Sabtu, 4 September 2010

CUMA TINGGAL MEMORY



Kehidupan ini
tersisih dari segala
ketandusan dan kerinduan
yang tinggal cuma kenangan
kerisauan suara hati di dalam
bagai tenat yang tidak dapat diubati.

Lelagu puisi
masih juga bepuput
melewati jendela angin malam
bersama gugusan air mata resah
hasil keperitan hidup luka parah
dari seorang anak muda yang kecewa.
diserang satu penyakit yang berpanjangan.

Oleh ; Nurimanja,
Tempat lahirku Di Perak.
29/12/1977.

50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 5 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH: NURIMANJA
___________________________________
Lima belas minit kemudian . Husna pun sampailah di depan tangga rumah sewanya, setiap bulan bayar seratus lima puluh ringgit saja. Kekadang Umar Haslam selalu saja menanguhkan bayarannya. Setelah mendapat duit upah potong getah atau jual udang galah, dia kan menjelaskannya.

Husna merehat dahulu di atas tangga beranda rumah itu, kakinya menjulur ke bawah,anakperempuannya meluru ke pintu, diamenyuruh mengabil air sejuk di dapur untuk menghilang dahaga di sebabkan berjalan di bawah panas terek mentari tadi

Anak lelakinya di letakannya di sudut beranda yang sempit itu, kerana keletehan dia terlena panjangan. Sebentar Olie membawa membawa segelas air untuknya. Husna menekmati dengan rasa rangkusnya.Terasa kesegaran tenaga menjelma kembali, bila tekaknya sudah basah. Dia memang diharuskan berbuka puasa kerana syarat mengandung dikuatiri terganggu pembesaran anak dalam kandungannya.

Sedang dia melihat wajah anak perempuannya yang sudah boleh membantunya, dia pun tersenyum sendirian, kemudia dia beralih pula kepada Muhamad Badawee yang masih lena itu, kasihan belum pandai berjalan betul sudah mendapat adik pula.

Seketika dia terasa dalam perutnya ada berlaku tendangan kecil, dia faham seperti biasa, tanda anak dalam kandungan cergas dan sihat. Dia cuba memusing-musing tapak tangannya di atas perutnya sedang membesar itu.

Dia menyesat-ngesat peluh di dahi dan tengkok ke dua anaknya. Dalam hati dia berazam. Selepas ini bakal anak-anaknya nanti , Tidak akan dibenarkan berkhawin terlalu muda dan belum mempunyai pekerjaan tetap. Dia tidak mahu seperti apa yang menimpa ke atas suami dan dirinya.

.“Assalamualaikum Yang!” Tetiba dengar suara orang bagi salam
“Waalaikumsalam… Eh Abang dah balik. Banyak abang dapat udang galah ke?, Wah kita buat gulai lemak bubuh belembing buluh ya bang.Nanti abang pergilah kait buah belimbing buluh di belakang rumah itu” Terliur bunyinya.
“Tapi Yang bila balik dari kelinik?” Tanya Umar Haslam.
“Baru saja kekejap tadi, peluh pun belum kering.” Jawab isterinya
“Abang bercadang nak ambil Yang tadi dengan anak-anak kita,” kata Umar
“Terima kasihlah bang. Ingat juga abang pada Husna dan anak-anak.” Sinis bunyinya.
“Abang tak mahu orang kata,Abang cuma pandai buat anak tapi tak tahu jaga anak dan bini,” kata Umar haslam sayu.
“Husna faham bang!:
“Kita ini orang miskin dan susah Yang, Abang terpaksa buat apa saja,demi Husna dan anak”
“Tapi Husna sanggup melahirkan berapa ramai anak abang,”
“Kalau begitu, kita tak payah masuk Universiti pun boleh buat BA dan MA.”
“ Abang dua kali BABA.”
“ Dan Husna pula dua kali MAMA”

Mereka ketawa serentak, memecah kesunyian tengah hari itu. Umar Haslam tersenyum dengar kata-kata isterinya itu,

S E L E S A I.

nurimanja berkata...

TERKENANG KE MASA DULU, HATI MERASA RINDU, MUNGKINKAH
DAPATKU INGAT AKAN KISAH-KISAH YANG LALU.


Waktu aku kecil dahulu, rumahlah tempat yang paling selamat,
selain berteduh dari hujan panas dan terasa aman damai bersama ayah dan ibu.Entah kenapa aku pun tak tahu, cukup selamat bila berada di rumah .

Tempat gelap juga aku takut, kalau aku bergerak di tanah aku akan bawa antang daun kering kelapa diikat dan dibakar menjadi lampu menyuluh jalan. Kata orang tua,
jika harimau lihat dia juga akan lari.

Kalau berjalan dalam gelap aku takut, kerana aku terasa semacam ada orang yang cuba bersama mengikut,Aku berjalan dia berjalan aku berlari , dia pun berlari juga ikut aku, itu yang aku hairan.

Ada satu binatang yang orang kampong kata harimau belang yang berjalan di waktu malam di atasnya ada saekor burung gembala dia duduk di atas belakang harimau itu dan berbunyi begini: Kuang, Kuang Kuit, Kuit Kuit’

Orang kampong mengelarnya burung Kuang Kuit, gembala kepada harimau belang atau dikenali dengan panggilan Tuk Cepoh, kerana kaki di sebelah kanannya kecil atau rengkat sedikit. Dia berjalan tidak setabil

Apa yang dicari aku pun tidak tahu, bila malam jam 12 ke atas dia mula berbunyi dan Meronda
disegenap kampong, membuatkan aku takut hendak turun ke tanah di waktu malam, memang semua orang kampong nibung hangus dan Tanjung Nipis tahu Aku tak tahu sungai Dunggung

Cerita harimau Tuk Cipoh ini sehingga terbawa dalam mimpiku, kerana terlalu taku. Mak pula selalu mengemparkan aku kalau aku kuat menangis, memerap mak hendak buat kerja rumah, mak kata biar dia ikut Tuk Cepoh, aku menjadi cemas, dan tak mahu menangis lagi.

Siapa Tuk Cepoh harimau jadian ini, sampai sekarang bila aku ingat adakah satu cerita donging,
disengaja diceritakan untuk menakutkan kanak-kanak agar jangan suka menangis malam atau cerita lagendanya. Sehingga kini aku tak tahu jawapannya.

Amat pelek dan menghairankan merata aku pergi dan duduk, memang aku tidak jumpa bunyi pelik suara burung itu. kisah Kuang Kuit, aku bercadang nak tulis cerita atau kisah burung dan harimau ini, tetapi tak tahu darimana asal usulnya.

Kini masih ada atau tidak ada aku tidak tahu, apa yang aku tahu, burung masih berbunyi sudahturun temurun jendarasi di kedua kampong ini. Termasuk juga Estate Jin seng.

Binatang ini dia suka duduk dikubur atau jerat hindu. Adakah dia Cuma saekor burung atau benar
dia berkawan dengan harian bergelar Tuk Cipoh.

Mat Noh siak pengali kubur di sungai dunggun atau kedua kampong tersusun boleh beri jawapannya.
Kaaalau Mat Noh rajin bertanya dan menyiasatnya. Sehingga kini masih menjadi tanya tanya?

Sekian pelek tetapi benar.

Stephen Yashoor berkata...

PRASANGKA

Pada mulanya ku sangka
Yang hitam itu putih
Yang putih itu hitam
Yang tidur pemalas
Yang berjaga itu rajin
Yang makan pelahap
Yang menangis sedih
Yang kaya bongkak
Yang diam kera sumbang

Tapi sangkaan ku silap sama sekali
Kerana tidur dia mungkin penat
Berjaga tapi lakukan kerja sia-sia
Makan kerana lapar seharian puasa
Menangis takut balasan tuhan
Kaya gunakan harta untuk kebenaran
Bila diam dia menjaga tutur kata
Jadi apa-apapun yang kita sangka
Bersangka berbaiklah dengan semua
Kerana tak semestinya baik diluar
Mesti baik juga didalamnya...


Stephen Yashoor
gelagat student tempat sy berlajar
5pagi

Qalam Mutiara berkata...

Sajak oleh Stephen Yashoor sama dengan sajak Hantu gigi berbentuk teka teki,Cuma perbezaannya Stephen Yashoor ada jawab yang diberi, tetapi Hanti Gigi,sehingga kini tak ada siapa dapat memberi menjawabnya. Akhir sekali dia sendiri pun tak tahu apakah jawapannya.

Percubaan pertama agaknya dari Stephen Yashoor pengucapannya mudah dan senag ditangkap persoalannya, lebih senang dan mudah Stephen Yashoor sendiri telah pun memberi jawapan pada persoalan yang diberi, khalayak cuma perlu berfikir benar atau sebaliknya apa yang dibicarakan. Hanya orang yang berfikiran kreatif saja yang boleh atau
dapat menangkap catatan keadaan perjalanan seharian kehidupan masyarakat seorang insan. Amin.

Srikandi Juwita berkata...

sajak kenangan plak?

Supain Sipaun berkata...

cuma tinggal memori sedih plak sajak ni...

Ustazah Janariah berkata...

sajak kenangan yg sdih ni....hmm..

Stephen Tashoor berkata...

kenapa plak cuma tinggal memori jer?

Nahul Hidzar berkata...

mcm pnh baca je sajak tinggal memory ni?

Malik Wariya berkata...

sajak yg sayu je... tinggal memory...

Jalil Janggut berkata...

sajak sedih plak kali ni? xde ke sajak2 ramadah lagi?

Geletek Siang berkata...

seram plak baca cerita en nuri ni sapa plak ikut berjalan?

Tetamu Malam berkata...

cerita ni menyeramkan jgklah cerita btol ke en nuri?

Ali Omar berkata...

eh! klu jalan dalam gelap ade org ikut kita ke????

Ustazah Hamidah berkata...

huh! burung ape plak tu??/ seram plak...

Yusof Lim berkata...

burung jelmaan kot en nuri?

Budak Surau berkata...

apa nama burung tu??? xpnh dgr pun...

Madah Pujangga berkata...

seram plak dgr psal burung dgn harimau ni...

Qalam Musofa berkata...

rasanya hantu la harimau dgn burung tu...

Raksasa Hijau berkata...

tok cepoh?/ seram naik bulu roma plak...

Abu Hanifah berkata...

burung tu hantu kot agaknya?

Sharifah berkata...

rasanya dorg penunggu ko harimau dgn burung tu...

Juragan Desa berkata...

pelik jgk dgr cerita en nuri seram bulu roma...

Ku Dania berkata...

burung kuang kuit tu spesis burung apa plak?

Puteri Aisyah berkata...

ada lagi x burung kuang kuit tu?

Puteri Bunian berkata...

rasanya dorg tu bunian kot? tgh2 malam meronda plak?

Atuk berkata...

rasanya cerita dongeng je kot? saja nk tkutkan bdk2?

Faisal Syafie berkata...

xpnh dgr pun pasal kisah tok cepoh ni?? dia harimau jadian ke?

Ibrahim Lee berkata...

huh! menyeramkan selamat bulan puasa.. harimau jadian la agaknya...

Abu Hanifah berkata...

mmg misteri smpai skrg cerita harimau tok cepoh ni ke?

Nasruq Haqq berkata...

eh! sapa yg ceritakan kt en nuri pasal harimau tok cepoh ni?

Nuri Jaguh berkata...

entah2 harimau dgn burung tu jelmaan hantu raya kot?

Sidek Moktar berkata...

skrg masih ada lagi ke burung tu kt kmpung en nuri?

Nuri kecil berkata...

cerita burung tok cepoh ni berkisar tentang zaman bila? 80an ke 90an?

Izaty Husna berkata...

burung tu jelmaan tok cepoh kot?

Roslan Bidin berkata...

rasanya harimau dgn burung tu belaan hantu raya org kmpung kot?

Firasat Hikayat berkata...

eh! org kmpung x sisat ke psal burung dgn harimau ni?

Sumpah Keramat berkata...

mngkin burung tu jelmaan tok cepoh? harimau tu dia punya binatang perliharaan kot?

Taib berkata...

malam je dorg menjelma? siang xde ke en nuri?

Karim Ghani berkata...

en nuri berjalan malam2 rasa org ikut? burung dgn harimau tu kot yg ikut? hehe

Sarah berkata...

agak2 zaman skrg ni dorg wujud lagi x en nuri?

Dayang Intan berkata...

cerita ni tahun bila berlaku en nuri?

Usop Nayan berkata...

mcm pnh dgr je cerita en nuri ni atok sy pnh cerita jgk...

Petualang Tiga berkata...

dia ada serang org kmpung x en nuri???

Kembara Budiman berkata...

dorg x pasang perangkap ke nak menjejaki burung dgn harimau tu?

Golok Buta berkata...

msa bulan puasa pun burung dgn harimau tu ada x?

Kopi Susu berkata...

rasanya dorg tu jelmaan atau penunggu la....

Geletek Perut berkata...

meremang bulu roma baca cerita en nuri ni...

Seniman Jalanan berkata...

cerita burung dgn harimau ni klu buat cerpen best ni...

Dayang berkata...

seram baca cerita en nuri sambung la lagi....