Jumaat, 24 September 2010

HUTAN BALAK DAN LOMBONG PASIR




Cerita pasal pembalakan dan perlombongan ini,
dua perkara yang sangat serius untuk diperkatakn
hasil dari hutan kini teralu sukar hendak dihentikan
hasil dari pasir pula terus saja dikorek dicerobohkan
kerana setiap  pergerakan kita perlukan kewangan
maka jikalau kerja ini ini dihentikan wang pun hilang.

Justeru itu cuma jalan pintas saja boleh dilakukan
walaupun ada orang berkata menyalahi peraturan
dengan merosakan tebing anak sungai alam sekitar
tanpa menilai kesusahan, menimbulkan malapetaka
walaupun ada suara rungutan penghuni di sekitarnya.

Cerita pasal pembalakan dan perlombongan ini,
satu kerja mudah punggut hasil sebuah pemerentah
dan begitu rangkus  kontak pengorek mendapat permit
ini semua cuma menambah sumber hasil dalam negeri
maka terpaksalah  mengaut keuntungan hasil dari bumi.

Oleh:  Nurimanja,
Catatan dari akhbar harian
tanggal bulan Julai, Ogos 2010


40 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH DUA RAKYAT SATU MALAYSIA DALAM DUA SITUASI BERLAINAN DINATARA TEGAS DAN KELUHURAN.
___________________________________

1. ORANG IBAN DI RAJANG SERAWAK.

Pernah satu masa saya mengajar tetiba ada seorang murid keturunan iban mengeluarkan buku bertajuk:
ROSLI DOBI (salah seorang perjuang kebebasan serawak dari cengkaman penjajah) saya pernah dengar
nama itu, tetapi tidak berapa tahu ceritanya. Lalu saya minta pinjam untuk membacanya. Kerana terlalu
sebuk dengan tugas ujian murid hujung tahun. Saya cuma dapat baca sebahagian saja, tetapi saya janji
akan pulang sehari dua.

Selepas dua hari bapak anak murid saya bernama Sandin datang ke quartes saya, bapanya sandin bekerja se bagai mandor di SWC jepun di kuala rajang, minta buku itu kembali bersama Sandin sebagai saksi. Saya mula agak terkejut, bila dia bertanya dengan sopan dan saya baru teringat, dan minta maaf dan minta tempun untuk pulang esok, kerana belum habis baca lagi .

Bapak Sandin bersetuju. Esok setelah habis baca saya pulangkan segera. Apa yang menarik dalam kisah benar ini KETEGASAN yang ditunjukan Sandin dan bapaknya. janji mesti ditepati. kita juga boleh bertolak ansur. Saya tabik kepada kedua beranak bangsa keturunan Iban itu. Tegas! Syabas...

BERSAMBUNG. (ESOK)

Saidatina Ayubi berkata...

TERPILIH UNTUK MEMILIH

ada dua rasa dihati
biarkan saja ini terjadi
takkan aku memilih lagi
biarkan masa menjadi teka teki…
cinta tidak memilih dengan mata
mungkin kata hati akan berlabuh
ini semua terjadi hanya untukmu
dan semuanya tetap untukmu
biarkan waktu berbicara
menjawab semua persoalan
bila aku harus memilih
aku takkan memilih
kerna degup jantung kekdg kencang
selalunya tidak mungkin aku sayup…
cinta juga tidak kerna harta
biar waktu membias segalanya
agar aku tahu yang mana berharga
dan yang mana bertanda…
selama mana harus aku menyimpan
masalah makin menerjam
haruskah aku buang,
atau terus memendam diri diam?
setiap jejak setiap langkah
ku pingin untuk berdua
tetapi tetap menyendiri
dan tetap sendiri…
gejolak jiwa makin hebat
memang aku tak memilih jalan ini
biar semua bersemi sendiri
jiwa akan memilih waktuku berdiri…
bernyanyi la sendiri
nyanyi biar sampai langit
agar suatu ari nanti
kau akan ingat hari ini…


Saidatina Ayubi
Mesir
11malam

Tasya Humairah berkata...

ANGGAP SAJA MIMPI

Degup deras dulu tidak lagi hadir
sepadat-padat memori
Menjadi sekosong-kosong rasa
Sekelip mata tak percaya?
Bisakah dibenci jadikan dulu mimpi
Sakit hari esok mungkin lebih erti
Yang semalam sudah aku kesali
Aku sudah tak sunyi.
Biarlah hari ini aku menyanyi
Hari esok aku menari dan suka hati.
Yang semalam anggap mimpi ya.
bagai berbatu jarak aku belakangkan
ghaib kerancahan mengarus deras
seolah lenyap tiada nafas itu
biar ulangan panggilan tidak pantul
mahu aku depakan setiap suara halus
erat melengkapi setiap ruang wujud
membelai rasa kehilangan lalu
hangat nafas itu semakin merakus


Tasya Humairah
Mesir
1pagi

Qalam mutiara berkata...

Sajak sadikit jiwa-jiwa oleh Saidatina Ayubi dari Mesir. Menceritakan soal pilih dan memilih dengan tajuk sajaknya ; TERPILIH UNTUK MEMILIH sajak ini terasa bagai menyentuh soal hati. sesekali pengucapannya terasa juga bagai mahu menyerah kepada yang berkuasa menentukan akan terpilih atau untuk memilih. Cinta yang dilahirkan bukan ukuran yang sebenar pada kebendaan. Tetapi pada keikhlasan hati dan faham memahami. Oleh itu bagai seorang yang beriman ketentuan allah itulah lebih tepat dan sabgat menyakinkan, dan berserah kepada ketentuan allah pada rukun qada dan qadarnya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak dari Tasya Humairah bertajuk ANGGAP SAJA MIMPI, pengucapan sajak anda
Juga bagai mimpi-mimpi yang bertaburan, sekejap anda padat dan sarat dengan isi memori . kini hati anda kosong sekosonganya. Sekejap anda percaya hari ini anda benci, akhirnya segala kebencian anda jadikan mimpi . bertabur untuk menangkap maana dalam pengucapan yang sebenar , saya bagai gagal untuk menyelam ke dasarnya, dimana saya akan dapat menilai isi atau maksudnya yang tersirat dan tersurat?

Rengkasnya andaian cuma yang dapat saya katakana:. Barangkali anda ingin membuang segala memori lama dan mungkin ingin mengosongkan hati dengan cerita yang kurang menyenangkan, agar esok jiwa menjadi tenang dan mencari sesuatu yang baru, agar dapat terubat luka lama semoga biar hilang parutnya. Selepas itu barulah anda berasa bebas dan mencari penganti yang lebih bermaan dan mengerti. Amin. Usaha lagi.

Marjinah Markonah berkata...

bg aku org yg mencemar alam sekitar adalah org x bertamadun!

Danial berkata...

ape pnya dorg ni x reti hargai alam sekitar!

Ku Farah berkata...

sbb duit pnya pasal la ni semua hutan di gondol!

Seri Suri berkata...

hbis pencemaran udara berlaku sbb penebangan hutan ni la!

Saizul Maizav berkata...

smoga kerajaan dapat pantau aktiviti pembalakan haram ni...

Tetamu Malam berkata...

apa nk jadi dgn manusia skrg ni kerana duit hbis hutan jd mangsa!

Ali Conan berkata...

x cukup lagi ke dgn apa yg ada hutan pun dorg nk bedal!

Syakir Retro berkata...

mmg tamak btol dorg ni dgn hutan pun x boleh bertolak ansur!

Jengking Perak berkata...

patutnya org yg buat pembalakan haram ni di beri hukuman setimpal!

Ustaz Sahzan berkata...

menarik sajak en nuri kali ni berkisar tentang alam sekitar

Muhamad Rabbi berkata...

tahniah en nuri sbb jarang org nk membela nasib tumbuh2an ni...

Mega Sutera berkata...

pembalakan? apa nk jd dgn manusia skrg ni!

Ustaz Zamree berkata...

sayu baca sajak ni kesian alam fana ni..

Pak Bostamam berkata...

smoga ada yg simpati nnt tentang permasalahan ni...

Comel berkata...

sajak yg menarik en nuri... tahniah!

Zain Issac berkata...

wah! esok jgk dia datang tuntut buku!

Johnson Iqbal berkata...

eh! xptut btol la bagi la hbis baca dulu...

Atan Yahoo berkata...

org iban mmg berpegang pada janji yer...

Haji Atang berkata...

mmg btol en nuri tulis ni sbb org iban mmg marah kalau janji x ditepati...

Badrolshah berkata...

alamak! tegas btol org iban ni yer...

Halilintar berkata...

kedekut jgk org iban ni bru sehari je lambat dh nk minta balik!

Brader Joe berkata...

kesian en nuri kejam btol org iban tu...

Petualang Tiga berkata...

ala...dorg ni takut sgt mcmlah en nuri nk curi buku tu...

Raja Muda berkata...

menarik peribadi org iban kita kena contohi ni...

Kembara Budiman berkata...

klu zaman skrg pinjam buku brapa lama pun dorg buat xthu jer... berbeza dgn org iban ni..

Pak Awang berkata...

org iban mmg marah klu x tepati janji ke???bru sy thu...

Geletek Malam berkata...

bahaya jgk klu nk pinjam ape2 kt org iban ni...

Jalil Janggut berkata...

takut aku tgk org iban ni selamat kwn2 aku xde yg iban...

Budak Rap berkata...

pasal buku pun dia nak gaduh ke! cis!! kedekut!

Tanpa Wajah berkata...

sehari je lambat pun dorg nk kecoh2 dh..

Sarah berkata...

mmg bgus btol org iban ni janji msti ditepati prinsip dorg ni...

Guest berkata...

lps ni kena berhati2 kalau nk pinjam ape2 dari org iban sbb kwn aku byk iban...

Sharifah berkata...

xkn dorg xpham? pinajm sehari mana boleh hbis baca?

Julia berkata...

selamat dia x saman en nuri masa tu klu x buat malu jer..

Geletek Siang berkata...

ape2pun kita patut contohi prinsip org iban ni..