Rabu, 23 November 2011

.LARI KE SEBERANG




 
16 menang bersama ke final


Bila termenung sendirian
di dalam gelap dihujung jalan yang tidak jelas,
seperti peronda yang kesepian
Dari arah belakang 
muncul seorang pengarang  
yang kehilangan jejak tokoh cerita
mungkin  kerana belum selesai ditulisnya.
Kucari dari tadi ternyata sedang melamun
di sini daripada aku harus pulang,
lalu ia pilih lari ke seberang.


Oleh: Ustaz Muda
sajak ni bukan sy pnya bapak mertua yg punya dia teringin nk sumbang sajak
/21 Oktober 2011 2:27 PM  



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra. Ustaz Muda kali sajak kepunyaan bapak mertuanya baik punya menantu. Sajaknya bertajuk: LARI KE SEBERANG. Pengucapannya juga menarik munkin kisah peribadi agaknya dengan apa yang telah berlaku. Mungkin mengambil jalan berhijrah untuk mencari sinar kejayaan, setelah lama berfikir dan mencari jalan untuk meninggal kampong halaman lari ke seberang. Agaknya. Kini bagaimana? Kerinduan pula mula menyerang di benak hati untuk mengjenguk ke kampong halaman. tetapi anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. Harap maaf dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

Tinta Azimad berkata...

Maaf bukan ziarah makrifat. sajak beliau telah disiarkan di anatara 16 orang ke final.

Kini geliran sajak sumangan bapak mertua ustaz muda dari Kuala Rajang Sarikei Serawak.

Mr David berkata...

SETITIK API

Setitik api dalam embun malam
Menetes jatuh pada kulit tangan
sejenak terasa sepi dan dingin,
kemudian terpikir embun malam ini.
menjelma sebagai api yang menyala
menjulang di langit amarah
membasahi kulit hinggap sejenak
berikan rasa dingin
kemudian jatuh ke tanah.
Setitik embun telah jatuh ke tanah
membawa setitik api dari
tubuh yang menanggung amarah.
menumbuhkan sebagai sebuah kemaafan
di pagi yang akan segera tiba.

Mr David
sajak simbolik

Seri Suri berkata...

NYAMAN DISISI

meletakkan aku nyaman di sisi
tak menuntutku membicarakan
hal bersamanya melakukan
juga tak menghakimiku untuk salah
duduk diam di sisi
cukuplah karena hati berbicara
tak perlu mulut semarakkan waktu
karena waktu tetap istimewa
jika tak perlu menutupi hati

Seri Suri
sajak fantasi

Ravi Ramachandran berkata...

PERMAINANNYA YANG KIAN KELAM

permainannya mula merasuki
minda mereka tapi akhirnya hancur
namun ia hanya mahu sekeping hasrat
untuk baluti torehan getir
tapi menjelma jadi luka
ada ketukan bisu kini terdengar
denyut emosi nadi mulai gelegar telah sesat untuk tutur kata bijak
lelah ia mengembara
di padang munafik
menyedari kelam mula kembali
tertumpah pada angan
ingin satu jawapan jujur
walau tak mampu menyatu kembali

Ravi Ramachandran
sajak sinis mainan politik

Ustaz Muda berkata...

PEMIMPIN

pemimpin oh pemimpin
anda itu pemimpin
sematlah dalam benak anda pemimpin
fikirlah bertindaklah cara pemimpin
buatlah keputusan cara pemimpin
mana bisa kamu emosional atau lemah
kamu harus kuat hadapi kemelut
tentang badai terjah ke laut
ingatlah watakmu itu
kamu itu pemimpin
bukan si pak turut,pak sanggup
bahkah bukan juga pak angguk
atau pak kaut jadi
tolonglah sedar jangan jadi
pemimpin tak sedar diri!

Ustaz Muda
sajak perli

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Mr David dengan sajak bertajuk: SETITIK API . Pengucapannya sekadar tema simbolik sahaja tidak dinyatakan sadikit penerangan kepada siapa? Pada alam benda atau kemanusiaan?Penceritaanya sebagai hujan dan kilat, bagaimana wap embun yang naik kelangit dan sampai tempat sejuk dia pun pecah menjadi kilat dan menjatuhkan titisan air, lalu menyuburkan bumi mencerahkan kehidupan harian makhluk di alam ini..cuma andain sahaja. Apa pun itu yang kami nampak maksunya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Seri Suri dengan sajak fantasinya bertajuk NYAMAN DISISI . Pengucapannya agak Mengelurukan , tetapi bila dalam fantasia pa pun boleh kita khayalkan apa saja yang kita mahu tidak ada rasa bersalah atau mahu pun dihukum oleh mana-mana pihak.kerana semuannya dalam fantasi kita, tanpa bicara.Apa pun sajak ini tertewas dengan Mr David yang dulu pernah Ditertawankan dengan sajak lilipop buat kekasihnya. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ravi Ramachandran kali ini mengetengahkan sajak bertema sinis pada politik yang berbertajuk: PERMAINAN YANG KIAN KELAM .Pengucapannya menarik ada rasa sinis dalam kelembutan. Pembicraaannya berhubung dengan politik tanah air terkini, ternyata ada rasa kesedaran pada penulis bahawa terdapat ahli politik telah menclarukan minda setengah Penyokong mereka dengan memutar belitkan segala fakta. Sanggup bermain kata manis dan menolak kebenaran, malah merelakan diri dicampak dipadang munafik, keluhuran dan kewarasan tidak mampu lagi menyatu kembali. Layak untuk samyembara seterusnya .(SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Ustaz Muda sering dalam delima mengolah sajaknya. Kali ini diketengahkan pula sajaknya bertajuk; PEMIMPIN . Pengucapannya agak terang dan tegas ternyata sebagai lagu pergi berperang menentang musuh. Sebuah puisi punya kelembutan maana pengucapannya , namun disebalik itu ada tersirat dan tersurat erti yang tajam dan sinis demi menyedarkan untuk kewarasan berfikir. Nampak sajak perli ini cukup menghentamkan! Pastinya tersentak para pemimpin? Apa pun sajak ini tertewas kepada sajak Sdra Ravi Ramachandran dengan ungapan sinis simboliknya yang besahaja. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

Ambuyak berkata...

MENGEJAR MIMPI DAN CITA

berbahagialah menemukan jati diri
hebat dapat lepas dari sedu rindu
luar biasa baginya
mengejar mimpi dan cita
padanya menemukan arti
lalu siapakah diri?
terbang di udara oksigen
Menunggu tangkap berhasil
merayu kemudian mengurung aku
Tapi menunggu sampai meronta
Jangan lepas waktu kau dapat
Aku tak mungkin mati

Ambuyak
Sajak simbolik

Pak Bostamam berkata...

GARISAN

apa maksudnya di sebalik ini
Adakah kerana gagal mengerti
harus aku lepaskan sesuatu membentuk garis-garis
sesuatu yang pernah aku genggam
membiarkan datang mengikut hati
membiarkan berlalu mengikut masa
walaupun seumur hidup selalu gagal
walaupun tak pernah sunyi
tapi tak pernah berputus asa
bukan tak pernah rasa kesal
cuma mungkin belum tiba masanya
kurang usahanya membentuk garisan
yang kasar dan halus

Pak Bostamam
sajak simbolik dpt idea bila baca sajak jalal

Puteri Bunian berkata...

HIDUP PENUH KATA

hidup bagaikan sebuah kata
memikat pendengaran meyakinkan setiap orang bahwa ada nafas disana
bahwa ada keinginan
jauh dari kematian
Kata mensimbolkan pergerakan
nafsu keduniaan yang gelap gempita
kata adalah tumbuhnya benih

Puteri Bunian
sajak kebingungan

Sohibul Wakdiamin berkata...

HAL KECIL SAJA

hal kecil saja sudah mahu gaduh
rasa sudah besar genggam penumbuk
lalu bertumbuk rasa jaguh hebat
terus bersilat hal kecil saja
sudah mahu kecoh canang satu negara
canang seluruh kampung
tak peduli kata orang
ikut kepala otak sendiri
tak peduli nasihat orang
sudah naik lemak naik kepala
rasa diri betul semua orang salah
suka bikin masalah bikin onar
terus lancarkan perang
mahu tentang habis habisan
meti termakan hasutan syaitan
yang cucuk dalam diam
hal kecil saja ayuh kita berdamai
kita sepakat berfikir untuk negara
bukan manghancurkan negara sendiri
jadi sesumpah jangan kerana
hal kecil di besar-besarkan

Sohibul Wakdiamin
sajak sinis

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ambuyak pula dengan sajak simbolik pada apa ya? Tidak dinyatakan sadikit peneangan. Kali ini bertajuk: MENGEJAR MIMPI DAN CITA. Pengucapannya agak samar dan mengelirukan pembaca , pastinya diolah dalam kaadaan yang tergesa-gesa. Jika disusun dengan baik sajak ini boleh diangkat, tetapi ternyata lari dari maksudnya terutama pengucapan pada bait akhir semacam melompat-lompat agak longgar dan kurang menyakinkan.pembaca pun gagal menangkap maksudnya.Sebagai andaian mungkin menilai erti jati diri. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Pak Bostaman dengan sajak bersiri dari jalal kali ini bertajuk GARISAN. Pengucapannya masih mencari erti garisan di tapak tangan. Apa pun pengcapannya telah kami perbtulkan asal tidak lari maksudnya. Bicaanya tengtang garian halus dan kasar di tapak tangan sesaorang itu , sememangnya menjadi tanda Tanya? Malah ramai si tukang telek cuba mentafsirkannya nasib untung baik sesaorang itu. Bolehkah dipercayai? Apa benarkah penuh misteri? Tetapi bagi orang Islam segalanya ditentukan oleh Allah swt, kita sebagai makhluk kena brusaha dahulu barulah berserah kepada kada dan kadarNya.Diberi peluang ske sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Puteri Bunian perempuan tunggal diberi peluang ke sayembara seterusnya.kali ini dengan sajaknya bertajuk: HIDUP PENUH DENGAN KATA-KATA. Pengucapannya adak maksud tersendiri. kami juga membuat sadikit pembetulan untuk lebih menyakinkan, asalkan tidak lari dari maksud yanghendak disampaikan. Tema masih dalam kebingungan, ternyata orang dalam kebingung mencari dunia nyatanya masih boleh bekarya.Penceritaanya semacam di alam misteri pula. Hidup penuh dengan kata-kata, membawa erti ada baik dan buruknya bagi sesaorang, jika kata-katanya baik Ada jalan ke syurga, jika tidak sebaliknya. Jadi berhati-hatilah dengan kata-kata. Diberi peluang untuk kepusingan akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Sohibul Wakiamin mesej baik, kali ini dengan sajak tema politiknya yang mengacam bertajuk HAL KECIL SAJA. Tetapi sayang pengucapannya agak mengkucar kacirkan pada ungapan bahasanya dengan bahasa pasar. .Penceritaannya sama dengan ustaz muda terlalu emonsiol sinis dan sinderanna. Begitulah darah anak muda yang terpaksa tgas untuk menegakkan yang hak dan menolak yang batal atau salah di sisi syariat allah swt. Apa pun dari daya kreatif dan puitisnya telah lari dan diabaikan. Apa pun anda layak juga ke dubai . Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

Tanpa Nama berkata...

htrnhtrhnreh

Tanpa Nama berkata...

rtrg4eyyrhydfhgjc

Zainal Arifin berkata...

sajak pindah rupanya ustaz muda ni

raja muda berkata...

lps ni sajak sapa

Tanpa Nama berkata...

trhtrhtrh

Geletek Malam berkata...

xde ke isu semasa

Ummu Akilah berkata...

cerpen xde?

Tanpa Nama berkata...

gregreerh

Tanpa Nama berkata...

gerghreh

Tanpa Nama berkata...

egerherh

Tanpa Nama berkata...

rgerhhreher

Tanpa Nama berkata...

herherhe