
menghubungkan hati dan logika
Sebuah antagonis masih menjelajahi
masih bermain dengan kesetiaan
mungkinkah sebuah pengkhianatan?
Bibir berkata, hati berkelana
minda menyimpang entah kemana
Semuanya terasa tidak begitu waras
Dia sebenarnya tidak cukup nyata
untuk menjadi lebih nyata.

Oleh: Pagok Lana
sajak dari sahabat dari kampung di ipoh/21 Disember 2011 7:09 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Pagok Lana kali ini tampel dengan sajak ketiganya yang bertajuk:TERNYATA. Tema dan penerangan tidak dinyatakan . Sadikit pembetulan pada ungapan asalkan tidak lari isinya. Pengucapan terasa ada sadikit simbolik pada ungapannya dan boleh diterima. Mesejnya menyentuh isu semasa dialami selama ini, ada berbau politik juga. Dan sinis melihat pada keadaan sekeliling yang nyata dan terang. Amat kesal nereka tidak tahu jemu membuat onar dan mungkar. Cuma andaian. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

4. Hambali Maliki berkata...

RINDU MENJAJAH (TK)

rautnya mengombak warna
menoreh garis-garis
seperti yang sembunyi
di antara bata dinding kamar
inginku baris demi baris
meluncur lurus
dari selengkung langit di sebut biru
jangan bertanya apa artinya
lihatlah rindu yang menjajah

Oleh: Hambali Maliki
sajak kerinduan/21 Disember 2011 7:12 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Hambali Maliki kali ini dengan sajak ketiganya yang bertajuk: RINDU MENJAJAH . Tema kerinduan saja tidak dinyatakan sadikit penerangan? Pengucapannya agak mengelirukan dan tetapi ada daya puitisnya. Mesejnya semacam ada cerita berkaitan dengan kisah orang muda punya biasa. Mungkin untuk mengambarkan kegimbiraan betapa bertuahnya dapat si jantung hati cantik menawan. Harap jangan dipersiakan.. Apa pun ini cuma andaian saja. Hanya disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan ke tiga ini, usaha lagi. Harap maaf dan maklum,.(TK)

Usop Nayan berkata...

TAHI JUDI

mereka lupa lihat mereka
senyum senyum kambing
ketawa berdekah-dekah
cakap sorang sorang
terlentang tengah jalan
lihat mereka itu nampak terketar
air liur nampak meleleh
badan mengigil mulut terkumat kamit
jadi sampah masyarakat
langsung tiada guna
mereka lupa apa mereka buat
kumpulkeliling lampu tengah belukar
tika poket dah jadi nipis
baru sedarkan diri rasa susah hati
beras dah lupa dibeli
sudah licin duit gaji baru merana
kasihan jadi tahi judi
bila mahu berhenti

Usop Nayan
sajak buat rakan-rakan di kampung yang tahi judi

Jalil Janggut berkata...

BAKAR

Hari ni kudengar cerita
tentang keberadaan yang tercela
Entah dari siapa ia mendapatnya
tiba-tiba panas hati membara
namun kupilih berdiam dahulu
terpaksa berusaha memberi jawapan walau pilu hati ini bertanya
Hari demi hari tapak kaki berdiri
kumerenung apa beza si pencerita
Buka mata inilah realiti
Sehari kita dibakar api kebencian
Dibekukan rasa ditindas kekurangan
Diperbudak nafsu dan keinginan
setelah semua terlewati
Baru kita sadar seksa dunia

Jalil Janggut
sajak apabila digerai roti canai terpikir juga ada betol kata tinta byk pembangkang bercakap perugus dan x berfikir dulu

Nahul Hidzar berkata...

DALAM DAMAI AKU MEMBENCINYA

Dalam bait katanyaku memberi pujian
tapi dia melempar dengan cemohan
aku diam meski ku boleh menjawabnya
tapi aku takkan pernah mencemuhnya
kerna mulutnya lebih besar
maaf jika aku menyimpan dengki
tapi pada kedua sayap kumiliki
satu hal yang kau tak tahu
mereka selalu meludahi
mereka mangganggapku
hanya katak bawah tempurung
walau selalu di cerca
tapi ku tak mampu terus memuji
satu teguranku dan kebencianku
tak bisa surutkan siapapun
dalam damai aku membencinya

Nahul Hidzar
sajak buat mak mertua dan bapak mertua sy

Supain Sipaun berkata...

SEPIMU

apakah hanya aku yang sepi..?
kuyakin tidak karena kini
ada sepi denganku tak usah jawab,
disini aku berbagi sepi
tak perlu ada yang bicara
diantara sepi dingin pasti ada

Supain Sipaun
sajak bila terbaca sajak en nuri tajuk sepi jgk

Qalam Mutiara berkata...

1. Usop Nayan berkata...

TAHI JUDI


Kaki berjudi dan tahi berdengung
mereka lupa apa yang masyarakat lihat
cuma tersengeh gaya senyum kambing
ketawa berdekah bila menang sadikit
cakap besar mengatasi kesombongan
bila berjudi ada pula yang berdengung
kekadang terlentang di tengah jalan
lihat tubuh nampak mengeletar
air liur meleleh diserang ketageh
mulut terkumat kamit minta kasihan
hidup memperjudikan nasib
diri menjadi sampah masyarakat
langsung tiada berguna
mereka lupa apa mereka buat
berkumpul keliling lampu
di tengah hutan belukar
mereka asyik bermain pakau
ketika poket menjadi nipis
duit gaji pun sudah habis
beras di rumah lupa dibeli
baru sedar menyesal tidak terperi
kasihan penyakit kaki judi dan berdengung ini
bilakah agaknya rakan semua mahu berhenti?

Oleh:Usop Nayan
sajak buat rakan-rakan di kampung yang tahi judi/22 Disember 2011 3:09 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Adik Usop Nayan walaupun masih troma dengan musibah yang mimpa, masih mampu menulis sajak ketiganya yang bertajuk: TAHI JUDI, sepatututnya KAKI JUDI . Tema keresahan pada hatinya melihatrakan2 kaki judi.? Pengucapannya agak biasa saja sadikit daya kreatif dan puitis diabaikan. Tetapiboleh diterima. Mesejnya cerita. berkaitan dengan kaki judi, tetapi ada juga disebut yang berdengung biasalah itu. Kerja budak kampong dah khawin pun masih lupa tanggung jawab rumah tangga. Apa pun ini cuma andaian saja. Hanya disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan ke tiga ini, usaha lagi. Harap maaf dan maklum,.(TK)

Qalam Mutiara berkata...

2.Jalil Janggut berkata...

BAKAR (SM)

Hari ini aku dengar cerita
tentang keberadpan yang tercela
entah dari siapa ia mendapatnya
tiba-tiba panas hati membara
namun kupilih berdiam dahulu
terpaksa berusaha memberi jawapan
walaupun pilu hati ini bertanya.
Hari demi hari tapak kaki berdiri
aku merenung apa beza si pencerita
buka mata ternyata inilah realitinya
sehari kita dibakar api kebencian
dibekukan rasa ditindas kekurangan
diperbudakkan nafsu dan keinginan
setelah semua kita lewati dan diteliti
Baru kita sadar betapa buruknya laku
manusia yang hidup di dunia sebagi batu api…

Oleh:Jalil Janggut
sajak apabila digerai roti canai terpikir juga ada betol kata tinta byk pembangkang bercakap perugus dan x berfikir dulu/22 Disember 2011 3:19 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Jalil Janggut kali ini tampel dengan sajak ketiganya yang bertajuk: BAKAR. Tema isu semasa dengan gelagat manusia.. Sadikit pembetulan pada ungapan asalkan tidak lari isinya. Pengucapan terasa ada sadikit simbolik pada ungapannya dan boleh diterima. Mesejnya menyentuh isu semasa yang dialami selama ini dalam kehidupan keadaan sekelilingnya, ternyata tidak tidak memberi faedah dan merosakan minda orang yang mendengarnya. Begitulah buat mereka yang suka memjadi batu api untuk membakar hati mereka yang lalai dan lupa pada hari pembalasan Tuhan.. Cuma andaian. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

3. Nahul Hidzar berkata...

DALAM DAMAI AKU MEMBENCINYA

Dalam baik katanya aku memberi pujian
tapi dia melempar dengan cemohan
aku diam meski aku boleh menjawabnya
tapi aku tidak akan pernah mencemuhnya
kerna mulutnya lebih besar untuk menelan
maaf jika aku menyimpan sadikit dengki
tapi pada kedua sayap aku miliki
satu hal yang kau tidak mengetahui
mereka selalu meludahi
mereka mangganggapku
hanya katak bawah tempurung
walau selalu di cerca dan nesta
mungkin aku tidak mampu terus memuji
satu teguranku dan kebencianku
tidak bisa surut dan berhenti
kerana dalam damai aku tetap membencinya

Oleh:Nahul Hidzar
sajak buat mak mertua dan bapak mertua sy/22 Disember 2011 3:27 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Nahul Hidzar kini tampel dengan sajak ketiganya yang bertajuk: DALAM DAMAI AKU MEMBENCINYA. Tema sajak bersiri dihantui keresahan nampaknya. Sadikit pembetulan pada ungapan asalkan tidak lari isinya. Pengucapan terasa ada sadikit simbolik pada ungapannya dan boleh diterima, tetapi masih kyrang daya kreatif dan puitisnya. Mesejnya menyentuh isu yang sama dialami selama ini, Dan sebaiknya tinggal berasingan, kata orng tua2 dekat bau tahi , jika jauh bau bunga. Sebelum keadaan lebih parah dengan sendiran. Kerana hati bagaikan gunung berapi jika panas berlebihan laharnya akan bersembur keluar. Harap sabar!. Cuma andaian. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

4. Supain Sipaun berkata...

SEPIMU (TK)

Apakah hanya aku yang sepi..?
aku yakin tidak karena kini
ada sepi denganku tak usah jawab,
disini aku menerima berbagi sepi
tidak perlu ada yang bicara
diantara sepi dingin pasti ada

Oleh: Supain Sipaun
sajak bila terbaca sajak en nuri tajuk sepi jgk

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE TIGA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Adik Supain Sipaun, walaupun lama tidak menulis sajak ketiganya yang bertajuk:SIPIMU. Tema keresahan dan jiwa2 ini tidak dinyatakan sadikit penerangan? Pengucapannya perlu diperbaiki lagi. dan sadikit kurang menyakinkan, menulis perlu yang benar apa yng pernah berlaku.pada diri kita. . Mesejnya mengambarkan rasa sunyi dan sepi, tetapi engan berbicara pada siapa, lalu terpaksa tanggung sendiri. Hanya disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan ke tiga ini, usaha lagi. Harap maaf dan maklum,.(TK)

Anjang berkata...

dh msuk islam tp masih minum??

Zainal Arifin berkata...

cerita ni pun best jgk

Usop Nayan berkata...

cerita btol ke ni?

Saizul Maizav berkata...

mcm pnh bca je cerita ni

Tok Mahat berkata...

eh! meninggal sbb minum arak ke?

Saudagar Emas berkata...

suspen jgk cerpen ni

Ezad Emir berkata...

apa dh jadi dgn mahmood tu

Dam Catu berkata...

menarik jgk cerpen ni

Warga Emas berkata...

sambung lagi best ni

Raja Muda berkata...

ada lagi ke smbungan best ni

Nuri Jaguh berkata...

agak boleh tahan cerpen ni

Tanpa Nama berkata...

panjang lagi ke cerpen ni?