Selasa, 25 September 2018

SEGALA PUJIAN ITU MILIK ALLAH S.W.T





 SEGALA PUJIAN ITU MILIK ALLAH S.W.T 

Sesungguhnya Allah S.W.T
Memerintah sekalian alam maya ini
Tidak sesiapa pun layak di puji melainkan Allah
Kerana Allah S.W.T sahaja yang melihat dan mengetahui
Sama ada tempat terang dan tersembunyi Allah pemurah dan penyayang.

Hanya padamu Ya Allah !
Kami sembah juga kami menyerah
Sesungguh Engkau lah yang kami minta tolong
Kami juga fasrah kepada segala yang telah ditetapkan
Kerana padamu kami beribadat tunduk patuh dan taat segalanya Ya Allah !

Kami juga yakin percaya!
Engkau lah yang menghidupkan kami
Engkau yang mematikan kami bila tiba masanya
Sesungguhnya Engkau yang menghidupkan dan mematikan
Sesungguhnya Engkau yang menjadikan kepada kamu juga kami kembali ?

Oleh ; Qalam Mutiara,
Catatan 5.30 pagi
Khamis tanggal 16hb Ogos 2018.

,ISTEDRAT




,ISTEDRAT

Ingatlah saudaraku !
Jikalau  segala nikmat dan rezeki
Yang Allah berikan kita begitu  berkemewahan
Ia adalah satu istedrat yang Allah ingin menguji keimanan kita?
Jikalau kita masih juga lupa dan tidak tunduk dan patuh kepada perintahanNya?

Awas dan Ingatlah!
Istedrat satu ujian bagi umatnya
Terlalu  banyak melakukan maksiat dan mungkar
Sehingga terlupa melakukan apa sahaja mengikut suka hati mereka ?
Kezaliman , penindasan , hasutan ,fitnah perluasan sehingga ramai yang terinaya?

Sebaiknya kita insaf
Mulai lah sedar segera  bertaubat
Kerana terlalu banyak berlaku soal istederat
Orang terdahulu sebelum kita malah pemimpin yang lalai dan lupa?
Sesungguhnya Allah S.W.T membalasnya dengan mengejut melalui bala bencana?

Oleh ; Qalam Mutiara,
Catatan 5.30 pagi
Sabtu tanggal 11hb Ogos 2018.