Rabu, 1 September 2010

KITA YANG TUA INI



Aku pun mengerti,
bila sudah tua begini
keletihan acap kali terjadi
bukan kira puasa atau tidak
sebenarnya begitulah bila sudah tua.
Dalam bulan puasa,
keletehan bagai bergayut
dimana-mana sahaja aku berada
sepanjang hari dan waktu aku diburu
kedhaifan yang telah longgar segalanya.
Aku yang sudah tua,
berdiri pun bagai anak kecil
cari penahan dinding atau kerusi
untuk bangun setiap kali untuk berdiri
bukan kerana puasa ataupun  tidak puasa
sememangannya begitulah keadaanya aku rasa.

Oleh: Nurimanja,
Jalan ke Getak Sangul,
Pulau Pinang, 29h Ogos 2010.


50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 3 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH:NURIMANJA __________________________________


Setelah setahun dia tinggal dengan ayahnya Badrolshah dia terasa masanya terbuang begitu saja. Bila dia ada peluang mengikut ibunya Amalina ke Pulau Pinang yang bekerja di Super Market Giant Bayan Baru. Ibunya mendaftar dirinya ke tingkat lima Di sek. men. seri permai.

Namun nasibnya malang sekali lagi ibunya yang masih muda itu telah jatuh hati dan berkhawin pula dengan lelaki bernama Sudin Ramle dari Ipoh tempat dia bekerja itu. Kemudian mengikut pula suaminya menetap di Ipoh Perak.

Husna terpaksa pulang ke kebun getah tua tempat ayah bekerja. Tempat yang ada harimau, hantu dan kala jengking. Belum pun sempat umurnya memasuki lapan belas tahun, dia dipinang pula dan dijodohkan dengan anak sahabat Ayahnya sendiri Angkel 13. Maka kini beranak pinaklah dia sebagai penghuni di kebun getah tua.

Dia tidak lama menduduki kelas tingkat lima. Dia tidak sempat melihat lama muka ustaz Nasaruddin untuk mempelajari pelajaran agama Islam yang selama ini diabaikan. Malah dia tidak sempat untuk mengenali ramai rakan, guru, dan pengetua Karim Ghani di sekolah itu. dia terpaksa berpindah dan berhenti pula meninggalkan alam pelajaran.

Kini dia tidak menduga sama sekali setelah dia keluar dari alam persekolahan, Waktu usia yang masih muda, dia memasuki alam rumah tangga. Dia hamper-hamper hendak pengsan bila menerima berita dirinya telah di pinang dan dipertunangkan dengan anak jiran sebelah rumahnya di kebun getah tua itu.

Dia tidak berani membantah kerana ayahnya juga telah mengantikan ibu baru untuknya, kerana rumah sewa yang sempit mempunyai satu bilik itu, akhirnya dia menerima juga pinangan itu.

Kini dia tinggal bersama suaminya di sebuah rumah sewa di kampung hulu bersebelahan dengan kebun getah tua tempat tinggal ayah dan ibu mudanya bernama Sarah..

Sesekali dia terasa mahu memprotes akan sikap ayah dan ibu mudanya. yang memaksa dia berkahwin terlalu muda.Kenapa mereka terlalu suka dan berbangga bila anak gadisnya telah dipinang orang.Bukankah ini satu penyeksaan dan membunuh akan segala cita-cita.

Mereka langsung tidak memikirkan telah menampah masa depan yang gelap ditempohi , bolehkah hidup dengan menyembah pokok getah tua yang tidak berapa hasil susunya. Tuan Danial dan sahabatnya tuan Ali Canon juga tidak berusaha untuk menanam semula kebun getah yang sudah tua itu.

Setiap petang mereka cuma asyik bersenang-senang sahaja bermain dam catur, sesudah membeli kebun getah tua ini dengan harga yang agak murah daripada tuan Richard Sirosa apabila dia ingin berangkat pulang semula ke tanah air bersama isterinya puan Emily ke Britain.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA SIRI 22 DISUSUN SECARA BEBAS ; BERTAJUK : ABU SULAIMAN DAN UMMU DARDAR
___________________________________


Pada satu hari Abu Sulaiman berjmpa dengan kakaknya ummu Dardar, bila dilihatnya ummu Dardar berpakain lusuh buruk dan masai, dia pun bertanya,"Kenapa engkau berpakaian seburuk ini?" kata Abu Sulaiman.

"Buat apa aku berpakaian elok,Abang kamu Abu Dardar siang dia berpuasa sunat, malam bertahajud pula di masjid." jawab Ummu Dardar,semacam kecewa.

Satu bila Abu Sulaiman datang ke rumah Abu Dardar untuk melihatnya, Abu Dardar terpaksa berbuka puasa
dan tidur dirumahnya melayani saudaranya Abu Sulaiman.

Hal ini telah diceritakan kepada nabi Muhamad saw,untuk meminta pandangan, nabi menjawab dengan tenang, kedua-duanya betul. Abu Sulaiman buat yang penting untuk dunia dan untuk akhirat.

Pengajaran;

Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, bekerjalah seolah kamu mahu hidup seratus tahun lagi. Adapun dunia ini jambatan untuk menuju ke alam akhirat.

Ikhlaslah pada setiap pekerjaan kamu kerana Allah menilainya akan ada balasan di hari akhirat nanti, bukan wang yang kita bawa tapi amalan soleh yang kita lakukan di dunia ini. amin.

Dengar kerja yang benar danikhlas, Allah akan memberikan kepada kita kekuatan tidak takut kepadasesiapa malainkan Allah swt semata-mata sahaja. Amin

Suara Bebas berkata...

EMAS HITAM INI BOLEH TIMBUL SENDIRI JIKA TIDAK DIGALI?
___________________________________

Kelantan saman PETRONAS tuntut bayaran royalti
KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan menyaman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum
diperoleh di luar pantai negeri berkenaan. (Sedutan BH)

Sejak MK negara jiran selatan tanah air datang ke kelantan , penyakit saman ini mulai meresap di hati pembangkang. Ilmu inilah yang negara jiran itu berjaya, mana ada parti lain dapat mengusai dewan mereka. (PAP)

Gaya AP hendak naik, cari jalan saman, kemudian muflis hamba Allah itu, nah secara tak langsung anda tak layak jadi wakil rakyat. Number dua kena menguasai akhbar, silap tulis samanm kemudian bagi batu api dekat badan swasta.

Tengok saja segelenter penoroka Felda, ada tanah malas usaha, ada buah jual dekat peraih luar, tak dapat bonus marah, kemudian saman balik tuan punya pengurus tempat memberi mereka berteduh selama ini. Mana ada perasaan mengenang budi. ataupun berterima kasih.

Terasa bagaimana anak kita saman kita balik bila disuruh belajar tidak mahu, bila besar rasa
susah, bapak abaikan saya dahulu , saya saman bapak. Inilah yang berlaku sekarang mungkin ada orang yang ketiga menghasut atau dalang yang mengajar.

Qalam Mutiara berkata...

Wasiril Azmi berkata...
ARTIS TERLAMPAU

Orang dedah engkaupun dedah
Semua benda habis kau dedah
Orang redah engkaupun redah
Semua daerah habis kau redah
Memang dasar keras kepala
Sebab dah nampak kilauan permata
Kerlipan lampu merata-rata
Diri disangka masih dipuja
Lagak bagai seniman hebat
Tak sedar orang semua meluat
Dapat semua apa dihajat
Gambar terpampang merata tempat
Mak ayah halkum tersumbat
Anak dipuja sudah tersesat
Orang kampung buka cerita
Di warung kopi merata-rata
Sanak saudara habis terkena
Tak tahu mana nak sorok muka
Artis terlampau punya angkara...

Oleh: Wasiril Azmi
Ketika merwawancara artis
12mlm,/2010 September 1 04:24

ULASAN:

Sajak Artis Terlampau oleh seorang wartawan Wasiril Azmi mencatat apa yang berlaku dalam tugashariannya, biasanya penulis berita inimenulis apa yang baru dan benar belaka. Syabas kerana berani, berkatalah yang benar walaupun pahit.

Pengucapan bersahaja menceritakan maksud puisi ini. sesuatu yang kurang menyenangkan telah berlaku kepada saseorang yang mungkin punya nama dan peminat yang ramai, Maka tentulah jadi malu pada keluarga dan ibu bapa, jika ceritanya dibicarakan di kedai kopi dan merata tempat.Ini yang dikatakan lupa daratan, bila punya nama, mahu kejar glamour kita pun tersasar. Minta di simpang atau dijauhkan oleh malaikat dari bala bincana ini, Amin

Badrolshah berkata...

huh! sy ke penang berkeja di giant? hehehhe best2... hahaha

Sudin Ramlee berkata...

wah! sy kwin bini muda la nampaknya?? hahaha

Saizul Maizav berkata...

eh! mak badrolshah tu nama apa???

Nurul Husna berkata...

hahaha lawak la cerpen ni... best2... yg paling best ade harimau? hantu dan jengking? hahaaa

Harimau Berantai berkata...

wah! ganas jgk aku ni hahhahhaa sampai husna pun takut... terima kasih en nuri!!

Kaki Hantu berkata...

wah! ade jgk nama sy ingatkan xde peluang td? jd hantu pun ok gak... hahahhaha

Jengking Perak berkata...

huh! ade jgk watak sy? wlpn sekadar jd haiwan? ok la jgk merasa la... hehhee

Nurul Husna berkata...

huh! aku kwin dgn husna ke??? eh! husna ni xde gambar ker??? teringin jgk nk thu bakal isteri aku ni.... hahha

Ustaz Nasarudin berkata...

eh! bila baca td ingatkan xde nama sy? rupanya ade jgk... jd ustaz skola menengah plak tu? heheh

Karim Ghani berkata...

eh! naik pangkat plak sy jd pengetua... hehehe

Sarah berkata...

alamak! sy kwin dgn sapa plak en nuri?? hehe

dam catur berkata...

yg x boleh tahan tu dorg main dam catur plak? hahhaha merasa jgk nama sy... thnkz! hahahhaa

Richard Sirosa berkata...

wah! sy kwin dgn emily ke? hahahha harap2 bini sy x jeles bila baca cerpen ni bah,...

Mona berkata...

alamak! laki aku kwin lain plak??? sy kwin dgn sapa plak en nuri???

Emily Bayans berkata...

wah! that my name!!! thnkz a lot!!! hehe sambung lagi en nuri!! cerpen terbaik!!!

Geletek Malam berkata...

nampaknya peluang utk aku berlakon semakin tipis... hehhe

Bulp Omen berkata...

huh! dam catur pun msuk jgk wlpn peranan hanya jd dam jer??? hahhaha

Abul Hassan berkata...

lawak plak cerpen ni! macam2 nama masuk wlpn dorg msuk bkn jd manusia.... hahahaha

PENYAIR AGUNG berkata...

MAAF SAYA KATAKAN CERPEN NI AGAK PENING SEDIKIT JALAN CERITANYA KERANA ADA BERSIMPUL-SIMPUL MACAM CERITA KELUARGA 69 PUN ADA? TAPI RASANYA EN NURI PANDAI BUAT TARIKAN PEMBACA DGN MENGGUNAKAN NAMA-NAMA AHLI SBB ITULAH MEREKA MSUK SEMAKIN RAMAI... APA2PUN TAHNIAH! KERANA MENCUBA BENDA BARU...

Lagenda Pulau berkata...

best! sambung lagi! dok tunggu jgk nama sy... he ehe

Ali Conan berkata...

wah! bangga btol setiap episod msti ada nama aku.... hahahha

Danial berkata...

eh! sy dgn ali conan kwin dgn sapa plak??? hehe

Razak Abu berkata...

wah! sempoi la en nuri ni! makin lama makin menarik cerpen ni....

Mozaire berkata...

smua pmpuan kwin muda je dlm cerpen ni....

Jalil Janggut berkata...

cerpen ni berkisar tentang apa? kekeluargaan ke?

Seri Suri berkata...

alamak! watak sy cuma ada 1 episod je? heheh tp xpe la asalkan merasa jgk...

Nahul Hidzar berkata...

wah! karim ghani jd pengetua rupanya? hhahaha

Kembara Budiman berkata...

eh! cerita ni sapa watak utama????? badrolshah ke husna?

Shuhada berkata...

eh! cerita pasal kami berlima smlm dh hbis ker?

Penyajak Istana berkata...

nama sy rasanya x mngkin ada tp walaubagaimana pun sy support en nuri! tahniah!

Nuri Jaguh berkata...

eh! semakin lama semakin byk nama ahli masuk??? wah!

Atuk berkata...

sokong sajak en nuri ni bila tua mmg x larat nk buat apa2...

Pak Awang berkata...

bila usia tua mmg kudrat tu terhad...

Brader Joe berkata...

menarik cerita abu sulaiman ni...

Halilintar berkata...

wah! sian kakak abu sulaiman tu....

Ali Omar berkata...

ape2pun cerita abu sulaiman ni byk pengajaran... syabas!

Firasat Hikayat berkata...

eh! badrolshah ni bkn smlm jd bapak ke? kenapa jd anak plak?

Mat Noh berkata...

eh! berapa org watak dlm cerita ni keseluruhan???????????

Kota Gersang berkata...

sian badrolshah di tinggalkan mak dia....

Tetamu Malam berkata...

agaknya ape la kesudahan cerita ni nanti....

Hantu Gigi berkata...

eh! hantu tu hantu gigi ke kaki hantu??? hehe

Ungku Zubir berkata...

xde ke kerabat di raja dlm cerpen ni? hehehe

Panglima Ketot berkata...

wah! best la baca cerpen kali ni.... sempoi hbis!

Siti Hajar berkata...

eh! cerpen ni tentang pejuang kemerdekaan ke?

Malik Wariya berkata...

sambung lagi en nuri x sabar nk thu kesudahan cerpen ni...

Pedang Kesatria berkata...

cerpen ni byk suspen la yg tu yg best tu....