Sabtu, 10 November 2018

. BOLEHKAH KITA MENUJU NEGARA MAJU ?


sepi.jpg

 BOLEHKAH KITA  MENUJU NEGARA MAJU ?

Kononnya kita
Menuju negara maju
Tetapi penghuni miskin di bandar
Bolehkah mereka  hidup dalam ke pura-puraan
Sedangkan pemimpin pemerintah menikmati kekayaan ?

Rakyat jelata
Diminta akur sahaja
Dalam perkhidmatan gaji diterima
Belajar lah bersyukur dengan apa yang kita ada
Memadaikah kita sekadar hidup makan dan minum sahaja?

Jikalau ikan
Hidup dalam sungai
Banyak pula khazanah yang hanyut
Nampak sangat yang kenyang ikan belukang arus
Anak seluang cuma menghirup pecahan buih tepian tebing?

Oleh: Pena Runcing
Catatan jam 5,50 pagi
Selasa 6hb  November 2018

Tiada ulasan: