Selasa, 31 Mei 2011

MENCARI MAQAM



 

Kata Iman Al Ghazaliroh
solat  seorang itu ialah ksyusuk
dan sifat ubudiah itu ada tiga
pertama serah diri pada Allah
seperti murid takut  akan hukuman
bila enggar membuat kerja-kerja sekolah.

kedua mengharapkan syurga semata
seperti perniaga mengharapkan bembelian
yang  untungnya mahukan berlipat kali ganda.

ketiga cinta suci kepada Allah swt.
seperti ibu bapa membela anak-anaknya
tidak mengharapkan balasan dan pemberiannya


Oleh: Nurimanja,
pagi hari ceramah motivasi
sajak lagenda, 19hb, February, 2010.





JANGAN TANYA



sajak pilihan warga Cr.

Pada suram senja,
mentari torehkan cakrawala
Begitu juga pada beku malam,
Rembulan tak lelah damaikan mimpi
Lantas pernahkah tersirat alasan?
Oleh mentari… pun rembulan…?

seperti juga saat ini
Ketika murka kuasai nurani
Kau mampu sejuk hari senyum merekah
Melibas batas jurang usia
Runtuhkan pagar pemisah gelora

Tak juga mentari dan rembulan…
Tak terlintas satu pun alasan
Sebab cinta tak perlu alasan

 
Oleh: Srikandi Juwita
Penang11mlm
Dicatat oleh Nurimanja di 6:21 AM
Label: Srikandi Juwita




Isnin, 30 Mei 2011

TABAH



sajak pilihan warga Cr.

Semalam aku masih berlari riang
hari ini aku ditimpa seribu beban
kiri kanan depan dan belakang
hilang kekuatan....

tiada lagi masa untuk kembali
saat yang penuh kegembiraan
hari yang penuh senyuman
waktu kecil...

 
Oleh: Kevin Chong
Percubaan sajak pertama
setelah memeluk islam./2010 Julai 4 05:19






CERITA SUSEK- SUSEK

 
-buat perempuan dan ahli politik

Bila kamu mendengar berita saksi
atau cerita susek-susek dari orang yang pasek
yang datang kena siasat atau selidk
jangan terus buang  atau terima
ditakut fitnah  akan berdosa

Begitu juga jika ada orang susek-susek
eloklah tinggalkan tempat itu dengan segera
dikhuatir kita pun dapat sepanggu dosa
kerana tompang  cuba mendengarnya
susek-susek palsu belum tentu benar salahnya.


Oleh: Nurimanja,
catatan pagi isnin, 30hb, Mei, 2911.
Bila kemalasan mula menyerang  perasaan .

Ahad, 29 Mei 2011

MANA MUNGKIN?



 


Ramai aku lihat
rakyat kita ternyata tenat
bagaimana mungkin boleh hidup
jika saban hari menanggung beban   
biasakah kita bernafas dalam lumpur

Ada yang kaya
senang bertambah kayaraya
yang miskin pula kian papa kedana
jika kos keperluan  semuanya naik.
sedangkan pendapatan berkurangan

Mana mungkin
Hidup akan selesa dan bahgia
jika segalanya tidak terdaya mendapatnya
belanja bulanan  sudah lari  jadi harian pula
untuk simpanan tahunan sudah jadi bulanan nampaknya.



Oleh: Qalam Mutiara
Keluhan yang terpaksa ditanggung.
dua hari lalu, pohon cuti dan berhenti nampaknya.





Sabtu, 28 Mei 2011

MALAM ATAU SIANG?




 sajak pilihan ahli Cr.

Malam
kau padamkan segala keaiban
selimuti setiap kekurangan
menyimpan rahsia yang terpendam

Siang
kau serlahkan lagi keindahan
menzahirkan warna kehidupan
sebuah lukisan tiada tandingan  
sehinggamelihat itu terpukau
 
Terang dalam gelap
sentiasa ada yang memuji
punyai kehebatan tersendiri
 
Begitulah engkau
kau selindungkan segala kelemahan
kau persembahkan setiap kelebihan

 

Oleh: Ambuyak
dalam pejabat
2pagi/2010 Julai 4 05:16