Sabtu, 11 September 2010

BICARA SINGKAT





Saudara?
sudahkah kau bersedia
Menuggu satu panggilan
Yang pasti dan mesti
Pada bila masa saja.

Saudara!
Aku Cuma mengingatkan
Jika kau belum bersedia
Mulakan dari sekarang
Agar kau tidak menyesal

Saudara!
Janganlah marah padaku
Kerana kita sesama Islam
Tidak sempurna iman, jika
tidak berpesan penuh kebenaran
berpesan dengan rasa kesabaran.

Oleh; Nurimanja,
27 Ramadhan,1430
sedutan dari sajak legenda. 

47 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH MESTRI siri1. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA
___________________________________

Semasa saya berada di sebuah sekolah agama rakyat shamsul maarif al wataniah tanjung piadang perak. satu hari madrasah atau sekolah kami telah menjempun seorang penceramah bebas ulamak dari Indonesia dalam ceramahnya yang berbagai tajuk besar dan kecil, ada satu cerita yang tersilit sebagai silingan pada
masa itu lebih menarik perhatian saya dan cukup berkesan dan saya ingat sehingga kini, setelah membaca sajak Qulbai shaizai yang baru sedar dari koma atau pesang.

Kononya ada seoarng tua yang telah hidup hampir seratus dua puluh tahun umurnya, hampir kedua atau tiga jenderasi, dia melewati keadaan itu, malah semua saudara adik beradiknya semuanya telah pun meninggal alam fana ini, tetapi dia masih bernyawa dan menyeduh udara tuhan untuk meneruskan perjalanan hayatnya.

Sewaktu dia berumur 25 tahun dia diserang deman panas, kerana keluarnya miskin dan sebuk seharian kerja di huma atau berladang, menanam padi bukit, bila kedua ibu bapak balik ke rumah di dapati anak muda sudah
meninggal dunia, lalu sebuklah kerja untuk di kebumikan. Setelah ramai orang datang , sanak saudara telah pun diberi tahu, menagislah teman sahabatnya sedih , ada yang membaca yasin dan khuhu sedekah pada aruahnya.

ANJ berkata...

BERSAMBUNG , (sabtu) 10

KISAH PELIPORLARA DONGING RAKYAT : KENTUT BERIRAMA ? ceritan cara bebas Oleh: ANJ.

Setelah anak muda ini naik ke atas pentas orang ramai yang pernah mengenalinya bertempek sorak, mereka menaruh keyakinan dia akan menang. Setelah orang ramai diminta mendiamkan diri seketika, anak muda itu pun pergi berhampiran
pembesar suara, lalu ditekannya hujung jari keperutnya dan dilepaskan satu kentut yang cup bertenaga irama dang dutnya.

Mak berbunyilah iramanya begini: Bam Ke tibam, Bam but Bat! sekali ketut sahaja. orang ramai pun bertepuk sorak. pengadil acara dan para hakim sebulat suara
mengistiharkan anak muda inilah yang menang dan layak berkhawin dengan tuan puteri kentut berirama. Setelah malam dayang dan pengasuhnya sering mendengar irama Nai ke tinai nai nun nat. kemudian diikuti pula bunyi Bam ke tibam bam but bat.

SEKIAN.
Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. cuma latihan buat saya menulis cerita donging rakyat, dan masih banyak lagi cerita rakyat dalam simpannan en nuri. jika dibenarkan saya akan tulis semula secara bebas. Anda boleh menolak dan membuangnya , jika tulis ini merapu dan tidak ada apa pengajaran, cuma sebagai hiburan mengusik hati saja. Harap maaf !!Selamat hari raya semua.

Jalal Rafzee berkata...

TOLONG AKU BELAJAR!

Bunyi ironi bising sering
berkeroncong,bertempur,berdendang
sering persoalkan terapung
diangkasa minda yang muda masih
tolong aku pecahkan tempurung
biar ayat-ayat pintar terlepas
guruh petir biar masih bersabung
tolong aku asyik tersadung
perang saudara di wilayah tubuh
diri sendirijiwa, jasad, dan roh
menjerit revolusi mahu evolusi
jeritan aku saja yang dengar
tolong aku istiqomah itu sukar
tolong ajar aku belajar
di alam yang sungguh mencabar!


Jalal Rafzee
sajak saya kali ni agak dalam
maksudnya harap en nuri dpt tangkap

Zainal Arifin berkata...

TARIKH KERAMAT

tarikh keramat tarikh kelahiran
saat mula berenang
keluar dari tembuni
merenangi kehidupan luas
dari lubang kecil
darah penuh terpecik
ibu terjerit terpekik
ayah gigit jari sakit tak terperi
putus segala urat
nyawa tinggal separuh
demi satu nyawa
sanggup gadai segala
korban para ibu kasih para isteri
moga tersemat di hati si anak
moga berbekas di hati si ayah..

Zainal Arifin
sewaktu menyambut kelahiran anak pertama ni sajak lama tersimpan dalam pendrive

Qalam Mutiara berkata...

Sajak kedua daripada Jalal Rafzee kali ini bertajuk TOLONG AKU BELAJAR!. Pengucapannya bagai ingin mengeluarkan diri dari kemelut yang berpanjangan,atau terhimpen diantara berubahan yang cepat atau lambat. Mindanya bagaikan terperangkap dan amat bercelaru di antara kebenaran dan kepalsuan. Apa-apa pun kita perlu berhati-hati, kerana kebenaran itu tetap ada dan menyerlah pada sinar kebenarannya.

Sesekali kita perlu belajar dari sejarah yang silam. Kegagalan mengenepikan sejarah yang lalu membuat ramai anak muda yang tersungkur ditangan-tangan yang ingin menguasai merosakkan rasa kehidupan yang aman damai dan makmur ini. Akan menjadi seperti negara jiran tetangga kita yang sering membakar semangat ingin maju segera, tetapi apakah cerita kesudahannya yang telah terjadi? ketinggalan dari segalanya, kerana ingin menukarkan kuasa. Akhirnya jadi darcamurba. jadilah seorang
rakyat yang taat setia pada agama, bangsa dan negara. bukan digelar jadi pendurhaka.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak dari Zanal Arifin bertajuk; TARIKH KERAMAT.Satu saat yang dinanti –nanti bagi menyambut kelahiran bayi kecil yang diharapkan oleh sesuatu keluarga bahagia. Sememangnyalah saat cemas perek dan membimbangkan hati setiap keluarga, jelasnya si suami yang cemas dan gelisah diantara berentap dengan kesakitan si isteri dan kehidupan seorang bayi yang baru lahir ke dunia ini, malah nyawa si isteri jadi pertaruhan dihujung rambut. Tetapi bersyukurlah kita kerana adanya teknologi terkini, segalanya permasallahan mungkin dapat di atasi dan diselesaikan dengan jayanya. Selamat menimang anak pertama. Amin.

Saiful Bukhari berkata...

bicara singkat? sajak pasal apa ni...

Raja Muda berkata...

sajak bicara singkat mengenai apa? susah nk tangkap?

Ai Kutubudin berkata...

sajak bicara singkat ni menyentuh mengenai apa? ketuhahan ker?

Ustaz Sahzan berkata...

sajak biacara singkat mcm ada bunyi politik jer?

Pak Kassim berkata...

eh! cerita ni pasal qulbai khaisai ke? eh! qulbai ke yg mati 3 kali tu???

Putera Damien berkata...

sapa plak nama org yg mati 3 kali tu?? hehe

Ustaz deris berkata...

org indon ke yg mati 3 kali tu?

Syafiq Amirul berkata...

sampai 120thn umor dia! dia mkn ape???

Firdaus Hassan berkata...

sah! dia ada bela jin la sbb tu susah nk mati...

Panah Arjuna berkata...

sampai 3 kali mati? koma je kot???

Orang Lama berkata...

mmg ajaib la dia tu sampai 3 kali mati...

Puteri Aisyah berkata...

sakit apa pun x mati! hebat orang tua tu...

Julia berkata...

eh! 3 kali mati mcm pnh baca jer..

Kota Gersang berkata...

dia hantu raya kot bkn mnausia sbb tu susah nk mati...? hehe

Hamba Allah berkata...

wakaaakkakaka lawak la cerpen kentut ni! hahaha

Wasiril Azmi berkata...

ade bunyi bam plak kentut dia? hahahahha

Nurul Husna berkata...

hahahaha mmg lawak kentut cerpen ni!! hahahhaa

Nas hayah berkata...

selamat ada org boleh kentut irama klu x? mmg xkn kwin la puteri tu...

Ungku Zubir berkata...

laki tu mcm mne boleh kentut irama? pelik jgk...

Jalil Janggut berkata...

entah2 laki tu supu pmpuan tu kot? sbb dia pun boleh kentu irama???

Sudin Ramlee berkata...

eh! giler punya kentut siap ada bunyi bam dgn nai plak? hahahhaa

Pak Ngah But berkata...

agak2 zaman skrg ada x org boleh kentut mcm pemuda ni? hahha

Supain Sipaun berkata...

brapa thn dia belajar kentut sampai mcm tu? haha

Saizul Maizav berkata...

eh! kentut dia ada keluar sebutan sekali ke bam ke tibam bam but tu????

Kembara Budiman berkata...

dia bkn manusia la rasanya alien kot? sbb kentut dia pelik....

Mozaire berkata...

dia anak jin ke apa? sbb manusia biasa mana boleh kentut ada irama? haha

Mat Noh berkata...

eh! mmg lawak cerpen kentut ni klu ada lagi tulis la best membacanya...

Nahul Hidzar berkata...

cerpen kentut ni berdasarkan kisah benar ker?

dam catur berkata...

mcm cerita benar plak baca cerpen kentut ni? hehe

Roslan Bidin berkata...

mana en nuri dpt idea buat cerpen kentut ni??? mmg best!

Ustaz Zamree berkata...

tahniah en nuri kentut ni mmg terhibur bila membacanya! haha

Harimau Berantai berkata...

menarik cerpen kentut ni! ada jgk manusia boleh kentut ada irama plak? hahaha

PENYAIR AGUNG berkata...

WALAUPUN SEAKAN TAK LOGIK CERPEN KENTUT NI TAPI IA TETAP MENARIK DAN MEMBERIKAN KECERIAN BUAT PEMBACA? SAYABAS EN NURI! YOU ARE DID A REALLY GREAT JOB!!!

Angker 13 berkata...

tahniah! buat lagi cerpen dongeng rakyat!!! best!

Ali Conan berkata...

secara keseluruhan cerpen kentut mmg best!

Tanpa Wajah berkata...

ada jgk pemuda boleh kentut irama ingatkan xde langsung td? hehe

Capricorn berkata...

hbis mcm tu je ke cerpen kentut ni xde sambungan lagi ker?

Badrolshah berkata...

eh! en nuri anak dorang plak kentut mcm mne nnt? hehe

Sarah berkata...

pnya lama tunggu cerpen kentut ni akhirnya puas hati! mmg best!

Amalina berkata...

cerpen kentut ni lain dari yg lain! tahniah dan mmg best!

Qalam Mutiara berkata...

Qalam Mutiara

Bicara Singkat sajak berbentuk rasa
ketuhanan, diantara kita sesama Islam perlulah ingat meningati dan pesan berpesan dalam perkara benar dan pesan dengan penuh kesabaran, jika kita tidak tegur suatu yang salah, beti kita tidak kasih akan saudara kita. maka tidak sempurna iman seorang itu, jika dia tidak kasih akan saudaranya, seprtimana ia kasih akan dirinya sendiri. Amin.