Ahad, 25 November 2018

TOK WAN MAHMUD





TOK WAN MAHMUD

seorang yang buta huruf
tidak tahu membaca jawi dan rumi
Tidak pernah ke sekolah zaman sebelum merdeka
Hidup membantu seorang tok guru muslim di kampungnya
Sambil disuruh membawa kitab tok guru dia belajar dan mendengar kitab.

Semasa muda dia berniaga
Kayuh basikal menjual rokok daun
Dan tembakau cukai di mana saja ada pekan sehari
Di situlah dia berniaga mencari rezeki untuk anak-anak isteri
Begitulah kesempitan hidup seorang insan yang tidak berpelajaran tinggi.

Kini setelah menjadi Tok Wan
Anak cucu mengetahui kelemahan
Lantas untuk membina nama bangsa dan keluarga
Anak-anaknya ada menjadi Iman , guru, niaga dan wartawanan
Kini nama keluarga Tok Wan Mahmud gah di Kampong tempat kelahirannya.

Malah cucu cicit piutnya kini
Bertaburan di kota kecil dan besar
Ada yang menjadi pensyarah, guru dan usahawan
Biar pun dahulu  Tok Wan Mahmud buta huruf tidak bersekolah
Kini anak-anak , cucu, cicit dan piutnya telah pun berjaya mencipta nama .

Oleh: Nuri manja,
Catatan jam 5.30 pagi
Tarikh 9hb November 2018.

IBADAH ITU BERBEZA





IBADAH ITU BERBEZA

Ada dua ibadat
satu ibadat hamlulminallah
kita mengerja solat
wajib dilakukan dengan syarat yang tertentu
tanda taat dan patuh kepada Nya
Yang maha pencipta.

Kedua  hablulminanas
ibadat kita sesama manusia
Kita keluarkan zakat
Wajib dilakukan dengan syarat yang tertentu
Tanda taat dan patuh kepdaNya
Yang Maha pencipta..

Dua perintah ibadat ini
Dinyatakan di dalam Al Quran
Ibadat solat dan zakat
Wajib kerjakan solat dan mengeluarkan zakat
Jangan mengajak orang buat baik
Tetapi kita sendiri tidak beriman kepada Allah S.W.T .

Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan jam 3.40 petang
Tarikh  asal 14hb  November 2018.