Selasa, 25 Mei 2021

.TERKENNG KAMPUNG HALAMAN.




TERKENNG KAMPUNG HALAMAN.
 
 
Rinduku 2X syawal
Hatiku kini dipagut resah gelisah
Rindu kampung halaman sebuah pulau yang aman.
Dimana beburung camar putih terbang melayang di dada kautan
Rindu pada deruan ombak yang memukul pantai Bersama pekek sorak nelayan pantai.
 
 
Rinduku 2x Syawal
Aku terperangkap diperantauwan
Setelah balik terpaksa berpatah balik akibat covid.
Apa pun kita terpaksa berkorban demi negara tercinta Malaysia
Di hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini kita terpaksa bersabar diam di rumah kita sahaja
 
 
Rinduku 2x Syawal
Ramai orang yang terperangkap
Membunuh segala kerinduan kepada ibu dan ayah .
Mengecewakan hati kecil tunang dan kekasih yang setia menanti
Melenyapkan segala impian di hati ingin ziarah menziarahi sanak saudara kaum keluarga.
 
 
Oleh Admin Muda,
Catatan 29 Ramadan 1444 H
Hidup di perantauwan negeri orang. 2021


TIGA KALI TERPERANGKAP ?








TIGA KALI TERPERANGKAP ? 
 
Kali Pertama.
Mula sekali tahun 2018
Terperangkap dengan agenda politik PH
Ramai yang kena buang kerja janji manis Cuma gula-gula ?
 
Kali Ke dua,
Awal tahun 2019 pula ,
Covid 19 menyerang negara kita Malaysia
Kami terperangkap lagi negara kenakan kita perintah SOP ?
 
Kali ke tiga,
Nanpak gayanya kami ,
Kini sudah 2x Syawal  terperangkap raya
Hendak balik kampung kena berpatah balik seluruh negara ?
 
Berkorban,
Demi untuk negara ,
Itulah yang mampu kita buat patuh PKP,
Di hari raya aidil fitri sudah dua kali diam dirumah sahaja ?
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 12 tengah hari
Tarikh 12 hb Mei 2021M / 1442H

 

ORANG MUNAFIK SESAT DALAM CAHAYA









ORANG MUNAFIK SESAT DALAM CAHAYA  
 
 
Mereka sebenarnya
Sedang mendapat cahaya api
Tetapi Allah telah padamkan cahaya api itu
Sebenarnya mereka itu orang yang pekak bisu dan buta
Itulah gambaran yang Allah SWT berikan balasan kepda mereka .
 
Mereka baca Quran
Tetapi di dalam keadaan kelam
Seperti berada dalam hujan, kilat dan guruh
Bagaikan kehilang arah menekup jari kelubang telinga
Maka jadilah mereka dalam keadaan takut dan mengerikannya.
 
Begitulah umpanya
Bagi keadaan orang munafik
Allah telah menghilang penglihatan mereka
Bila datang kilat memadai untuk membutakan pelihatan
Apabila kilat itu hilang mereka semuanya akan berhenti berjalan.
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.50 pagi hari
Tanggal Khamis 8 Oktober 2018.



DIMANA MARUAH BANGSA ?










 
 DI MANA MARUAH BANGSA

Dimana perginya
Maruah bangsaku kini
Hanyut telah terjual kerana kuasa
Begitulah keadaannya bila pemimpin mabuk kuasa
Sanggup melakukan apa sahaja kerana kedudukkan dan kebendaan?
 
Bila maruah itu
Telah terjual dan tergadai
Kehebatan bangsa melayu tiada nilai
Suka diangkat cuma sebagai patong boneka saja?
Bangsa pendatang kini mulai berani tunjuk belang dan taring mereka ?
 
Tanpa kita sedar
Maruah bangsa telah hilang
Bila raja-raja di permainkan tanpa hormat
Malah lebih berani lagi agama Islam juga diperlekekkan
Sedangkan pemimpin bangsaku cuma lihat tanpa berani buat tegoran?
 
 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam6. 50. Pagi
Khamis Tarikh 10hb Oktober 2019



.LAMBAKKAN RUMAH DI MALAYSIA




.LAMBAKKAN RUMAH DI MALAYSIA 
 
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi kalau kita tak ada duit bagaimana mahu beli ?
Bila rumah yang dijual luar pasaran terlalu mahal dan tinggi harga?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi bagaimana ada kerja tetiba diberhentikan ?
Dengan apa mereka perlu membayar malah yang ada akan terjual ?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi kalau harga yang ditawar tidak berpatutan ?
Siapa pun tidak akan mampu dan terdaya membelinya rumah itu ?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi harga rumah mampu milik selama ini ditukar ?
Menjadi rumah kos rendah dan sederhana menjadi kos tinggi pula ?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi soal nak berutang dan pinjam Ah Long tak tahan ?
Memang rumah akan tergadai utang kian melambong tak berbayar ?
 

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam6. 00. Pagi
Tarikh 24hb September 2019



Sabtu, 15 Mei 2021

.RINDU 2X SYAWAL ADALAH TERLALU TENAT!




 



RINDU  2X SYAWAL ADALAH  TERLALU  TENAT! 
-Buat anda gagal pulang 2x raya aidilfiteri .

Rindu 2x syawal!
Adalah terlalu tenat.
Kepada kedua ibu dan ayah
Tidak dapatku tidur sepanjang malam
Apakah ini satu tgas yang memberi satu penyeksaan ?
Demi untuk tanah airku , dilanda bencana covid 19 yang bermaharajalela ?

Rindu 2X syawal!
Adalah terlalu hebat
Makan , minum dan tidurku
Semuanya terseksa dan terganggu
Terasa bagaikan membunuh rinduku dalam sepi diri?
Aku gagal pulang untuk menjengok kampung halamanku di hari raya ini?

Rindu  2x Syawal!
Adalah terlalu hebat
Terasa bagaikan dikenakan
Satu huukuman berat ke atas diriku
Kerana tidak dibenarkan pulang melepaskan rindu ?
Terhadap kampung halaman dan kaum keluargaku yang amatku rindui?

Oleh Nurimanja,
Catatan jam 1 tenagah malam
Bersamaan Tarikh 1 syawal 1442 dan 13hb Mei 2021.




TERUSKAN BATERA UMNO BELAYAR






TERUSKAN BATERA UMNO BELAYAR 


UMNO
Sebuah bahtera
Jangan ada dua orang Nahoda
Kalau kalian ingin teruskan pelayaran
Agar dapat mengelakan dari peselisehan faham
Apabila Bahtera UMNO dilanda rebut dipukul bergelombang.

UMNO
Perlu seorang
Nahoda bahtera berwibawa
Cekap tegas bertinda menyelesaikan
Segala kerumitan masaalah datang bertandang
Barulah bahtera UMNO dapat belayar dengan aman damai. 

UMNO
Perlulah ingat
Di setiap kali ada pelayaran
Jangan terlalu berharap kepada angin
Sehingga melupakan kelasi pendayung bertugas
Kerana mereka juga punya tugas besar pengerak bahtera.


Oleh Nurimanja,
Catatan jam 12 tengah malam
Tarikh 25hb  April 2021 selepas tarawih .


.DISERANG. HISTERIA

 



 DI SERANG HISTERIA

Satu ilusi dalam fantasi
Dibawah kesedaran kita
Antara tidur dan jaga
Kita bagaikan terpukau
Oleh dalang keadaan tertekan
Mungkin dihempit perasaan
Bila kita berada di demensi ke 5
Berbagai andaian boleh terjadi
Tekanan perasaan mengoda
Kita pun Nampak sesautu
Yang bukan-bukan dan mengerunkan
Jika semangat kita lemah
Kita pun jadi takut dan ngeri
Lalu memekek dan melolongMenjadikan rerakan melihat
Menjadi seram dan menakutkan
Bila semangat lemah
Rakan juga akan turun serta ..

Oleh: Nuri Manja
Catatan jam 5.4 pagi
RabuTanggal 20hb April 2016.



.CERITA SIKAP ORANG KITA




CERITA SIKAP ORANG KITA
 
Cerita sikap orang kita
Memang mudah terperdaya
Sikap yang terlalu bertolak ansur
Tidak mengapa , biarlah, sesekali saja.
Kini kesempatan itu pun
Telah diambil oleh pendatang
Dengan mudah kita diperdaya pula
Maka kita pun percaya mana ada tipu ?
Maka rumah mampu milik
Ditukar kepada harga pasaran
Puluhan ribu jadi ratusan ribu pula
Orang kita masih terlupa dipermainkan.
 
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 9.50 pagi
Isnin Tanggal 28hb Mac 2016.

.SATU KETAKUTAN AZAB NERAKA







.
SATU KETAKUTAN AZAB NERAKA 
 
Neraka itu satu tempat yang paling buruk
Lalu kita kena mentaati pengajaran Allah SWT
Janganlah kita dilalaikan oleh syaitan dan iblis
Mereka akan mendorong kita ke neraka jahanam
Tetapi kita jangan lupa ada ujian untuk kita
Satu perjalanan ke neraka atau pun syurga
Lihatlah suasana penyeksaan dalam neraka
Agar kita sentiasa rasa takut ke jalan neraka
Pertama kita akan dahaga yang amat sangat
Kita ingin minum air telaga kaukausyar Allah
Tetiba kita di humban ke dalam neraka jahanam
Lalu meminum air hamim yang panas membakar.
Setelah air yang amat panas berkali ganda panas
Lalu mereka meminum dan menuangkan di kepala
Dalam neraka ada telaga air mata amat kepanasan
Sejak Allah SWT mencipta langit dan bumi ini lagi
Allah nyala api punca air kepanasan amat sangat
Dan besi cakuk yang mencucuk rengkung mereka.
 
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 6.55 petang
KhamisTanggal 29hb Disember 2016.

Rabu, 5 Mei 2021

.DUNIA DI AKHIR ZAMAN






DUNIA DI AKHIR ZAMAN
 
Kata nabi akan berlaku
Perkara luar biasa di satu masa
Di mana ketua bagi orang Islam bukan seagama
Lalu umat Islam mudah mengikut arahan telunjuk mereka
Sehingga yang tenat dicelarukan minda sanggup melakukannya
Walaupun di arah dan diminta ikut masuk ke lubang biawak tidak mengapa.
 
Disebabkan pengaruh wang
Dan kebendaan hidup di dunia ini
Orang Islam yang tipis iman lupa segala-galanya
Cuma membeli dengan janji, ada gelaran, pangkat dan harta
Maka orang-orang kita yang beragama Islam terus terperangkap
Lalai dan lena dibuai mimpi-mimpi indah yang diumpamakan syurga dalam dunia.
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 .15 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Telok Kumbar.
 
 

DALAM KEKALUTAN COVID 19 / 2020






.


DALAM KEKALUTAN COVID 19 / 2020 
 
 
Kini negara kita dalam kekalutan Covid 19
Bila perintah beredar di kenakan
Pergerakkan pun terhad
Kami penuh terharu
Fikiran pun buntu
Rasa terhenti.

Ada perkhabaran menyanyat hati keluarga
Waktu resah ada berita kesedihan
Keluarga sebelah ayahnda
Dan keluarga ibonda
Meninggal dunia
Sedih juga.

Kedua-duanya kami kecewa tidak dapat hadir
Sekadar solat ghaib di rumah saja
Dan solat sunat hadiah
Baca doa tahlil
Al Fatehah 

Oleh Admin Muda
Cattan jam 5.00 petang
Rabu Tanggal 18hb Mac, 2020


JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLA










JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLAH 

Jika kita ada kemapuan
Untuk menderma dan bersedekah
Kita hulurkanlah sekadar yang mampu
dengan seikhlasan hati murni
Kerana tangan atas yang memberi
lebih mulia dan disenangi
Dari tangan bawah yang meminta
Dengan penuh mengharap belas kasihan,
Seorang yang dermawan
Pasti banyak dapat pahala Allah SWT
Dan dikenangai dan dihormati
Berbeza dengan orang yang meminta
Sering di caci dan dinesta
Jadilah seorang pemberi
Dari jadi seorang yang peminta.
Semoga Allah memelihara kita semua.
 

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan pagi jam 7.00 minit
Tarikh 5hb Mei, 2021


BERTAJUK: MAT BAT

 








BERTAJUK: MAT BAT
 
Mat Bat
Punya punyai biola
Kecintaanya terlalu luar biasa
Pada kehidupan seni bermain biolanya
Begitu asyik sehingga Mat Bat melupakan segala.

 
Asyiknya
Boleh bawa hanyut
Bersama usia  setengah abad
bunyi gesek biolanya bagaikan kekasih.
Cukup ghairah dan menpersonakan pada hatinya.
 
Bila Irama
Biolanya dimainkan
Berdesing  dipentas khalayak
Bagai mendapat balasan cinta sucinya.
Satu permainan mengasyikan hingga lalai dan leka .
 
Oleh Nurimanja,
Catatan di Taman Brown , Gelugur
Tarikh hb23  Julai 1983.5/4/2021