Ahad, 25 November 2018

APA SUDAH JADI KINI?





APA SUDAH JADI KINI?  

Bila orang melayu
Partinya pecah lima dan enam
Kabinet  pun berubah tempat dan kedudukan
Walaupun orang melayu lebih ramai disebabkan kekalahan
Menjadikan kerusi dalam dewan yang mulia bukan bumi lebih ramai.

Inilah suara PH
Parti gabungan pembangkang
Kini berjaya berkuasa yang rakyat harapkan
Dengan sinonim  slogan kata  ini kalimah kita tukar dan ubah 
Kini orang melayu perlulah muhasabah diri dan akur dengan keputusan.

Nasib kita kini
Di tangan orang melayu sendiri
Kerana kita yang pilih dan kita yang pangkal
Setelah kita terperangkap dengan manifesto yang luar biasa
Terima sajalah dengan penuh harapan baik atau buruknya nasib kita?

Oleh Suara Pulau
Catatan jam 3.40 petang
Tarikh  asal 15hb Mei  2018 . Tulis semula 10/11/18.

Tiada ulasan: