Sabtu, 15 Mei 2021

.RINDU 2X SYAWAL ADALAH TERLALU TENAT!




 



RINDU  2X SYAWAL ADALAH  TERLALU  TENAT! 
-Buat anda gagal pulang 2x raya aidilfiteri .

Rindu 2x syawal!
Adalah terlalu tenat.
Kepada kedua ibu dan ayah
Tidak dapatku tidur sepanjang malam
Apakah ini satu tgas yang memberi satu penyeksaan ?
Demi untuk tanah airku , dilanda bencana covid 19 yang bermaharajalela ?

Rindu 2X syawal!
Adalah terlalu hebat
Makan , minum dan tidurku
Semuanya terseksa dan terganggu
Terasa bagaikan membunuh rinduku dalam sepi diri?
Aku gagal pulang untuk menjengok kampung halamanku di hari raya ini?

Rindu  2x Syawal!
Adalah terlalu hebat
Terasa bagaikan dikenakan
Satu huukuman berat ke atas diriku
Kerana tidak dibenarkan pulang melepaskan rindu ?
Terhadap kampung halaman dan kaum keluargaku yang amatku rindui?

Oleh Nurimanja,
Catatan jam 1 tenagah malam
Bersamaan Tarikh 1 syawal 1442 dan 13hb Mei 2021.




Tiada ulasan: