Jumaat, 25 November 2011

MENTARI MALU BERSINAR?



16 menang bersama ke final


Malam ini ketika mentari
malu untuk keluar bersinar melalui terpaan angin dingin
 bersama titik-titik embun basah lantas aku pun berjalan menghampiri
saat semuanya mulai merasai berkeluh kesah
meratapi hidup yang hilang arah
tetapi aku tetap brsabar menanti 
 kabar berita sinar mentari?


Oleh: Teksi Manaf
sajak simbolik/21 Oktober 2011 2:35 PM




30 ulasan:

Tinta azimad berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Teksi Manaf dengan sajak penantiannya yang menunggu bagaikan buah belum gugur penuh dengan debar kencang meanti perubahan. KJali bertajuk: MENTARI MALU BERSINAR. Pengucapannya agak bercangah pada kebiasaan tabie alam , kerana mentari mana mungkin terbit atau keluar di waktu malam, kalau keluar pun pasti bulan akan terasa malu dan cemburu.Apa pun maksud sajak penuh penantian dan mengharap satu sinar mengubah corak kehidupan yang lama dimamah derita Apa pun tidak kira bulan atau mentari kerana mereka keduanya penguna teksi. tetapi anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. Harap maaf dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

Tinta Azimad berkata...

Kumpulan 8 yang mendapat (SM
Pak Bostaman dengan Puteri Bunian.
Tahniah!!!

Geletek Petang berkata...

Anwar dibidas khianati negara

PONTIAN 25 Nov. - Perbuatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini disifatkan sebagai mengkhianati negara dan langsung tidak patriotik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kelakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas menjatuhkan imej negara tanpa memikirkan kesannya termasuk perasaan rakyat Malaysia.
"Jarang kita dengar ada pemimpin pembangkang di negara lain yang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri walaupun mereka pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Usahawan Cemerlang (ANC) Parlimen Pontian 2011 di Kompleks Usahawan Pontian, Kampung Kayu Ara Pasong, hari ini.
Ahmad mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.
Anwar turut mendakwa hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.
Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, rakyat Indonesia sendiri tidak perlu mudah terpedaya dengan tipu daya Anwar yang menceritakan keburukan Malaysia di negara itu.
"Anwar adalah 'bapa pembohongan' di negaranya sendiri. Beliau pernah menipu rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan pada tarikh 16 September, jadi tidak mustahil dia menipu rakyat Indonesia untuk kepentingannya," katanya.
Mohd. Zahid berkata, tingkah laku Anwar yang mencari publisiti murahan dengan memburukkan Malaysia di luar negara itu menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang itu sudah benar-benar terdesak untuk menyelamatkan diri kerana beliau sudah menyedari bahawa perbicaraan kes liwat keduanya sudah sampai di penghujung jalan.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, Anwar disifatkan seperti gunting dalam lipatan dan duri dalam daging apabila bertindak memburuk-burukkan Malaysia ketika berada di Indonesia.
Nordin yang juga Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia berkata, Anwar tidak layak menjadi pemimpin mahupun rakyat Malaysia apabila bertindak sedemikian.
"Rakyat Malaysia sendiri perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Anwar itu. Kita rasa terhina apabila dia berbuat demikian," katanya.

KOMENTAR:

Sebaik kelakuan biarlah digelar yang disukai, jangan diberi gelaran dan jolokkan yang amat mengaifkan.

Geletak petang petekan akhbar UM.

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1

1 ustaz rahman
2 Pak Kassim
3 puteri bunian
4 lukiee

KUM 2

1 penyair agung
2 syeikh al habib
3 pak bostamam
4 Vijay Kumar

KUM3

1 saizul maizav
2 Raja Muda
3 mr david
4 apek liew

KUM 4

1 Kareem Kramjit
2 ravi ramachandran
3 jalal rafzee
4 mr tan

========================

tinggal 16 org sahaja 8 akan tersingkir tapi akan mendapat percutian ke pulau pangkor tajaan datuk hasbi....

========================
8 orang ke final akan mendapat...

tempat pertama
=sorang mendapat 1 sebuah kereta myvi sumbangan tuan haji

tempat kedua
=sorang mendapat 1 buah motosikal sumbangan inpekstor halim

tempat ketiga
=2 laptop alienware sumbangan datuk borhan...

tempat keempat =2 TV plasma sumbangan tan sri yunus...

tempat kelima=2 nset blackberry datin maimun...

==============================

Puteri Bunian berkata...

PAKU

macam ada satu jarum atas kepala.
punya satu paku atas dahi.
terkadang rasa roda itu bawah statik pada tempatnya.
tak haluan sebab bayang
sendiri statik begitu.
jangan tuding lain
bila hati sendiri tak tetap.
jiwa kacau hati kaca pecah.
bagai bertabur macam pasir.

Puteri Bunian
sajak mencari kepastian

Lukiee berkata...

SITUASI

Bencinya aku pada situasi ini
menghakis diri sedalam ini,
Semakin kucuba semakin kecewa,
Terlerai tujuan semakin kesal,
Ternyata aku gagal atasi diri,
Cukuplah sudah biarku tenang aman,
Aku makin lemah dalam jiwa lesu,
Mungkin terlebih bicara
Biarkan saja masa terus berlalu.

Lukiee
sajak dalam dilema antara keluarga dan agama

Ustaz Rahman berkata...

SEPASANG BURUNG MENJAGA GUNUNG

Sepasang burung mengawasi
sesuatu dari atas gunung
Sesaat mereka lenyap
yang tinggal hanya bulu
yang melekat pada kulit kayu
langit tiba-tiba berubah warna
ssat tanah berubah menjadi dingin
angin mula menjilat cuping telinga
seketika dengar langkah kakiberlari
hari itu langit masih meludah,
api masih menyala,
pohon masih tertidur
sepasang mata burung
tadi hilang kembali muncul
melihat gelagat mangsanya

Ustaz Rahman
sajak sinis

Pak Kassim berkata...

SANG FAJAR

Lihat di sana fajar
mulai menampakkan dirinya
Menggantikan malam kelam
menebarkan senyuman
Saat sang fajar datang
Bergembiralah semua orang
tersadar dari alam mimpi
membangkitkan sebuah semangat baru
Kala sinarnya menyinari bumi
Tepat di atas hamparan padang biru
Sejukkan mata senangkan hati

Pak Kassim
sajak kehidupan alam semulajadi dan ada simboliknya

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Puteri Bunian sebagai wanita tunggal yang lulus hingga ke separuh akhir. Kali ini dengan sajaknya yang berajuk: MACAM DI CUCUK DAN DIPAKU. Pengucapnnya terasa anih dan penuh dengan cerita misteri. Begitu dahsat cecair apakah yang diberi sehingga boleh melupakan segala. Apa pun kami mendoakan anda kembali pulih seperti sedia kala.Amin .Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyetaan anda buat kali ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Lukiee uba mengetengahkan sajak peribadinya kali ini dengan tajuknya; SITUASI. Pengucapannya ternyata ada kemelut di antara dia keluarga dan agama. Dalam kegahirahanya mencari dan menilai suatu yang hak di dunia ini, pastinya banyak rentangan dan ganguan. Apa pun jika ada keyakinan diri dan selalu mengharap daripadaNya. Tidak ada siapa dapat menentukannya. Jika tergerak hati untuk bersamaNya. Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyetaan anda buat kali ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sajak Ustaz Rahman kali ini nampak lebih mencabar diberi tajuk; SEPASANG BURUNG MENJAGA GUNUNG. Pengucapannya agak menarik sinisnya dalam bersimbolik pada pihak tertentu.Namun mesej yang disampaikan bersahaja. Apa pun ada berbau politik dan boleh dinyatakan dalam berbagai andaian.Apa pun sekurangnya ada daya kreatif dan puitis boleh menjana minda bagi mpembaca untuk berfikir . Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Alahi Pak Kassim! Nampak mengancam juga sajak anda kali ini dengan tajuk yang bersahaja: SANG FAJAR. Pengucapannya ada dua maksud, simboliknya menjadi satu cerita dua andaianboleh ditafsirkan .Pembicaraannya mungkin meyentuh pada situasi sekeliling, atau kehidupan semasa, kebanyakan manusia mengharap sinar fajar yang lebih ceria menerangai masa depan mereka di bumi tercinta ini. Harap mentari dapat tunaikan janji-janjinya selama ini . Amin Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Pak Bostamam berkata...

LIDAH PANJANG BERAT

lidah berasa panjang dan gemuk
memenuhi ruang mulut
hati berat dengan kekosongan
mata hiba kerana jiwa luka
percaturan Tuhan itu pasti,
hikmahnya terbukti usaha itu mesti,
tapi ingatlah mati.

Pak Bostamam
sajak pengajaran

Syeikh Al Habib berkata...

KAKU

Bila nanti tangan kaku
tak boleh menulis lagi
adakah jiwaku akan dirasai?
atau hanya tak dipeduli?
bila otak kaku apakah ada
tersenyum seperti selalu?
atau berlalu pergi tanpa laku
tinggalkan aku sendiri
tunjuk jalan ku sampai mati?
jangan pergi lesap bagai asap
layu lalu terhenti sayu?
kiranya semua terpaku kaku
aku harap semua fahami
bukan mahu membuang waktu

Syeikh Al Habib
sajak kesedihan

Vijay Kumar berkata...

HARI-HARI

Aku menjalani hari-hari
seperti semua itu satu,,
aku menjalaninya seperti
sejuta langit dijadikan satu melewati hidup seperti hujan
tapi tak pernah ada keraguan
aku menjalaninya sebuah ringkasan
hati jadi tak pernah berhenti
hingga suatu hari aku temukan hati

Vijay Kumar
sajak dari uthaya maaf kalau kurang menarik sbb uthaya kata xda idea lagi

Penyair Agung berkata...

SAYAP AKU PATAH

Sayapku kini telah patah
tapi aku cuba kuatkan
walau jiwa terluka
namun angin begitu kuat
seketika aku mulai sadar
Aku hanya bejalan menongkak langit
jauh diatas tak tersentuh
lalu kubalutkan luka sayapku
Ku tunggu angin reda diudara
bagai mengharap jarum dalam jerami
tetapi takdirlah menguatkan aku

Penyair Agung
sajak simbolik tentang mengenang nasib disini

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Pal Bostaman sajaknya kali ini melucukan diketengahkan dengan tajuk: LIDH PANJANG BERAT. Pengucapannya dan mesej yang hendak sampaikan lebih baik dari sajaknya yang terdahulu GARISAN, tetapi kali ini tertewas dengan 3 sajak penulis lain, dan yang lebih berkemampuan dalam bait pengucapannya. Tema nasihat atau pengajaran ini tasa terlalu biasa Tiap apa yang kita lakukan dalam hidup ini akan setempal balasannya nanti di akhirat. Itulah pecaturan tuhan dan kita perlu berusaha untuk memelih apa yang terbaik. Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyetaan anda buat kali ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra. Syeikh Al Habib kali ini dengan sajaknya BILA AKU KAKU. Pengucapannya pun sadikit longgar , tetapi kami tepaksa membuat sadikit pembetulan bagi menghidup dan menyakinkan pembaca sekadar tidak lari isi penceritaannya. Pengolahannya agak tergesa-gesa. Namun mesejnya menarik. Tema kesedihan si penulis . Bicaranya apa yang akan terjadi Nanti bila tiba masanya kita menjadi kaku tangan otak dan tubuh, mempukah kita tersenyum? Dan masih adakah keluarga dan sahabat yang masih bersama atau menjauhkan diri terutama bila kita berada di hujung senja dan tubuh pun rasa tidak terdaya.Berwaspadalah dengan keadaan ini, beramallah jangan membuang waktu. Layak untuk sayembara seterunya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Vijay Kumar dengan sajak sifunya sdra Uthaya kali ini dengan tajuknya HARI-HARI. Pengucapannya menarik jika diolah dengan lebih baik, Cuma penceritaanya bagaikan ada siri sambungan pula dari tajuk sajak-sajak yang terdahulu sebelum ini. Malah temanya dan sadikit penerangan tidak pula dinyatakan? Sekadar kekurangan idea. Apa pun bagaikan ada keluhan dari hati si penulis mungkin mengenang nasib yang tidak menyeblahinya,pastikah hingga ke hujung senja, namun dia tetap mengharungi hidup dengan sederhana seperti biasa. Adakah sehingga dia menemui seuatu yang dapat mengisi hatinya yang sunyi. Atau sampai kemati. Terasa temanya semacam mencari satu kepastian. Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyertaan anda buat kali ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra. Penyair Agung masih dengan sajak bersiri nampaknya kali ini dengan Tajuk: SAYAP AKU PATAH. Pengucapannya nampak lebih baik dari siri sebelum ini . tema simbolikpada unggapannya. Pembicaraannya dengan situasi tempat kerja yang mungkin menghantui diri. Sewaktu en nuri mengajar di serawak dulu, ramai guru dari pahang mengakui dari kena ulu tembeling baik ke serawak. Apa pun inilah satu kenyataan bertugas sebagi seorang pendidik pahit maut dan getel terpaksa diharungi demi masa depan gendarasi bangsa kita. Inilah ketetapan Allah yang menjadikan kita di maya pada ini. Layak untuk sayembara seteusnya (SM)

Raja Muda berkata...

SAAT MATA TAK TERLELAP

Sejauh mata memandang ,
Hanya kekosongan yang terlihat
Selama waktu masih berputar ,
Hanya kehampaan tersimpan
Langkah masa depan
tertinggal angan memasung bayang
Semua terangkai di atas keputusan
Sepanjang nafas berhela
mata tak terpejam
saat mentari terlelap
Bayangan impian membelenggu

Raja Muda
sajak dari baginda sajak berkenaan perasaan yg terbelenggu sy pun x pasti hrp qalam boleh faham

saizul maizav berkata...

MEMBENAM KISAH

10 tahun aku membenamkan kisah
saat gejolak hidup mengalir hangat,
membuai jiwa yang egois
berlalu sambil saat
ada hakikat mengenyitkan dahi..
sabda alam kita dengungkan
selalu wacanakan tutur bait pejuang
laksana zaman pergerakan
ego adalah satu pemikiran wacana
satu peta mencari erti kehidupan senja itu masih berwarna jingga,
pelangi di langit masih berwarna.
kita tak saksikan
jiwa penakar kebijaksanaan
itu tumbuh dalam satu pengabdian.

Saizul maizav
sajak simbolik pejuangan dari bapa saudara

Apek Liew berkata...

MERESAP

Kuresapi nikmati sunyinya malam
Kurengkuh kegelapan dalam pelukan
ku pungut serpihan bintang
Kupacakkan kedada bumi
Agar jadi bunga kehidupan
Kuteguk air suci dari sungai
kehidupan yang dialirkan
kumpul debu suci setiap perjalanan
Kugenggam satukan menjadi harapan
terkoyak duri mengganggu langkah
kaki disepanjang jalan
Kurangkai setiap kelopak bunga
Menjadi untaian kalung keyakinan
sematkan kedalam nadi,
mengalir bersama darah
Membalut tubuh dan jiwa
Membimbingku meresap sunyinya malam

Apek Liew
sajak dari wa pnya kawan SYED UWAIS bersara dari guru bahasa di SMK Kuala Kangsar

mr david berkata...

JALAN KELUAR

jalan keluar dari masalah ini
bukankah itu semua dari kebodohan
pengungkapan akan kerdilnya manusia
penampakan sifat kekanakan
manusia merasa dirinya dewasa
jiwa merasa besar meski
jiwa sebenarnya kosong tak berarti
apa yang dilakukan manusia
selain mimpi disiang hari
karena tak ada benar-benar nyata,
tak ada benar-benar serius di
kecuali sudah kembali kepada tuhan

Mr David
sajak ketuhanan kpd tuhan saya

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra. Raja Muda masih bersama sajak baginda sultan dengan tajuknya SESAAT MATA TIDAK TERLELAP. Pengucapannya ada sadikit pembetulan agar lebih menyakinkan, namun mesej tidak lari. Tema tidak dinyatakan tetapi mungkin dilema perasaan. Pembicaraannya menyentuh tentang perasaan yang membelenngu kehidupan seorang ketua pemerentah yang dipertanggungjawabkan sebagai penaung atau payung sebuah negeri atau negara. Apa pun segala harapan kekadang terganggu gugat dengan segelenter anasir yang mendalangi keadaan keamanan dan kedaulatan sebuah negeri. Sudah menjadi lumrah alam dimana-mana pun di dunia ini, seoang pemerentah cukup tercabar dan kekadang segala bayangan impian yang ingin dicapai telah membelenggukan perasaan di hati.Thaniah! Masih layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Saizul Maizav masih menerima sumbangan sajak bapa saudaranya kali ini dengan tajuk MEMBENAN KISAH: Pengucapannanya agak mengelirukan, kami cuba memperbaiki ugapannya untuk menyakinkan agar lebih berkesan puitisnya. Pembicaraannya bagaikan sambung siri dalam perjuangan puisi sebelum ini, Apa pun kehidupan dalam tugas sebagai seorang tentera yang begitu berdisplin , sesekali kena tunjukkan rasa keogoannya dengan semangat dan lagu perjuangan membela dan menjaga tanah air. Walaupun jiwa dan batinnya rasa terseksa , itulah perjuangan seorang tentera. Hanya tuhan saja yang dapat menilai besar kecil ganjarannya. Di dunia sekadar ganjaran atau gaji biasa dibayar oleh pihak pemerentah. Namun kerja yang ikhlas itu dikira sebagai ibadat di sisi Allah swt thaniah!. Masih layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Apek Liew masih menerima sajak cikgu bahasa dan sastra yang telah bersara , kali ini dengan betajuk: MERESAP. Pengucapannya terlalu biasa buat orang berjiwa seni dan perasa.,namun agak samar dan mengelirukan cuma indah pada pengunaan bahasa yang diolah pada bait-baitnya atau dengan kata lain pandai bermain dengan ungapan bahasa, Temanya tidak dinyatakan.mesej keindahan malam. Penceritaannya mungkin si penulis sedang menekmati rasa keindahan alam dan kesunyian malam yang dihayatinya,lantas diresapi dan dipergunakan malam itu untuk menilai atau muhasabah dirinya kearah jalan yang diredhai disisi Allah swt. Ke empat sajak kali ini baik tetapi 2 sahaja yang layak. Kami memelih mesej yang berat . Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyetaan anda buat kali ini terpaksa berhenti di sini (TK).

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Mr David nampaknya masih lagi bertahan dengan kreyanya sendiri, kali ini bertajuk JALAN KELUAR . Tema ketuhanan nampaknya. Pengucapannya agak biasa kita hidup di dunia ini setelah berusaha dan berdoa masih juga gagal, maka berserah kepada keadaan atau ketentuan yang maha pencipta. (Tuhan). Pembicaraannya mengisahkan bahawa hidup ini bagaikan keanak-anakan , kebodohan, dan kekerdilan manusia kekadang melupai segala, bagaikan kosong, tidak serius umpa mimpi di siang hari.Kerana semuanya adalah datang dari ketentuan Tuhan . Keempat sajak kali ini baik tetapi 2 sahaja yang layak. Kami memelih mesej yang berat Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyetaan anda buat kali ini terhenti di sini (TK)

Tanpa Nama berkata...

gerger

Tanpa Nama berkata...

rgregrere