Isnin, 6 April 2015

BILA WUJUDNYA MUSUH-MUSUH KITA

   


BILA WUJUDNYA MUSUH-MUSUH KITA

Begitulah kehidupan seharian kita sebagai manusia
Bila lama hidup bertambah banyak rasa asam garam
Malah musuh-musuh kita pula sedang berkeliaran
Entah kenapa ada rasa cemburu, iri hati  dan timbul curiga
Melihat di atas kejayaan dan kelebihan prestasi kita
Sesekali berasa hairan bukan sekali dua berlaku sengketa
Selain daripada rakan, jiran malah adik beradik ahli keluarga
Entah apa penyakit yang menyerang rasa tidak senang di hati mereka?
Sejak aku kecil, belajar, berniaga, berkerjaya mendapat taitel dan anugerah
Masih juga ada lagi rasa hati penyakit manusia yang tidak senang hati
Mungkin melihat kelebihan, kejayaan dan kemampuan Allah kurnia kan
Apa pun semuanya ini adalah sebahagian ujian Allah S.W.T menilai keimanan.

Oleh: Nuri manja,
Jam 4.30 pagi sebelum subuh,
Tanggal 4/4/2015 malam bulan gerhana penuh.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pb 2: kenapa kalian tak isi komen dalam ulasan. kalau penuh 20 ulasan baru puisi baru boleh masuk. Ada puisi Permatang Pauh dan Rompin belum diterbitkan lagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

KOMENTAR:

Tidak sesuai kalau kerajaan kata tidak sesuai untuk kenaikkan gaji sekarang, kerana bayangan gaji Yb Dun dan PARLIMEN sudah nampak hendak dilaksanakan, malah 5 tahun berkhidman sudah dapat pencen , Maka tidak sepatutnya Penjawat awam yang bekerja utk kerajaan hendak diketepikan dengan alasan tidak sesuai dalam keadaandewasa ini.

nurimanja49@gmail.com berkata...

TAZKIRAH RENGKAS SEBELUM SUBUH.

Hanya orang yang mengerjakan solat dengan ikhlas dan sempurna mendapat keredhaan Allah SWT. Mewreka yang mengerjakan solat tetapi masih juga melakukan kemaksiatan onar dan mungkar, sebenarnya belum lagi mendapat hidayat yang sebenar .
Pesan Pamanku .

nurimanja49@gmail.com berkata...


PUTRAJAYA 9 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta agar pesara-pesara membantu kerajaan menerangkan pelbagai isu termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

KOMENTAR:

Biasanya kebanyakkan pesara kerajaan 95% mesti jadi penyokong kerajaan , kerana saban bulan dia orang terima pencen dari kerajaan sepanjang hayat . Cuma mereka kena jaga kasihatan sahaja, goyang kaki dapat gaji , di tambah lagi dengan keperihatinan kerajaan dapat bonus khas dan ditambah BR1M lagi. Mungkin yang 5% lagi persara itu bergaji kecil . jika dapat di up sakit lagi …mungkin 100% member persara akan memberi sokongan padu.

nurimanja49@gmail.com berkata...

PERCAYAKAH ANDA?

Seorang penganggur curi duit tabung masjid RM2.00 mengunakan lidi ikhlas mengaku kena penjara dua tahun. Seorang perogol ternama dan pintar bercakap dengan putar belitnya terlepas dari hukuman dari mahkamah penjara bertahun tahun .

Agak-agak siapa yang akan terlepas seksa dia khirat nanti? Mengikut logiknya pastilah pencuri duit tabung masjid sebab dia telah menerima hukuman di dunia lagi dan mengaku kesalahannya dengan penuh keikhlasan hati.
Buat Renungan saja .

nurimanja49@gmail.com berkata...

kami ingat masuk sikit komentar pun boleh lepas sajak ruang depan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kerana blog tak bergerak kami habiskan masa dengan menyusun antologi cerpen citranuri

nurimanja49@gmail.com berkata...

Antologi ini mengandungi 45 cerpen dari zaman tak ada hset lagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

setiap cerpen dihiasan ilitrasi gambar atau photo yang bersesuaian
dengan tajuk cerpen.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kemudian setiap selesai baca cerpen disusauli dengan puisi tajuk cerpen twersebut pula.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa pun antologi 45 buah cerpen ini dalam proses menyusunan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Semua cerpen dari zaman 70an hingga zaman 90an agaknya

nurimanja49@gmail.com berkata...

berbagai thema dak tajuk dan keadaan dalam 3 buah negeri dalam negara kita

nurimanja49@gmail.com berkata...

teruma Cempaka Sari Perak Darul Rizduan, Sarawak bumi Kenyalang
dan Pulau Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Cerpen disagikan ada berbilang bangsa dan agama. Iban, China, India. dan Melayu.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada juga diselitkan cerpen thema misteri, lawak, dan seram.

nurimanja49@gmail.com berkata...

selain perjuang kemerdekaan, tanah air, kasih sayang, dan rempah ratus kehidupan masyarakat desa dan kota.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kalau blog ini ada penjanya kami akan siarkan kesemua 45 tajuk cerpen ini

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kita tunggu sahaja , KM Sarawak kini tak boleh ganggu kena tumpu perhatian pada Bumi Kenyalang kerana tak lama kena ada pelihan raya negeri pula .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Wahasilnya kena bersabar dolok kitak semuah!

Jangan marah .

Nanti kita siar puisi Permatang Pauh dan Rompin Pahang.