Sabtu, 15 Mei 2021

TERUSKAN BATERA UMNO BELAYAR






TERUSKAN BATERA UMNO BELAYAR 


UMNO
Sebuah bahtera
Jangan ada dua orang Nahoda
Kalau kalian ingin teruskan pelayaran
Agar dapat mengelakan dari peselisehan faham
Apabila Bahtera UMNO dilanda rebut dipukul bergelombang.

UMNO
Perlu seorang
Nahoda bahtera berwibawa
Cekap tegas bertinda menyelesaikan
Segala kerumitan masaalah datang bertandang
Barulah bahtera UMNO dapat belayar dengan aman damai. 

UMNO
Perlulah ingat
Di setiap kali ada pelayaran
Jangan terlalu berharap kepada angin
Sehingga melupakan kelasi pendayung bertugas
Kerana mereka juga punya tugas besar pengerak bahtera.


Oleh Nurimanja,
Catatan jam 12 tengah malam
Tarikh 25hb  April 2021 selepas tarawih .


Tiada ulasan: