Khamis, 30 April 2015

BULAN REJAB











BULAN REJAB

Bulan rejab bulan Allah
Bulan saaban bulan nabi
Bulan ramadan bulan kita

Bersedia lah belajar berpuasa
Bulan Rejab mula puasa pada awalnya
Bulan Saaban puasa pada pertengahannya
Bulan ramadan terpaksa wajib puasa keseluruha nya.

Berbanyak lah beribadat solat sunat dalam 3 bulan ini
Berpuasa, berzikir dan bermunajat pada siang dan malam
Berbanyakanlah Bertahajud , Bersedekah dan bermuhasabah
Berbagai amalan perlu dilakukan untuk menguji keimanan kita.
Bersedia lah melatih diri hari ini sebelum ramadan menjelang tiba .

Oleh: Nuri manja,
Catatan 24/4/2015 jam 6 ptg Khamis.

Rabu, 29 April 2015

BILA DAH TUA BANYAK MASALAHNYA




BILA DAH TUA BANYAK MASALAHNYA

Ramai orang muda takut jadi tua
Walaupun orang tua banyak pengalaman
Tetapi bila menjadi orang tua banyak masalahnya
Terutama bila berurusan dengan penyakit dan kesihatan.

Seorang tua bila hendak keluar rumah
Semuanya perlu disediakan untuk dirinya
Gigi palsu, cermin mata, tongkat kayu, basikal roda
Tidak termasuk bekalan ubat-ubatan dan pampers peribadi.

Itulah cerita gaya kehidupan seorang tua
Jika berasal dari keluarga berada tidak mengapa
Tetapi jika keluarga berpendapatan sederhana dan rendah
Miskin dan papa ke dana cuma mengharap kan bantuan kebajikan.

Oleh: Nuri manja
Catatan 28/4/2015

MANUSIA BAGAI BUIH


 MANUSIA BAGAI BUIH
-sajak legenda-

Asalnya
Kita cuma buih
bersih dari tepian
keluar daripada hembusan
dan bisikan  urutan yang tenang,

Kini kita
dibawa arus deras
mengalir hanyut ketengah
kocakan gelombang muara sungai, 

Lalu kita
bertemu dengan alunan laut,
ganas dan buas menghempas
diri kita  dihimpit dan di lambung terapung, 
pecah, mungkin kita  tidak kembali lagi ketepi.


Oleh ; Nuri manja,
Di tepi parit,sungai dan laut.
30hb, 12,1972 

Ahad, 26 April 2015

PARLIMEN PERMATANG PAUH



 PARLIMEN PERMATANG PAUH
- buat P44

Parlimen Pematang Pauh
Kini ada percaturan pengundi
Kawasan jadi rebutan yang diidamkan
Antara parti lawan dan kawan dalam pakatan
Walaupun digelar pakatan rakyat  pada zahirnya
Nampak mesra, Tetapi tidur dan lena mimpinya  tidak sama

Sesiapa pun boleh jadi Yb
Jika ada peluang untuk menang
Sama sahaja seperti  di DUN Chempaka
Kalah menang belakang kira kalau hati ingin mencuba
Yang ada selama ini kita sudah tahu cara dan gayanya
Kini cari pengganti yang boleh diharap dan boleh dipercayai.

Harap jangan dibiarkan lagi
Kawasan gawat ini terus ternoda
Tersisih dari arus  pembangunan desa dan kota
Pandai-pandai lah pengundi memilih dan menilainya
Pemimpin yang boleh membawa keamanan kehidupan
Untuk warga pengundi dahagakan kemakmuran yang nyata.


Oleh: Nuri manja
Catatan selepas solat Jumaat
Jam 3.30 ptg  Tanggal 24/ April /2015.

Sabtu, 25 April 2015

ROMPIN PAHANG



 ROMPIN PAHANG

Rompin Pahang,
Sesuatu yang tidak diduga
Parlimenmu kini kosong pula
Bila tragedi menyanyat hati melanda
Maka hilangnya pemimpin perjuang bangsa
Bersama enam rakan dan pengawal peribadinya.

Rompin Pahang,
Kini di kawasanmu ada pemilihan
Beberapa parti berentap cari pengaruh
Maka terserahlah kepada  warga pengundi
Melaksanakan tanggungjawab menentukan kedudukan
Dalam mencari pemimpin yang berwibawa dan berakhlak mulia.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan 20 April 2015.  5 ptg.


Rabu, 8 April 2015

KESEDIHAN BERGAYUT DI MANA-MANA



KESEDIHAN BERGAYUT DI MANA-MANA

Berita cemas yang dibawa angin malam
begitu ngeri, sayu, hiba dan menyedihkan
kerana cerita malam bulan penuh gerhana 
diganti dengan musibah pula datang menimpa.

Tetapi apalah daya upaya kita semua
kerana kita semua hanyalah manusia biasa
Di bawah kekuasaan yang telah ditentukan
orang beriman terpaksa fasrah sepenuhnya.

Sekalipun sebaik mana kita selama ini
satu hari pasti pergi meninggal kan segalanya
apa yang tinggal Cuma kesedihan berpanjangan
itulah takdir ketentuan yang telah ditetapkan.

Oleh: Nuri manja
Catatan peristiwa menyayat hati 
Sila sedekah Al Fatihah bagi yang membacanya
tanggal 5 April 2015 .


Isnin, 6 April 2015

BILA WUJUDNYA MUSUH-MUSUH KITA

   


BILA WUJUDNYA MUSUH-MUSUH KITA

Begitulah kehidupan seharian kita sebagai manusia
Bila lama hidup bertambah banyak rasa asam garam
Malah musuh-musuh kita pula sedang berkeliaran
Entah kenapa ada rasa cemburu, iri hati  dan timbul curiga
Melihat di atas kejayaan dan kelebihan prestasi kita
Sesekali berasa hairan bukan sekali dua berlaku sengketa
Selain daripada rakan, jiran malah adik beradik ahli keluarga
Entah apa penyakit yang menyerang rasa tidak senang di hati mereka?
Sejak aku kecil, belajar, berniaga, berkerjaya mendapat taitel dan anugerah
Masih juga ada lagi rasa hati penyakit manusia yang tidak senang hati
Mungkin melihat kelebihan, kejayaan dan kemampuan Allah kurnia kan
Apa pun semuanya ini adalah sebahagian ujian Allah S.W.T menilai keimanan.

Oleh: Nuri manja,
Jam 4.30 pagi sebelum subuh,
Tanggal 4/4/2015 malam bulan gerhana penuh.