Isnin, 30 Mei 2011

CERITA SUSEK- SUSEK

 
-buat perempuan dan ahli politik

Bila kamu mendengar berita saksi
atau cerita susek-susek dari orang yang pasek
yang datang kena siasat atau selidk
jangan terus buang  atau terima
ditakut fitnah  akan berdosa

Begitu juga jika ada orang susek-susek
eloklah tinggalkan tempat itu dengan segera
dikhuatir kita pun dapat sepanggu dosa
kerana tompang  cuba mendengarnya
susek-susek palsu belum tentu benar salahnya.


Oleh: Nurimanja,
catatan pagi isnin, 30hb, Mei, 2911.
Bila kemalasan mula menyerang  perasaan .

50 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN:

Sajak en nuri kali ini menceritakan satu penyakit masyarakat kita hari ini yang suka sangat mendengar cerita susek-susek atau bisikan umpat atau fitnah . Menceritakan tengtang kisah baik buruknya watak seorang itu.Apa pun saya engan mengulasnya terpulang kepada ahli sahabat Citra rasa dan penjaga blog Cr. Cuba menilai dan mengulasnya. Terima kasih

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke Sembilanbelas.

Namun Putra Wira Syahir meneruskan perjualanannya untuk sampai kepuncak gunung Mentra Alam itu. Kini dia bertemu pula dengan sesekor gajah bertina bernama Tuk Mia. yang cuba menghalang perjalanannya. gajah Tuk Mia ini begitu besar dan hitam berbulu badannya.

Dengan belalainya yang panjang sambil berdiri di tengah laluan dengan mengangkatkan belalainya ke udara sebagai isyarat untuk menahan dan memberhentikan perjalanan Putra Wira Syahir agar jangan teruskan perjalanan.

Tetapi Putra Wira Syahir tidak menghiraukan isyarat gajah betina bernama tuk Mia itu. Dia terus merempuh dengan kelajuan kudanya. Tetapi belum pun sempat sampai ke arah gajah betina itu. kuda Putra Wira Syahir berhenti, apabila melihat gajah betina itu mengangkatkan kakinya.

Menjadikan Putra Wira Syahir jatuh tersungkur ke bumi, kerana kepalanya terhantuk k eats seketul batu pejal, menjadikan dia pengsan tidak sedarkan diri. Kuda kesayangan Putra Wira Syahir memekek di sisinya, bagai meminta tolong lagaknya.

APABILA Putra Wira Syahir sedar dia terasa kepalanya berbalut dan sedang berbaring di sebuah teratak usang tetapi tenang dan menyenangkan. Dia memengang kepalanya terasa sakit, dan melihat di luar teratak itu, ada kudanya yang tertambat di perdu pokok lambayung senja.

“Jangan susah hati cucu, kau selamat di sini, duduklah diteratak usang nenek ini, sehingga kau sembuh, nenek jumpa kau terjatuh dari kuda tunggangan barangkali. itu kudanya di luar, nenek tambatkan di situ.”

Tetiba dia terdengar suara menyebut namanya sebagai cucu . Dia berpaling segera, ternyata ada seorang tua bongkok seperti nenek kebayan menghamperinya. Kulitnya hitam gelap, tetapi rambutnya putih mengerbang tidak bersikat. percakapannya bunyi bergetar, seperti orang sedang mengerang kesakitan.Hati Putra Wira Syahir bertambah hairan dengan apa yang di alaminya ini.

“Cucu ini ada hajat besar sehingga sanggup dating menadaki gunung Mentra ala mini?” Kata nenek kebayan tua biongkonk itu lagi sambil merenung tajam ke muka Putra Wira Syahir. Di tangannya ada menatang se gelas air untuk diberinya kepada Putra Wira Syahir.

BERSAMBUNG.

Arkenna berkata...

TERJUN DARI DUNIA MAYA

Terjun dalam kehidupan dunia maya
Seperti kujalani sekarang
Antara aku dengannya
Kutemukan puncak kebahagiaan itu
tak mampu untuk kugapai
Rasa penyesalan semakin tak berarti
Mustahil menggapai sebuah bayangan
Tak pernah terlintas dalam lamunan
Bahwa aku sangat kehilangan dirinya
paling sempurna pernah kutemui
Perhatian dan kasih sayangnya
Tak pernah luput dariku

Arkenaa
sajak yg mengharapkan kasih sayang dari tunang

Siti Hajar berkata...

MENGAPAI AWAN

Menggapai awan sepenuh jiwa
Berbekal tulang,rasa dan cinta
Terkadang hampa sesak di hati
Terkulai lesu tangisi diri
Namun kubangkit teguhkan hati
Masihlah ada awan menanti
Walau menempuh jalan mendaki
Akan kucoba langkah kaki
Sampai kujatuh terdera batu
kaku hati membeku
Seolah tak kuasa untuk melaju
Terduduk ragu menangis pilu
Kucuba lagi kumpulkan rasa
Tabahkan hati cairkan luka
Terus melangkah terus mendaki
Menggapai awan agar bisa kugengami

Siti Hajar
sajak semangat

Mawar Harum berkata...

RINDUKU DI HALAMAN BUKU

pasti terselip di halaman buku
rindu yang sering kau terima
entah saat matahari baru merekah
atau senja beranjak tenggelam
pernah kau cari lembar berisi sunyi
kau bersihkan dari debu
lipatan yang kaburkan isinya
sedang rindumu tetap ada
kusimpan rapi di almari jiwa
nanti jika kau datang lagi
bisa kau baca ulang
biar tahu apakah masih ada
rindumu ataukah perlahan hilang
jika lembaran rinduku
kau temukan kembali kabarkan padaku

Mawar Harum
sajak kerinduan

Hajjah Jamilah berkata...

OMONG KOSONG

Ketika mereka berhenti
bercerita tentang omong kosong,
aku berhenti berpikir
diluar logika,
tiba-tiba mereka diam termangu,
Aku pun langsung berdiri
lalu aku berlalu pergi
tanpa tanpa ucap selamat tinggal

Hajjah Jamilah
sajak simbolik

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Sajak Bertajuk: TERJUN DARI DUNIA MAYA sajak oleh Arkena.Tajuk agak menarik, tetapi pengucapannya terlalu mudah, menceritakan tentang satu harapan yang mengunung dari seorang tunang yang entah kemana pula menghilang. Ternyata di sini dirinya bagai tidak mengapai dengan apa yang diharapakan, jika orang yang dia harapakan menghilangkan diri, walaupun si penulis tidak pernah luput mengenangkannya buat sepanjang hayat. Semoga tidak bertepuk sebelah tangan. Harap maaf! Kerana sajak jiwa-jiwa ada tiga, kami cuma memilih satu sahaja yang terbaik kami rasakan. Usaha lagi Cuma di sini saja terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Sajak bertajuk: MENGAPAI AWAN oleh cikgu Siti Hajar pengucapanya bercampur aduk diantara fantasi dengan reality, temanya juga tidak menentu, jiwa-jiwa, atau satu pengharapan atau mencari semangat yang hilang? .Walaupun bersimbolikan pada alam lihat pada tajuknya, tetapi terlalu longgar dan sadikit sajak pengunaannya. Penceritaan agak kabur dan mengelirukan. bersemangat, tetapi menagis, hampa untuk mengapai awan.. Harap maaf! Kerana sajak jiwa-jiwa ada tiga, kami cuma memilih satu sahaja yang terbaik kami rasakan. Usaha lagi Cuma di sini saja penyertaan anda, kini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Sajak Mawar Harum bertajuk RINDUKU DI HALAMAN BUKU . Apakah buku di sini surat atau facebook atau tempat pengajian. Apapun Pengucapannya agak menarik dan puitis, walau pun temanya kerinduan atau jiwa-jiwa juga. Penceritaanya atau persoalannya Cuma sekadar bertanya tentang rindu pada teman? Adakah masih ingat, dan cuba mencari atau mengenang kembali tentang kemesraan yang lalu. jika sudah hilang atau masih ada akan rasa rinduku dan rindumu , sila nyatakan dan khabarkan pada diriku atau si penulis. Anda masih diberi peluang untuk sajak seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Sajak bertajuk OMONG KOSONG oleh Hajjah Jamilah Pengucapannya rasanya secara spontan agaknya, atau dengan kata lain berkebetulan Penceritaan biasa mudah ditangkap dan ada keberkesanannya. Apa pun biasa di tempat kerja atau dimanasaja orang perempuan selalunya memang banyak cerita. Kekadang tidak sedar orang lalu atau orang yang diumpatnya (atau susek-susek) terpandangannya , pasti mereka rasa malu, kekadang cerita yang tak masuk akal dan tidak ada logiknya. Biasanya orang yang kena umpat berlalu begitu sahaja, sekadar cuku memerhati, agar mereka mengerti dan berlalu pergi tanpa promisi. Layak untuk Puan Hajjah Jamilah menyertai sayembara seterusnya. (SM)

Mia Safiyah berkata...

nama sy jadi nama gajah plak??? adeh...

Jalal Rafzee berkata...

hahahaha sian tunang aku jadi nama gajah plak? adoiyai

Pak Kassim berkata...

apa plak nama nenek kebayan tu? mak mah agaknya? hahaha

Olie Pajutdy berkata...

nama gajah tu pelik la tuk mia plak? hahahhaa

Nuri Jaguh berkata...

gajah tu sapa jelmaan ke?

Tetamu Malam berkata...

gajah dgn binatang yg lain semua sama kot?

Teksi Manaf berkata...

eh! kenapa dgn gajah tu x bagi syahir lalu?

Sarah berkata...

dgn haiwan lain dia menang dgn gajah dia kalah jgk

Salam berkata...

gajah tu mcm nk membunuh dia jer

Kembara Budiman berkata...

gajah tu mngkin nk tolong dia supaya x pegi kt gunung tu kot

Faezawatie berkata...

gajah tu betina mcm mana syahir tu tahu?

Mona berkata...

gajah tu pelik la mcm thu2 je

Ustazah Hamidah berkata...

gajah tu mcm x bagi je syahir teruskan perjalanan

Tok Mahat berkata...

inilah org kata sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jgk

Badrolshah berkata...

selamat dia mati walaupun kepala terhantuk batu

Mozaire berkata...

syahir tu x syak apa2 ke kepada binatang yg serang dia?

Roslan Bidin berkata...

agaknya bianatang tu buat mcm tu sbb nk selamatkan syahir

Mozaire berkata...

ingatkan bunian tolong dia

Saizul Maizav berkata...

kenapa x buat binatang semua boleh bercakap baru best

Dam Catur berkata...

pokok lembayung tu pokok apa?

Petualang Tiga berkata...

kuda tu mcm phm je dia menjerit minta tolong plak

Salikin Samsudin berkata...

bukan main sedap nama gajah tu... hahahhaa

Zainal Arifin berkata...

nenek kebayan tu msti nama mak mah ni? hahahaha

Raja Muda berkata...

nenek kebayan tu xde nama ke?

Putera Damien berkata...

nenek kebayan selalu jadi jahat kenapa ni baik plak?

Satria Juragan berkata...

nenek kebayan tu jelmaan jgk agaknya

Naga Samudera berkata...

nenek kebayan tu hantu agaknya

Dam Catur berkata...

eh! misteri la nenek kebayan tu

Puteri Bunian berkata...

agaknya apa la muslihat nenek kebayan tu?

Puteri Maya berkata...

nenek kebayan tu baik ke atau berlakon jd baik jer

Srikandi Juwita berkata...

nenek kebayan tu msti nk bunuh syahir selalu nenek kebayan jahat2

Tuan Haji berkata...

nenek kebayan pun ada jgka!

Datuk Hasbi berkata...

makin ranjak ni byk org dia dah jmpa ni

Jalil Janggut berkata...

lps ni org bunian confrim dia jmpa plak

Karim Ghani berkata...

eh! ada apa la muslihat nenek kebayan tu tolong syahir

Srikandi Juwita berkata...

nenek kebayan tu btol2 baik ke muslihat jer

Sang Arjuna berkata...

syahir pegi sana xde sapa thu ke?

Ummu Akilah berkata...

lps ni adik dia plak dia jmpa

Seniman Jalanan berkata...

makin seronok plak pengembaraan syahir ni

Harimau Berantai berkata...

gajah? harimau dgn ular tu xde nama ke????