Khamis, 30 September 2010

BUAT WAKIL YANG MUNGKIR




Dimana letaknya kata Insyaallah?
setelah bertahun dalam penantian
engkau hanya pandai bersumpah
sekadar pertemuan gigi, bibir,  lidah,
ketika kempenmu ragu dan gundah.

Tetapi bila kau kini, di kerusi lembut
semuanya janji dan sumpahmu  hanyut
kini pengundi lemas dalam menanti
mana janji yang dahulu kau taburkan?
satu haram tidak nampak ditunaikan.

Setelah kau dicalun diberi sokongan
kau asyik tengelam dalam kemewahan
kononnya ada mesyuarat setiap hari
daerah kami tidak pernah kau kunjungi
cuma tunggu sajalah lima tahun nanti .....

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak 8hb April 2004
ketika dua kali batal pergi mengundi.



SAEKOR PENYOKONG SESUMPAH




Kini saekor sesumpah,
terpaksa berhenti bermadah
kerana dirinya dalam perhatian
untuk dikumpul segala maklumat
jika ternyata membuat fitnah tohmah
akan disumbat kembali ke dalam sangkar.

waktu di pulau jerjak,
ada penerangan bukit aman
tunggu masa ketika menangkap
jika ternya bukti kukuh dan saheh.
tetiba ada suara penyokong sesumpah
memekek kuat dari belakang. Pembohong!

Lalu semua bola mata,
beralih ke arah belakang
sejak peristiwa pekek bohong itu,
kita lihat sesumpah kurang bermadah
kerjanya diarah pada orang kepercayaan
malah cuba menolak semua pencalunannya.

Oleh: Suara Pulau,
Pulau Jerjak, Pulau Pinang.
tiga empat bulan yang lalu 2010.



Selasa, 28 September 2010

MELAYU PECAH TIGA PUAK




Kata Mantan Tun Dr. Mahathir;
"Bangsa melayu kini ada tiga puak"
sebenarnya YB. cerita telah lama
tetapi tiada siapa yang perduli
terasa bagai tiada apa-apa
ada parti diserang mabuk kuasa.

Kini  ada Yu sedang menunggu
jikalau  kapal pecah Yu  kenyang
kuasa melayu telah terbelah tiga
kini pun kita sudah mula terasa
perkara haram menjadi halal pula.

Pemimpin dulu melihat sedeh
bangsa melayu hilang pegangan
kemanakah  perginya semangat 46
 tohmah dan  fitnah jadi sandaran.

Biar patah arang bergalang tanah
soal penting hajat kesumat tercapai
 mahu watak si jebat dihidupkan kembali
anak peribumi membunuh bangsa sendiri
mengwujudkan agenda  memalukan negara
agar  sejarah silam berulang semula.
inilah kerja keji si bangsa kita .

Oleh: Nurimanja,
waktu kelang kelibut,
jam 5 ptg. tarikh: 26/09/2010.

Isnin, 27 September 2010

BILA TIBA WAKTUNYA




Bila saja
aku terdengar
berita kematian
aku pun terasa
geliran aku pula
entah esok
ataupun lusa
tiada siapa
dapat menduga.

Hidup ini
seperti dedaun
menunggu geliran
bila  gugurnya
untuk meninggalkan
satu kenangan
di ruang zaman.

Oleh: Nurimanja,
rumah di gelugur, penang.
tanggal 11 sptember, 1985.

Ahad, 26 September 2010

BILA KUINGATKAN KEMBALI




Aku rasa,
yang paling menarik
ketika tapak kakiku
berukur dua jari,
sedang bibirku
enak  menyedut susu
mesra dalam dakapan
dan dipelukkan ibu
Ah, enaknya!
dan damainya
rasa hatiku.

Kini cuma,
tinggal kenangan
sesekali datang
menyingkap cerita
bermain di hati
kini aku mengerti
menyerah  diri
seorang yang sepi
bila ibu ayah
tiada lagi
di dunia ini.

Oleh: Nurimanja,
Sajak lagenda 1972,
Waktu masih bersekolah.



MUNGKIN ADA DALANG PROVOKASI UPAHAN




Sekadar soal kecil dan terpencil,
mengapa ada provokasi di Indonesia?
di malaysia tiada siapa pun yang terlepas
jangan fikir rakyat bebas melanggar undang2
setiap penjenayah pasti ke mahkamah dihadapkan.

Mengapa pak sebuk belaku pula?
cuma perkara yang remeh temeh saja,
kenapa tali persaudaraan hendak diputus?
bukan semua rakyat Indonesia sokong Bendera
sama juga seperti rakyat malaysia bukan sebulu semua.

Tetetapi pihak berwajib kena fikir,
pastinya ada agenda di sebalik takbir
di antara dalang-datang yang cuba mentakbir
kerjasama erat untuk cuba melakukan kucar kacir,
bagi rakyat yang matang perlu rasa bimbang dan kuatir.

Oleh: Yusma, (nuribiru)
catatan pagi hari jumaat,
petekan kolom sisipan pagi.
jam de8. tanggal 24 September, 2010.



Sabtu, 25 September 2010

KAMI GENERASI Y




Kami anak muda generasi Y
perlu kepada kemampuan kerja
bukan retoret atau janji kosong saja
bukan lagi pada kepetahan berpidatu
bukan pada warisan politik turun temurun.

Kami anak muda generasi Y
perlukan layanan yang sewajar
seber maya dunia perhubungan kami
lihat saja pengaruh kami bukan omongan
kami ada acuan dan agenda maya tersendiri.

Iman yang  tua elok berhenti
kami iman muda sedia menganti
iman tua kebanyakkan bergigi paslu
bacaan quran muhraj huruf tidak menentu
khutebah disampai semuanya menjadi harubiru.

Oleh : Suara Bebas,
kini bernaung di blog CR.
beberapa hari yang lalu 2010.


Jumaat, 24 September 2010

HUTAN BALAK DAN LOMBONG PASIR




Cerita pasal pembalakan dan perlombongan ini,
dua perkara yang sangat serius untuk diperkatakn
hasil dari hutan kini teralu sukar hendak dihentikan
hasil dari pasir pula terus saja dikorek dicerobohkan
kerana setiap  pergerakan kita perlukan kewangan
maka jikalau kerja ini ini dihentikan wang pun hilang.

Justeru itu cuma jalan pintas saja boleh dilakukan
walaupun ada orang berkata menyalahi peraturan
dengan merosakan tebing anak sungai alam sekitar
tanpa menilai kesusahan, menimbulkan malapetaka
walaupun ada suara rungutan penghuni di sekitarnya.

Cerita pasal pembalakan dan perlombongan ini,
satu kerja mudah punggut hasil sebuah pemerentah
dan begitu rangkus  kontak pengorek mendapat permit
ini semua cuma menambah sumber hasil dalam negeri
maka terpaksalah  mengaut keuntungan hasil dari bumi.

Oleh:  Nurimanja,
Catatan dari akhbar harian
tanggal bulan Julai, Ogos 2010


IMPIAN CHOW YUN FAT




Seorang pelakun kelahiran cina
mendedahkan impian selepas mati
99 hasil  kekayaannya yang dimiliki
ingin didermakan pada badan kebajikan
kenyataan itu mengejukkan ramai peminatnya.

Selama 37 tahun berkecempong
di bidang lakunan mengumpul harta
dia mengerti harta terlebih tiada maana
kini dalam usia 55 tahun dia dan isterinya
tidak berhasrat menekmati kekayaan itu semua.

Harta itu sebenar bukan miliknya
kebetulan dia mendapati dengan usaha
kini impian dia selepas mati menyerahkan
kepada mereka  yang sangat  memerlukannya
agar kekayaan itu akan dapat dinekmati bersama.

Oleh: Nurimanja,
catatan akhbar harian
pada 23hb September 2010.

Khamis, 23 September 2010

KHABAR FASIK



Bila kamu dengar
jangan terus terima
bulat-bulat masuk kepala,
satu berita tidak syaheh
dan belum tentu akan benar
jika tiada mempunyai faktanya.

Sebelum kita berucap,
pujilah Allah terlebih dulu
dan disusuli pula kepada nabi,
barulah kata kemudian daripa ini.

Itulah sebaik adap,
bila kita hendak berucap
kerana ilham daripada Allah
semuanya benar dan syaheh belaka.

Mengapa kita mengaku?
semua ucapan dari dirisendiri
mempunyai pendapat hebat,
sebenarnya satu sifat keriakkan
yang diilhamkan oleh si iblis
agar kamu melupai akan segala.


Oleh: Nurimanja,
kira jam lapan malam
bertarikh 21 september 2010.
allah tidak akan redha orang fasik dan munafik






Selasa, 21 September 2010

TERKENANG KISAH 20 TAHUN DAHULU


- nasib kekadang begitulah jadinya -


Pernah pada satu hari aku ke pekan kecil,
secara tidak sengaja untuk menjadi cerita
entah kenapa pula gaji bulan itu lewat keluar
aku turun ke pekan kecil bersama keluarga
aku jumpa seorang kawan lama satu sekolah
duit di poket cuma ada dua puluh ringgit saja.
cukup belanja minum ais makan mee rebus
tetiba kawan itu menjemput kawanya pula
daripada dua sudah jadi bertiga makan semeja
tetiba datang seorang ustaz persara tersenyum
di pela duduk di kerusi meja minta pula makan
nasi putih berkari ikan sembilang dan ulam raja
aku pun mula  terharu dan gilisah sadikit rasa
bukan kerana duit tidak cukup untuk belanja
tetapi terkenang dua anak dan seorang isteriku
yang duduk di dalam kereta telah lama menunggu
malah mereka sendiri belum makan tengah hari,
maafkanlah  diriku buat keluarga yang tercinta
wang yang cuma tinggal dua puluh ringgit itu
telah aku gunakan untuk belanja kawan lama
dan kawanya yang tumpang tempek bersama.

Oleh:  Nurimanja,
sebuah pelan kecil
bagan serai, awal 1981.


CUMA SAMPAI DISINI




Buat M. Rajoli
cuma sampai di sini,
kau pergi bersama dunia seni
kini terlalu sukar untuk dicari ganti.

Pelakon Veteran
seorang serba boleh,
punya pendidikkan agama
menghidupkan berbagai watak
amat disenangi rakan dan peminatnya.

Kini kau tiada lagi
cuma tinggal secebis
kenangan seni lakonanmu.
bagi peminat masih menyedut udara
al fatihah dan takziah buat ahli keluarga.

Oleh: Nurimanja,
sedenyutrasa dari blog citrarasa.
dua hari yang lalu september. 2010

Isnin, 20 September 2010

KENAPA PEMBUNUH BERLAKU?




Bila berlakunya pembunuhan
disebabkan tekanan rasa ketakutan
sebab rahsianya akan terbongkar
maka dilakukanlah pembunuhan
sebagai pemilihan jalan yang terakhir
untuk menutup segala  kesalahan
tetapi sebenarnya dia tersilap besar
bila pembunuhan telah pun berlaku
rahsia sebenarnya pasti terbongkar
menjadikan masyarakat umum mengetahui
begitulah cara syaitan mengoda manusia
menyesatkan anak cucu nabi Adam
melakukan dosa di muka bumi tuhan.

Oleh: Nurimanja,
16/9/2010 petang hari.
catatan dari akbar harian


Ahad, 19 September 2010

SANTAPAN JIWA




Cukupkah hari ini sekadar,
kita menekmati santapan jiwa,
pada saban pagi sebelum waktu dhuha,
dengan menekmati secangkir kopi segar iman,
dan bersama sekeping  roti manisnya rasa taqwa,
buat mengenyangkan santapan rohani dan jasmani kita,

singgahlah dulu di surau atau masjid kedai kuliah subuh,
tidak perlu bayar satu sen pun, cuma sekadar diam dan dengar,
kalau kita rajin,buatlah sadikit catatan rengkas,pesan tauke kedai,
untuk disebarkn kepada saudara-mara kita yang sebuk dengan urusan dunia.

Oleh ; Nurimanja,
BBTK  Tk Kumbar, Bayan Lepas,
Tanggal 20hb, Mei, 2010.

GUNUNG SINABUNG




Gunung Sinabung
empat ratus tahun lamanya
kau tidur dengan lena panjang
kini engkau bangun dengan marah
mengeluarkan debu panas setinggi langit
kami penghuni di sekelilingimu
masih sayang dan cinta padamu
kami engan melarikan diri atau pindah
walaupun kau marah untuk menganas
dan muntahlah apimu mengeluarkan lahar
bakarlah kampung kami disekelilingmu
jika kamu mahu kami dimusnahkan
selama ini kami tetap setia memujamu
berdiri tegak puncakmu menyapu awan
menjadikan kemegahan kami hingga kini

Oleh: Hantu Raya
Catatan berita terkini.
2hb, September, 2010.


Sabtu, 18 September 2010

JANGAN DURHAKA KEPADA GURU




Anak-anak didikku!
jika kamu menuntut ilmu
jauhkan melaku pendurhakaan
kepada ibubapa dan guru kamu
kerana doa mereka membawa berkat.
 
Jika kamu mendurhaka!
kepada kedua ibubapa kamu
syurga bukan lagi calun untukmu
jika durhaka kepada guru kamu
apa yang diajar oleh guru
semuanya akan hilang dan lupa
sepanjang hidup kamu nanti
susah sengsara dan papa kedana
apa yang paling ditakuti sekali
jika matimu tidak  dalam beriman.
 
Ingatlah anak-anak didikku!
orang tua-tua perlulah dihormati
orang muda pula perlulah dikasihi
semoga Allah merahmatkan kamu
baik di dunia atau pun di akhirat nanti.
 
Oleh: Nurimanja,
Kem motovasi SKSS K. Kurau Perak.
catatan 10hb September 2009.
 

ORANG ASLI PERIBUMI JATI




Orang asli,
etenik peribumi jati
telah banyak berubah
tidak lagi berpintah randah
mereka telah mengenal dunia luar
malah telah ramai ke marcu menara gading.

Mereka jua,
punya kedudukan
bangun berdiri sama tegak
mencorak langkah di arus moden
menekmati kemudahan hasil negara
demi tanah tumpah darah Malaysia tercinta.

Oleh; Geletek Petang,
catatan buat Jupri Halim
pekan , pahang september 2010.


Jumaat, 17 September 2010

SAJAK SEORANG AHLI SOFI



Ibrahim Idham,
ketika hujan turun
orang lain semuanya
melarikan diri takut basah
dia cuma tersenyum dan ketawa
bila ada orang bertanya kenapa?
Engkau silap bukankah hujun itu rahmat
mengapa mesti lari dari rahmat Allah swt.

Ibrahim Idham,
ketika jatuh tangga
kenapa kau ketawa? Bilamana
kau sampai kebawah kau menangis pula?
Engkau silap, Sewaktu aku jatuh ingatanku
kepada Allah swt saja, aku pun turut ketawa
bila aku sampai ke bawah sakit dan luka
aku menangis sebab tidak berlaku apa-apa
aku takut bila sihat aku lupa kepada Allah swt.

Oleh: Nurimanja,
catatan Penceramah bebas.
sajak legenda tanggal 23/8/2009.

DIMANA SETIA KAWAN?




Kawan pertama
ingin menubuh negara Islam
kawan kedua pula
harap dapat kerjasama
kawan ketiga terus terang
mencabar penubuhannya
malah mengarah kawan kedua
bertaubat di atas kesilapannya
disini kita lihat sebenarnya
kawan ketiga lebih berkuasa
di atas kedua-dua  kawannya.

Oleh: Geletek Pagi,
sesekali fikir benar juga,
dua tahun lalu 2008.


Rabu, 15 September 2010

WARKAH UNTUK PAPA




Warkah ini kutulis
adalah terlalu terlewat
bila keadaan telah tenat,
sukar untuk dibicarakan semula
tentang pembahagian harta pusaka.

Papaku yang dikasihi!
sudah lama aku perhatikan
hal-hal  warisan harta dibiarkan
bila pemberian tidak ikut syarak atau
adat yang asalkan ada rasa keadilannya.

Anakmu yang sulung!
biar diam dipinggir bandar
atau di pendalaman desa rimba
anak-anak  ibu muda diam di ibu kota

Sebenarnya anakmu yang sulung
hasil dari perkhawinan isteri mudadara
menjadi kepala kepada harta warisan
dikuatiri nanti jika berlaku ketidak puasan
akan meletuslah sengketa tali persaudaraan.

Oleh; Nurimanja,
tanpa tarikh lewat  1983.
kampung tersusun Nibung Hangus.


PENGHUNI SEPI




Jika tiba satu syawal
Flat Perda tiada penghuni
segalanya menjadi sepi
kerana kebanyakan penghuni
penyewa sementara sahaja
menjelang raya pulang ke desa.

Penghuni asal boleh dikira
Kerana punya umah sebiji dua
Kira cukup bulan kutip sewa
Inilah budaya hiup masyarakat kita
Meniru hidup gaya cerita Ali Baba
penyamun punya harta dia yang ampunya

Oleh ; Guest Door
Falat Tumpangan Teluk Kumbar
Bila tiba aidil fitri .  September, 2010

PERLU KITA GEMPUR GENERASI BARU



Beralihlah segera angin panas yang ganas
berlarak meninggalkan awan mendung kelabu
bagi menghindarkan budaya liar dijalanan
yang tidak bermoral di zaman kemajuan.

Perlulah kita Gempur semua generasi baru
jangan biarkan agenda tersembnyi berajalela
mengapa kita biarkan budaya begini berluasa
demi memajukan wawasan 2020 di negara kita.

Jangan biarkan agenda hancurkan negara
yang bernama melayu berfikirlah matang
demi maruah bangsa kita di masa hadapan
jangan dikopak-kapekkan minda generasi muda
bagi menjaga masa depan negara kita Malaysia .

Oleh; Nurimanja,
bila melihat anak muda kini
tidak pandai beterima kasih lagi.
dua tiga hari yang belalu :15/6/2010


INGIN JADI JUTAWAN





Berniaga kena luhur
jangan berniaga niat menipu
dunia tidak akan tunduk kepada kamu
jika sekali orang kena tipu urusniagamu
dunia juga akan lari daripada kamu...

Harta perlu ditangani
jangan letak di hati harta kamu
jutawan Islam perlu keluar zakat
bekerja dengan tangan kamu sendiri
biar sadikit tetapi membawa berkat

Kata saidina Ali rdiallah
bekerja untuk hidup seribu tahun
beribadat untuk mati esok hari,
jika kamu seorang jutawan bertakwa
dunia tidak akan menarik segala hartamu.

Oleh:  Viger
sekali tengelam sekali timbul.
mestri menguasai dirimu 2010 Sept.


Selasa, 14 September 2010

ALLAH BOLEH MEMBINASAKAN




Ingatlah wahai manusia!
jika kalian membuat durhaka
Allah akan membinasakannya
dan digantikannya dengan umat lain.

Bukahkan !
Dahulu Allah telah memberikan
segala kemewahan yang tidak terhingga
dengan kebun buah-buahan yang subur
anak sungai yang mengalir airnya jernih
makan, minunlah rezeki yang turun dari langit.

Tetapi kalian lupa!
setelah menekmati kehidupan mewah
kemudian kalian enggan menyembah Allah
malah ada yang mencabar akan perentahNya
kerana banyak melakukan kerja nahi mungkar
meninggalkan segala amal makrup arahNya
kini kalian tunggu sajalah hari pembalasanNya.

Oleh: Nurimanja,
BBTK, Bayan Lepas,
Catatan Kuliah Tafsir 12/10/2009.


PENGHINAAN KEPADA DUA TOKOH



Bila B dibaling dengan kasut
ada orang berkata sewajarnya
diatas pembohongannya selama ini
Iraq menpunyai jenjata nukeliur bahaya.

Kini geliran T pula dilempar kasut
waktu berucap dihadapan khalayak
diatas penglibatannya menyokong B
serang Iraq memusnahkan Sadam Husian.

Semuanya tembelang ini telah terbuka
dunia pun melihat dengan mata kepala
menilai kembali akan perlakuan sebenar
pada kecelupran dan pembohongan
kedua tokoh negarawan yang bersara
penjenayah perang menyembunyikan fakta

Oleh:  ANJ
catatan dari berita kini.
dua tiga hari yang lalu 2010.


Isnin, 13 September 2010

KESEMPURNAAN BERFIKIR



Seorang tokoh agama!
contoh terbaik Abu Hanifah
dapat berdebat dengan lancar
kalau dia berkata (tiang itu emas)
semua orang akan sepakat percaya
tanpa untuk dipereksa terus terima.

Seorang tokoh berkata!
kelebihan kebijaksanaa berfikir
menunjukkan syiar Islam itu hebat
puak Yahudi bertarap rendah dahulu
kini kita telah terbalikan keadaan itu
menjadikan kita mati diperkudakan Yahudi.

Seorang tokoh disegani!
didik anak dengan kasih sayang
kita bagai langit anak bagai bumi
jangan terlalu keras mendidik mereka
kerana manusia inginkan satu perlindungan
daripada kesejukan dan kepanasan Kehidupan.

Oleh; Nurimanja,
Sesekali bila berfikir
perlulah ada sejuk dan panas,
seperti langit ada hujan dan panas.
bebeapa minggu yang lalu Jun, 2010.


PUISI LANGIT DAN BUMI





Dulu langit dan bumi bersatu
langit dipisahkan turun hujan
bumi dipisahkan keluar tumbuhan

Dulu keduanya adalah satu
kini dijarakkan atas dan bawah
walaupun dipisahkan keduanya sama.

Orang tidak menyebut langit
tanpa melupai asal bumi
kerana dahulu keduanya bersatu.

Oleh: Qalam Mutiara,
desa bernaung lembah sepi.
penhujung lorong jalan mati 2010.


Ahad, 12 September 2010

DIANTARA DUA HATI



Hati,
seorang koprat,
tidurnya sering tidak lena
khuatir ribuan sahamnya jatuh
hutang piutangnya nanti tidak langsai
maka berusaha kuatlah dia siang dan malam
sehinggalah dia menerima anugerah kekayaan Allah swt.

Calun surgakah dia?
zakat hartanya diagihkan ke jalan kebajikan
serta membantu pekembangan dakwah syariat Islam
Allah suka melihat hamba-hambanya yang kaya lagi dermawan.

Hati,
seorang pengemis,
tidurnya tidak pernah fakir tentang kerugian
malah rezeki untuk makan esok pun malas untuk difikir
lantas menjadikan dia sepanjang hayatnya pengemis jalanan
maka tidak hairanlah dirinya fakir yang hamper pula dengan kufur.

Calun surgakah dia?
sebahagian hidupanya mengemis dijalanan
cuma meminta dan mengharap belas kasihan insan.
Jangan jadikan diri kamu fakir yang hamper kepada kufur

Oleh; Nurimanja,
BBPTK, Pulau Pinang.
6hb, Ogos, 2009.

PERJALANAN DAN PENANTIAN




-buat anak muda punya biasa-

Perjalanan dan penantian
Masih menjadi tekateki
Dan pertanyaan.

Penantianku,
adalah satu penyiksaan
dan kegelisahan

Perjalanan,
Masih lagi jauhkah
Dan masih terus betanya,

Penantian.
Mestikah selamananya aku begini
Dan masih terus bertanya.

Perjalanan dan penantian,
Keduanya kegelisahan dan penyiksaan
Yang sering menjadi tekateki,dalam diri
Dan masih menjadi petanyaan dan kegelisahan.

 Oleh; Mawar Putih,
Hujung Pulau Sepi,
Gertak Sanggul, Pulau Muiara.
Awal tahun 2008.

Sabtu, 11 September 2010

BICARA SINGKAT





Saudara?
sudahkah kau bersedia
Menuggu satu panggilan
Yang pasti dan mesti
Pada bila masa saja.

Saudara!
Aku Cuma mengingatkan
Jika kau belum bersedia
Mulakan dari sekarang
Agar kau tidak menyesal

Saudara!
Janganlah marah padaku
Kerana kita sesama Islam
Tidak sempurna iman, jika
tidak berpesan penuh kebenaran
berpesan dengan rasa kesabaran.

Oleh; Nurimanja,
27 Ramadhan,1430
sedutan dari sajak legenda. 

BERGEMA TAKBIR RAYA



-buat yang jauh diseberang


Bergema takbir  aidil fitri,
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji  namamu illahi
Kerana esok ada pesta kejayaan
buat pengorbanan ibadat sebulan.

Bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara
Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara  sendu dan sayu
 seorang anak kehilangan ayah dan ibu.

Bergema takbir aidil fitri,
alunannya suara melewati kamar
Senyummu cuma bagai dipaksa
Kerana hatimu  pilu dibuai resah
Terkenang ayah bonda sanak saudara,

Oleh; Nurimanja,
Laut Cina Selatan,
Siar Berneo Post,
Julai 1982


Jumaat, 10 September 2010

SATU SYAWAL KAU RATU AGONG


 
-buat sahabat CITRARASA


Satu Syawal
kau datang lagi
menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan kasih mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.

Jika kau dedaun emas
yang gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu
untukmu syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..

Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara.
10hb, September, 2010

Khamis, 9 September 2010

SATU SYAWAL DENGAN TIGA EPISOD




Episod 1.
Satu syawal
waktu kedinginan
mencengkam malam
bergema suara takbir
di hujung manara masjid
esok pastinya ada pesta
hasil dari kejayaan besar
buat muslimin dan muslimat
dari pengorbanan ibadat sebulan.

Episod 2.
Satu Syawal
kelihatan anak bulan
di atassebuah pusara
dari celah dedaun
ranting pokok puding
mendayu suara sendu
dari seorang isteri
telah menjadi balu
pedih hati menangisi
di pusara sang suami
yang dirindui selama ini.

Episod 3.
Satu Syawal
tika kau menjengok
akan kamar usiaku
senyumku bagai dipaksa
kerana hati ini telah lama
dipagut resah dan gelisah
lantaran jauh diperantauan
bila terkenang ayah bonda
sanak saudara yang jauh dirindui
airmata sedih pun berguguran juga.

Oleh: Nurimanja,
Pulau Broneo,
Penghujung 1979


Rabu, 8 September 2010

PERJALANAN FANA



Tuhanku
Engkau telah mengarah
dan melewati segala
dari alam rahim  yang damai
aku terlontar di alam fana
yang penuh dengan pancaroba,
ngeri , menakutkan dan mengerunkan.

Tuhanku!
telahku lewati keindahan palsu
cukup mempersona dan terpedaya
pada mulanya aku menangis
kini setelah  sesuku abad usiaku
baru menyedari diri dan mengerti
selepas mati aku punya  perjalanan lagi.

Oleh: Nurimanja,
sajak legenda kucatat.
bersamaan tanggal 19/05/1982.


Selasa, 7 September 2010

MENUNGGU LAILATUL QADAR




Menunggu satu malam seribu bulan
bukanlah  semudah menunggunya
musim buah durian gugur di kebun,
kau duduk atau tidur saja di pondok
bunyi berdebuk, carilah di pohonnya.

Menunggu lailatul qadar ini penat
ramai yang gagal untuk menecarinya
ketabahan hati keimanan dan taqwa
jika kau gagal mengawal hawa nafsumu
maka ibadatmu tewas kecundang semua.

Sudahkah engkau menghitung usia?
berapa banyak engkau punggut durian
dan berapa kali kau temui lailatul qadar?
seribu biji durian yang kau punggut itu
tidak akan sama beribadatmu satu malam.

Oleh: Nurimanja,
Teluk Kumbar, 23 puasa.
malam yang hampa 2010.


Isnin, 6 September 2010

PATAHKAN SAJA TUNAS BARU ITU



-penguna faceboox yang x sedar diri-

Jika ada pokok
yang tunasnya menjalar
patahkan sahaja jangan tunggu
kerana dia perosak pada pokok lain.

Tunas yang baru
mudah saja dipatahkan
jika lama membesar dan menjalar
akan menyukarkan pokok lain segar.

Jangan biarkan lagi
sehingga meliar kedua kali
cantas saja sebelum dia melengkari
inilah ketegasan yang patut dipelajari.

Oleh: Nurimanja,
Nasib baik bukan di Brunei
Jika x sudah lama anda disingkirkan
Tiada kesetiaan kepada raja dan negara.

Ahad, 5 September 2010

BICARA PADA MALAM




Malam,
Keindahanmu
Pada kegelapan
Bersama kegerlipan
Bintang-bintang kecil.

Malam,
Jika bintang
Enggan mengerlip
Sinar kecilnya
Kau pun menjadi muram.

Malam,
Sepimu itu
Cukup menawan
Menjadikan aku alpa
Pada kepenatan di siang hari.

Oleh: Nurimanja,
Catatan September 1983.
Brown Garden Pulau Mutiara.


Sabtu, 4 September 2010

KENAPA NAMA INI KUPILIH



- citra rasa rengkas bukan puisi.
 
Tahun 1976,
Pada 10 akhir ramadhan
waktu syahor jam 4.30 pagi
di asrama almashoor Pulau Pinang,
semasa aku sedang makan syahor tiba-tiba
datang saekor burung  nuri hinggap di bahuku
lalu  menagkap membelainya begitu jenak dan manja .
 
Beberapa kali aku cuba melepaskannya,
dia datang kembali betambah mesra dan manja,
aku jadi terharu, tidak sampai hati melepaskannya
aku tidak tahu siapa yang punya , lalu aku memasukkannya
ke dalam beg  plastik, esok aku hantar ke rumah  bapa angkatku
di Perak Road, Beberapa minggu aku pergi bertanya, kata bapa angkatku
burung nuri itu telah terlepas terbang menghilangkan diri entah kemana…….
 
Aku pun terharu, saekor burung yang cantek berwarna warni,
disebut  orang si burung nuri,  kecewa tidak dapat memeliharanya,
kerana aku semasa itu maseh  seorang pelajar yang tinggal di asrama.
atas mengenangkan namanya, aku meletakan nama penaku  NURIMANJA,
(Nasri Mahmud) . sehingga kini mudah dikenali dan senang diingati oleh sahabat CR.
 
Oleh; Nurimanja,
Catatan 10.00 malam,
BBTK. Bayan Lepas, Penang.
1hb, Oktober, 2009.
 

CUMA TINGGAL MEMORY



Kehidupan ini
tersisih dari segala
ketandusan dan kerinduan
yang tinggal cuma kenangan
kerisauan suara hati di dalam
bagai tenat yang tidak dapat diubati.

Lelagu puisi
masih juga bepuput
melewati jendela angin malam
bersama gugusan air mata resah
hasil keperitan hidup luka parah
dari seorang anak muda yang kecewa.
diserang satu penyakit yang berpanjangan.

Oleh ; Nurimanja,
Tempat lahirku Di Perak.
29/12/1977.

Jumaat, 3 September 2010

KINI AKU PUN MENGERTI



Dalam percaturan ini,
terasa aku telah tertipu
pada  kata janji manismu
pada  semangat jatidirimu
pada keikhlasan hati nuranimu.

Mengertilah hari ini,
satu yang aku harapkan
kepalsuan dan kecelaruan
susah untuk menganaliliskan
semuanya ada helah tersendiri.

Jika ada  hari esok,
usah lagi kau menunggu
sebuah kemesraan dariku
semua janji hangus terbakar
di api keraguan dan kemusnahan.

Pada hari  hadapan,
pun untuk sanpai bila-bila
aku kini telah pun mengerti
katamu, semangat dan keikhlasan
semunya adalah bicara tiada harga.....

Oleh : Nurimanja,
Jalan Siakap, Kuala Kurau,
27hb Juklai, 1977