Jumaat, 27 Mei 2011

MENILAI KEKUATAN IMAN



buat belia OKU

Kesabran.
adalah ujian keimanan
betapa pun rasa terhina
dunia bukanlah nilainya.

Ketabahan,
penawar kekentalan jiwa
demi memantapkan cubaan
buat menilai erti keimanan.

Keyakinan,
hanya satu pada Tuhan
menyerah ke kudus hati
Cuma kehadrat segalaNya.

Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda di surau Furkhan.
catatan pada tanggal 28/8/2009




50 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN:

Sempena Hari Perhimpunan sejuta belian dengan megah dan gembiranya. kita tidak sepatutnya melupai belia OKU kita yang tidak kurang pentingnya kita jaga dan beri tarap yang sama. Kerana mereka juga perlu menekmati kehidupan yang semperna.Malah mereka juga tidak kurang handalnya mengharumkan nama Negara. Apa saja yang mereka alami sebagai satu cubaan dan ujian daripada Allah sebagai menilai ketahan hati (iman) dan ijwa nurani anda. selamat hari belia.

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________


Siri Ke tujuhbelas.

Saban malam Putra Wira Syahir sering saja gelisah dia seolah-olah terasa bagai ada orang memanggilnya untuk naik ke puncak gunung Mentera Alam itu. walau pun dia tahu isterinya melarang dan beberapa orang tempatan yang di temuinya menceritakan, ramai di kalangan anak muda dan anak raja yang naik ke puncak gunung Mentera Alam tidak akan kembali lagi.

Cerita yang penuh misteri itu bukannya mengerunkan hati Putra Wira Syahir , tetapi terasa semacam tercabar untuk ingin mendaki dan melihat sendiri apakah yang ada di puncak sana.

Begitulah keadaannya siang malam. sering saja dia berada diberanda istana kayangannya. Bila malam Kelipan api di puncak gunung Mentera Alam itu bagai memukau dan terasa seperti mengamit hatinya.

Putra Wira Syahir cuba mencari helah untuk menyakinkan isterinya Dia berpura-pura mengatakan ingin berangkat menemui para penghuni yang tinggal di kaki gunung Mentera Alam. Sebenarnya dia ingin meninjau bagaimana caranya untuk dia mendaki hingga sampai ke puncak Mentera Alam itu.

Suatu malam yang gelap gelita , tanpa disedari tuan Puteri Rambulan Senja dan penghuni atau pun pengawal istana, Pelahan-lahan dan bersembunyi Putra Wira Syahir keluar bersama kuda dan barang perlenkapannya dia menuju ke kaki gunung Mentera Alam. Sesampai saja di pinger kaki gunung itu, dia berkhemah dan berehat di situ untuk menunggu hari sing untuk memulakan pendakian.

Setelah hari sing , mentari pagi menampakan sinarnya dicelah dedaun hutan yang merembun di kaki bukit itu , Dengan semangat yang kental Putra Wira Syahir telah bersiap sedia untuk memulakan mendaki gunung Mentera Alam itu.

Berbagai halangan dan rentangan pokok besar kecil, batu kerekil, paya , curam dan lurah telah ditempuhi, berbagai kelibat lembaga yang melintas hantu atau syaitan melewati di belakang dan di hadapannya. Semuanya itu tidak mengerunkan hatinya.

Apa yang ada dalam hatinya tekad yang kuat untuk melihat apakah yang misteri sehingga jika sesiapa sampai ke puncak gunung Mentera Alam itu sudah pasti tidak dapat kembali lagi kekaki gunung ini. Ini yang membuat hatinya begitu tercabar dan sedia menghadapinya, biar beribu rentangan mendatang.

BERSAMBUNG

Ustaz Nasarudin berkata...

PITA TUJUH WARNA

pita tujuh warna ribuan kata
mengikat gelisah dalam jiwa
simpulnya begitu erat
langkah tak lagi berat
seorang lelaki tertatih
meninggalkan hati yang perih
mengikatkan pita di hatinya
dibiarkannya rindu itu
terikat seperti alur jalan
berliku ditempuhnya tanpa ragu
memberi pertanda akan jalan terbuka
bukan kata atau sekedar bicara
dikuaknya tirai jarak dan waktu
disekat di wajah ayu
ada senyum di sana mata penuhkasih
dalam linang airmata
digenggamnya semua jawab
tanya dalam pita tujuh warna

ustaz nasarudin
sajak simbolik

Atan Yahoo berkata...

TEDUDUK LELAH

malaikat turun ke bumi
berdiri di setiap inci manusia
kesucian yang tak terbeli.
satu jiwa dua hati
memenjarakan setia teralis
mati menguncinya pada sebuah janji
bebas mencumbu dalam kepenjaraan,
membezakan dalam satu kesamaan,
kau temukan permata
terbungkus penuh kesucian
aku terus berlari mengusung mimpi.
harap torehan luka
tergagap pada rindu
membekap tak terucap janji setia
lalu di ujung benua tak bernama
tandatanya prasangka terduduk lelah
pada penantian panjang
tak pernah tempuh dan tersedar.

Atan Yahoo
sajak kehidupan

Geletek Malam berkata...

BILA SEMUA SEDIA

bila barang semua telah tersedia
anak anak kapal sudah naik semuanya
kapten sudah mengangkat tabik
mentari mulai tinggi
hujan tidak lagi bernyanyi
aku juga akan mulai kerja aku
sauh akan ku angkat
agar pelayaran bisa bermula
bila satu hari nantiwaktu nya tiba

Geletek Malam
sajak perjuangan

Kelana Nusantara berkata...

BAIK TAPI PELESIT

baik tapi pelesit
nampak macam baik
jalan penuh tertib
tiada cacat walau sedikit
rupanya pelesit
pantang mata berkelip alpa sedikit
tanduk mula terselit jadi pembelit
baik rupanya pelesit
benar kata pujangga
apa ada pada luaran
semua penuh samaran
boleh mantapkan lakonan
biar semua tertawan
apa ada pada hiasan
semua penuh sinaran
walau dalam penuh kotoran
apa terlihat jadi rebutan
apa ada pada tatapan
semua penuh solekan
hilang segala celaan
terhapus dari pandangan
gunakan mata akalmu
pasti tiada tertipu

Kelana Nusantara
sajak sindiran kpd sesumpah

Mentari Senja berkata...

Sajak Ustaz nasarudin bertajuk: PTW . Saya tidak dapat menangkapnya. malah di bawah penerangannya pun sekadar tulis simbolik. Harap maaf jika saya gagal membaca sama ada pada tajuk atau isi atau maksudnya, tanya dua juri lagi? Saya kira tersingker ! Guna istilah Qalam. Cuma andain saja: Agak-aganya sajak politik juga ini. Apa pita ? Video xxx yang dipermainkan tu ka? Ternyata peribadi agaknya . Apa pun maaf saya tidak dapat menangkapnya/ terpaksa didudurkan (TK)

Mentari Senja berkata...

Sajak kehidupan oleh Atan Yahoo bertajuk Terduduk Lelah. Pengucapan nya mengelurukan, juga saya gagal menangkapnya. Cuma anadain istilah Qalam: Mungkin cerita sebahagian kehidupan politik atau kisah rumaja yang telah hancur. Maaf saya rasa gagal menangkap maksud , Nampak tajuk semacam lelah atau penant. kerja apa yang dilakukan tidak tahu? Maaf Cuma di sini terpaksa digugurkan. (TK)

Mentari senja berkata...

Sajak perjuangan oleh Geletek Pagi dengan tajuknya BILA SEMUA SEDIAatau lebih baik lagi tajuknya Bila Semua Siap Sedia atau siaga. Walaupun saya Cuma samar menangkapnya isi dan maksudnya, tapi ada mesej yang tersurat dan tersirat, . Nampak bentuk dan pengucapanya boleh diterima. bersedia untuk mengempur apa saja yang perlu dan seharusnya di lakukan.demi satu kebaikan bersama. bangsa , agama dan Negara mungkin? Layak istilah Qalam untuk sayembara seterusnya. Tanya dua juri lagi ok? boleh diteri (SM)

Mentari Senja berkata...

Sajak sinis tajam daripada Kelana Nusantara bertajuk BAIK TETAPI PELESET . Terang dan nyata pengucapannya yang berani. mengapa sudah terang masih hendak bersuluh. Sudah jumpa masih tercari-cari. Nampak kelemahan kita. bila ada pengaruh wang nampaknya. Lihat saja cerita tamil dan hidustan malah filem china pun semua lewat kebelangannya ini tanyang gambar peguam bela putar belit. beli dan rasuah. Ini satu sinis tajam buat yang buta mata dan hati juga. Tanya dua jiri lagi boleh diterima. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tetamu Malam berkata...

kenapa syahir cari penyakit nk ke gunung tu>

Salam berkata...

ada apa kat gunung tu agaknya?

Tok Mahat berkata...

mcm cerita dupa cendana plak sbb gunung tu memansggil dia

Bos Kacak berkata...

mmg cari penyakit la pegi gunung tu

Zainal Arifin berkata...

kenapa la syahir ni nak gadaikan nyawa dia ke gunung tu?

Tetamu Malam berkata...

buang masa je pergi ke gunung tu

Petualang Tiga berkata...

ada apa kt gunung tu sampai dia nak pegi sgt?

Seri Suri berkata...

nama gunung tu dah seram mentera alam

Panglima Ketot berkata...

kenapa la dia nak sgt ke gunung tu?

Salam berkata...

ada org upah dia kot suruh ke gunung tu?

Tanpa Wajah berkata...

dia nak tunjuk hebat kot nk naik gunung tu?

Saizul Maizav berkata...

org penang kata syahir ni ketegaq

Olie Pajutdy berkata...

sian bini dia kenapa dia nak ke gunung sgt?

Mak Mah berkata...

malam pertama pun dia dah lari nak ke gunung sgt?

Mona berkata...

berani dia pegi malam2

Madah Pujangga berkata...

ada apa la kat gunung tu

Lukiee berkata...

dia nak naik gunung ke bukit????

Brader Joe berkata...

kenapa penting sgt ke nak ke gunung tu?

Mona berkata...

berani btol syahir ni

Roslan Bidin berkata...

ada apa la misteri sgt gunung tu

Wasiril Aswad berkata...

ada hantu agaknya atas gunung tu

Badrolshah berkata...

kenapa kalau pegi x balik

Jalil Janggut berkata...

ada ular gergasi agaknya atas gunung tu

En Sanusi berkata...

atas gunung tu ada berlian agaknya sbb tu menyala je

Raja Muda berkata...

entah2 xde ape2 pun atas gunung tu

Salam berkata...

ada hantu pun dia xtakut ke syahir tu?

Yusmanira berkata...

rasanya adik dia la yg dia jmpa nnt atas gunung tu

Pak Ngah bt berkata...

ada org ke tidak atas gunung tu nnt

Adi Cana berkata...

mmg cari nahas la syahir tu

Rembulan Senja berkata...

bodo la syahir ni xde penyakit cari penyakit

Atan Yahoo berkata...

mmg menempah maut la siahir ni

Abang berkata...

entah2 khayalan dia je apa yg dia nampak tu

Mozaire berkata...

rasanya dia jmpa org bunian la

Nuri Jaguh berkata...

rasanya dia jmpa org kerdil agaknya

Lagenda Pulau berkata...

mngkin jgk dia jmpa jin atas gunung tu

Sarah berkata...

ada org ke atas gunung tu?

Warga Emas berkata...

mngkin jgk dia jmpa org asli atas gunung tu

Kembara Budiman' berkata...

entah2 dia jmpa adik dia kot?

Julie berkata...

adik dia hilang ke mana?

Ezad Emir berkata...

masih hidup lagi ke adik dia?