SETELAH
Aku mengerti kini, Bahawa hidup ini,
Satu kembara .....................................................................
Yang jauh ....................... lalui zaman dan musim-musim .
Betapalah musim yang masak;
Satu keriduan ......... mulai luntur tiada hebat
Cuma meniti .......... dalam hari-hari yang menanti
TETAPI
Alangkah zaman kemuncak kegemelangan
Adalah meliputi musim-musim yang muda
Punya emonsi dalam ribu pergolalakan imaginasi
Cita-cinta-kemesraan hidup bersama
Diantara jodoh yang dikecapi dalam meniti hari
DAN
Betapalah zaman pertama
Dengan suara pertama
Palimg tiada mengerti tentang perjalanan dan kehidupan
Namun tetap terus ...............meniti dalam musim berputik
Kegundahan dan kebimbangan merangkak
Kehidupan mencari pengertian yang unggul
JUSTERU
Dalam rakaman hidup ini ..... mungkin pasti
Ada zaman yang mesti kita lalui
Dalam musim-musim, musim-musim, musim-musim .......
Oleh; nurimanja Pk.
Tanjung Nipis petang Hb26\4\74.Siar PERENTAS.
Siarsemula 7hb,November 2011.