Khamis, 28 Disember 2017

MEREKA ORANG BERMUKA MASAM

+
adik.jpg

MEREKA ORANG BERMUKA MASAM

Mereka bermuka masam
Mereka orang yang tidak beriman
Mereka rasa malu hina dan berbagai lagi
Mereka sewaktu di dunia dahulu hidup mahu dipuji.
Mereka di dunia mahu pujian kerana bukan kerana Allah SWT

Mereka telah berkumpul
Mereka berada di padang Masyar
Mereka menerima kesulitan berpanjangan
Mereka akan di beri keredhaan Allah SWT kepadanya
Mereka  bagi orang beriman berseri-seri wajah kegembiraan.

Mereka orang yang ikhlas
Mereka menerima berbagai kelebihan
Mereka orang mengerjakan ibadullah al Ibrar
Mereka dikurnia wajah berseri keputihan kegimbiraan
Mereka berbeza dengan orang kupur minta di puji di dunia dahulu.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.45 pagi
Khamis Tanggal 15 hb  Februari 2017.

ORANG IBADULLAH


SYUKUR.jpg

ORANG IBADULLAH 

Orang Ibadullah itu
Mereka ikhlas semata-mata
Kerna Allah SWT dan keredhaaNya.
Tidak mengharap pujian dan hadiah  orang lain.

Orang ibadullah itu
Mereka benar-benar ikhlas
Memberi bantuan kepada fakir miskin
Mereka langsung tidak mengharap bantuan itu.

Orang Ibadullah ini
Mereka melakukan sesuatu
Di kira sebagai satu ibadat yang ikhlas
Semoga dapat pahala  penilaian dari Allah SWT .

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.45 pagi
Rabu Tanggal 14 hb  Februari 2017

ORANG-ORANG IBRAR


alam.jpg

ORANG-ORANG IBRAR

Orang ibrar
Mereka orang beriman
Sentiasa saja memberi makanan
Kepada mereka yang meminta dan lapar
Mereka setiasa sahaja bersikap suka memberi bantuan.

Orang Taliban
Mereka ini pengganas
Di beri gelaran seluruh dunia
Membunuh dan amat kejam tenteranya
Sebenarnya semua cerita propaganda dan menakutkan.

Tetapi bila ada
Seorang tawanannya
Di tahan dan di penjara mereka
Setelah memberi layanan yang istimewa
Lantas  hatinya tertawan dan terus memeluk agama Islam.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 7 pagi
Selasa Tanggal 13 hb  Februari 2017.

PINTU SYURGA ITU BERMULA DI RUMAH


anak kecil.jpg

PINTU SYURGA ITU BERMULA DI RUMAH

Sebenarnya lah
Pintu-pintu syurga itu ada
Banyaknya bermula di rumah kita
Kerana doa ibu bapa perlu banyak berdoa
Begitu juga anak-anak perlu menghormati ke dua ibu bapa.

Perlulah   kita ngat
Taatlah kepada ke dua ibu bapa
Selalulah mendoakan kepada kedua nya
Semoga Allah akan  meanugerahkan panjang umur
Kesejahteraan hidup kita  di dunia dan di hari akhirat nanti.

Panggil nama-nama
Dengan panggilan yang baik-baik
Jagalah adab kita kepada anak-anak kita
Janagnlah ada sikap rasa pilih kasih di antaranya
Perlu  tidak ada  rasa iri hati berilah ilmu sebanyak mungkin.

Mengajarlah mereka
Adab ilmu memberi bermaafat
Banyak berdoa kepada anak-anaknya
Agar anak-anak dapat berdoa pada ibu bapanya
Kepada ke dua ibu bapanya begitulah apa yang kita harapkan.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.55 pagi
Ahad Tanggal  12Hb Februari  2017.


.KEPAHITAN MUJAHADAH UNTUK MENDAPAT KEMANISAN


gelap terang.jpg

KEPAHITAN MUJAHADAH UNTUK MENDAPAT KEMANISAN

Dunia ini ujian
Meskin dan kaya juga ujian
Orang kaya perlu syukur dengan kekayaan
Orang meskin pula dia bersabar dengan segala kemiskinan.

Kita jangan lupa
Kesusahan dan  ke senangan
Semuanya ujian kesusahan dan kesenangan
Sebenarnya orang yang senang ini lebih berat kenakan ujian.

Justeru itu kita
Perlu ingat dan ambil iktibar
Dalam kehidupan kita se harian di dunia ini
Sama ada susah dan senang keduanya adalah satu ujian Allah.

Sebagai hamba
Kepahitan dalam mujahadah
Jangan mengeluh perlu banyak muhasabah
Untuk mendapat keredhaan Allah dan menekmati kemanisannya.

 Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 8.00 pagi
Sabtu Tnggal 10 Februari 2917.

DOSA ITU RASA RESAH DI HATI


zombi.jpg

DOSA ITU RASA RESAH DI HATI

Apabila hati kita resah
Beerti Allah masih sayang kepada kita
Perlulah kembali mencari di mana kesalahannya

Jangan biarkan hati kita
 Terus mati ditawan sebelum kita mati
Malah menjadi seronok  bersubahat lakukan dosa.

Manusioa ini dua unsur
Jasad ini daripada tanah dipermukaan
Jasad kita juga boleh lapar dan sakit berpanjangan.

Roh ini  kejadian bersih
Bila lapar dan sakitnya perlu dekat Allah
Jadi bila kita lapar dan sakit kembalilah kepada Allah

Hati kita sering  dipujuk
Dua kompululan hawa nafsu dan iman takwa
Kerana hati ini  sering dipujuk berperang untuk ditawan.

Apa pun doa itu ujianNya
Allah menguji memanggil kita dekat padaNya
Sepatutnya kita beriman dan bertaubat kepada Allah SWT.

Oleh: Pena Utara,
Jam 7,15 pagi
Sabtu 10hb Februari 2017.

DAUN –DAUN BERGUGURAN


dedaun.jpg

DAUN –DAUN BERGUGURAN

Kini tiba musim
daun-daun berguguran
seperti manusia juga dalam hidup ini
bila orang muda menjadi tua orang tua mengisut pergi.

Daun yang gugur
Kuning kering dan layu
Di tuip angin jatuh jauh berterbangan
Berpisah dan bersepah bagaikan ia tiada lagi harganya.

Adakah kita juga?
Seperti daun-daun tua
Sama berguguran dan berterbangan
Lalu hancur menjadi baja makanan cacing dan serangga.

Oleh Pena Utara,
Catatan Jam 7.30 pagi
Sabtu tanggal 10hb Februari 2017.

NAZAR ITU JANGAN GILA-GILA


tunggu.jpg

 NAZAR ITU JANGAN GILA-GILA 

Nazar itu
Janji kita dengan Allah
Nazar itu dilarang yang gila-gila
Tetapi bila mereka itu bernazar kena tunaikan
Allah amat mengetahu dengan apa yang kamu nazar
Sesungguhnya Allah SWT mengembirakan mereka menunai nazar.

Nazar itu
Ada bermacam-macam
Mualak letak pergantungannya
Contoh bila kita baik sakit nak bersedekah
Apabila kita sembuh niat bernazar patutlah di tunaikan
Supaya kita tidak lagi tersangkut berutang nazar di hari akhirat.

Nazar itu
Janganlah yang gila-gila
Contoh berdiri di tengah panas
Botakan  kepala apabila menang bola sepak
Tidak bercakap sepanjang hari tetapi berpuasa nazar
Nabi minta puasa teruskan, kecuali berdiri, botak, tidak bercakap.

Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 5.55 pagi
Jumaat tanggal 9hb Februari 2017,

IBADAT KEPADA ALLAH SWT



ingin kukhabarkan.jpg

IBADAT KEPADA ALLAH SWT

Orang yang beribadat beriman
Dan bagi orang yang abib rendah hina
Mereka ini memang sama sekali perbezaannya
Kerana orang yang beriman dengan orang yang engkar ini

Orang yang al abib dan engkar
Atau mereka yang kupar ingin berbalah
Mereka akan terima dengan azab yang membakar
Mereka yang membuat kejahatan itu terimalah azab pedih.

Allah tidak melakukan kezaliman
Kerana Allah SWT telah memperingatkan
Tetapi mereka menolak dengan cara hidup Islam
Merekalah yang zalim kerna kupar dan al abib rendah dan hina.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.55 pagi

Tanggal  8Hb Februari  2017.

Rabu, 27 Disember 2017

REZEKI APAKAH INI?



dimana silapku.jpg

 REZEKI APAKAH INI? 

Kami selalu kekurangan wang
Untuk beli itu dan ini
Kekadang boleh merisaukan juga
Apa pun sabar dianggap sebagai takdir Allah.

Tetapi lewat kebelakangan ini
Cerita agak aneh dan menghairankan
Tetiba ada wang kertas Rm50
Di dalam tangkungan air peti ais

Selang beberapa hari
Kami jumpa lagi bawah peti air RM50
Kemudian jumpa lagi wang berlipat RM100,
Memang waktu sesak pun itulah rezeki

Dan begitulah seterusnya
Ada wang kertas RM10, RM5 dan RM1
Kekadang wang seling pun terdapat juga
Kami tidak tahu datangnya dari mana
Kini telah pun RM1,325.00 Lebih kurang ?

Oleh: Nuri manja,
Catatan jam 615 pagi
Tanggal 26 Oktober 2017.

KAMI BERIMAN DENGANYA


tahui.jpg

 KAMI BERIMAN DENGANYA 

Kaum Jin pun juga beriman
Setelah mereka mendapat perkhabaran
Kami berimana dengan Allah setelah mendengar Al Quran
Mereka juga tidak mensyerekkan sesuatu melainkan beriman kepada Allah SWT.

Kaum jin merasa begitu takjub
Penuh yakin dan memberi kesan di hati
Mereka pun terus beriman dengan apa yang mereka dengar
Bahawa kitab dan ayat Al Quran itu memberi jalan yang benar dan lurus isinya .

Ketahuilah sesungguhnya Allah itu
Sifat kebesarannya maha tinggi dan agung
Maha suci Allah itu juga tidak beristeri dan tidak beranak
Sedangkan keduanya itu cuma keperluan bagi mengembirakan kaum keluarga.

Mereka juga menyucikan sifatNya.
Dengan menafikan keras bahawa Allah itu
Tidak memerlukan sifat seperti hidup manusia bekeluarga
Kerana Allah SWT sememangnya Maha Suci, maha agong dari sifat hambanya.

Oleh: Nurimanja
Catatan jam 7.55 malam
Tanggal  Isnin 22hb Mei 2017.

.JIN MENDENGAR AYAT AL QURAN


siang dan malam.jpg

JIN MENDENGAR AYAT AL QURAN

Jin juga menyebar dakwah
Bila mereka mendengar ayat al Quran
Mereka kagum dan sesuatu yang menakjubkan
Ayat dikatakan Qalam Allah iannya mempunyai mujijatnya.
Setelah mereka mendengar bila nabi Muhamad SAW membacanya.

Al Quran memberi petunjuk
Sehingga gulungan jin juga beriman
Sehingga mereka juga memberi pencerahan
Semoga mereka dapat pesanan itu agar terus beriman
Namun dalam gulungan mereka ini ada juga jin menolak dan kufur.

Ada hadis muslim mencerita
Puak  jin mengajak bertemui Nabi
Sehingga Nabi Muhamad S.A.W mengajar
Apabila nabi membaca ayat Quran surah al Rahman
Gulungan mahkluk jin juga kagum dan terpegun melihat kebenaran.

Oleh: Nurimanja
Catatan jam 6.55 pagi
Tanggal Jumaat 19hb Mei 2017.

MAKHLUK BERNAMA JIN


selagi.jpg

1MAKHLUK BERNAMA JIN

Dalam Al Quran
Ada surah di sebut Al Jin
Kisah Jin pun disebut juga Jin dijadikan
Jin ini dijadikan unsure dari api manusia dijadikan tanah
Nabi juga pernah mencekek Jin keluar air liurnya sejuk di tangan nabi
Ini menunjukan bahawa mereka tidak kekal kekuasaannya api sama manusia tanah.

Makhluk Jin juga
Diperentahkan oleh Allah
Nabi-nabi dan rasul juga diperentah taat
Kepada manusia dan Jin kerana ada jin dan manusia baik
Malah ada juga Jin dan manusia ada yang salleh , kupur , dan juga durhaka
Mereka ini sama juga seperti manusia Cuma mereka ada kuasa ghaib yang luar biasa.

Jin ini juga makan
Sesuatu yang busuk kotor
Sebab itu manusia kena membaca basmalah
Manusia dan Jin ini diberi dua pilihan buat baik atau jahat
Kekadang manusia lebih pintar dari jin dengan hasil mendapatkan keuntungan
Sepert menjadi bomoh dengan memerentah Jin menghalau syaitan dalam dunia perubatan.

Oleh: Pena Utara,
Jam 7.00 malam
Selasa Tanggal 15hb Mei 2017.

FB SUARA PULAU KINI TINGGAL KENANGAN


nuri.jpg

 FB SUARA PULAU KINI TINGGAL KENANGAN

Kini kau telah hilang
Tiada ditemui di mana halaman
Ahli-ahli mu seramai 5,000 sedang merinduinya
Bicara yang selalu dilontarkan tajam hingga ke tulang hitam
Fb mu Suara Pulau kini telah digodam dalam usia tujuh tahun 2010 hingga 2017.

Kini Fb  Suara Pulau
Mungkin tidak dapat wujud lagi
Kini yang tinggal fb rekan yang selalu mencatat
Dan membantu megnhasilkan ungapan kata dan bicara puisi
Bersama Pensil Kontot, Qalam Mutiara, Pena Utara, Pena Runcing dan Tinta Azimad.

Apa pun kita masih
Mempunyai bebearapa Fb lagi
Rerakan yang setiasa setia meneruskan usaha
Bersama rerakan yang lain dalam menyampaikan dakawah
Seperti guru kami pernah mengajar tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu pengatahuan.

Oleh: Pena Runcing.
Catatan jam 5.30petang
Selasa  Tanggal 16 hb Mei 2017

HIDUP KITA BERPASANGAN


bulan mentari.jpg

HIDUP KITA BERPASANGAN

Allah mencipta
Hidup perlu berpasangan
Melengkapkan rasa ketenangan jiwa
Sebab itu Allah jadikan diturun nabi Adam dan Hawa.

Zaman nabi Lut
Perempuan diketepikannya
Bila lelaki gemar berkawin dengan lelaki
Hidup tidak sempurma tiada lengakap dan melengkapi

Zaman jahilan
Bila perempuan dihina
Di tanamnya anak perempuan hidup-hidup
Hak mereka tidak ada hidup pasangan yang melengkapi.

Tetapi zaman
Kedatangan nabi Muhamad
Telah menganjurkan hidup mesti berpasangan
Tidak ada dominen hidup berpasangan lengkap melengkapi.

Oleh:  Pena Runcing
Catatan jam 6.10 petang
Sabtu Tanggal 13hb Mei 2017.

SESUATU ITU DI TANGKAP DENGAN ILMU


ilmu.jpg

SESUATU ITU DI TANGKAP DENGAN ILMU 

Seorang yang warak
Tidak menunjukkan kewarakannya
Warak seorang itu tidak memberatkan dirinya.

Sikap orang warak itu
Terlalu cermat atau pun hebatnya
Tetapi bukan menunjujkan kepada orang lain.

Contoh seorang warak
Dia tidak irau jika sebiji kismis jatuh
Tidak akan bertanya siapa punya kismis jatuh?

Untuk mengatasi masalah
Kita ada kitab untuk pencerahannya
Buka kitab al Quran cari  masalah kita dihadapi.

Sesuatu masalah di atasi
Dengan belajar dari ilmu di pelajari
Terutama masalah berkaitan dengan keagamaan.

Oleh:  Pena Utara,
Catatan jam 6.petang 
Jumaat Tanggal 11hb Mei 2017. 

AIR MEMBERSIHKAN


angin berbisik.jpg

.AIR MEMBERSIHKAN

Air membasuh
Benda-benda yang kotor
Mesti mencucikan pada 3 ainnya
Basuhkan hilang  bau , rupa dan warnanya.

Air liur basi
keluar dari perut kita
kena pada kita hukumnya najis
kecuali orang yang ada penyakit muttalanya.

Air  dari tanah
Bekas makanan najis
Jika bukan Islam memakannya
Perlu dibasuh dengan air tanah atau di samak.

Ikan di air
Ikan semuanya najis
Perlu dibersihkan hilang najis
Basuhannya perlu bukan dalam bekas  sama.

Darah kotor
Yang boleh dimaafkan
Jerawat bison tubuh kita sendiri
Dengan syarat darah tidak megalir lain tempat.

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 6. petang
Jumaat tanggal 11hb Mei 2017.

QARUN DENGAN KEKAYAANNYA


kumpulwang.jpeg

QARUN DENGAN HARTA KEKAYAANYA

Kata Qatadah dan Mufasirin
Qarun keluar bersama pengirinya
Begitu hebat perhiasannya berwarna merah
Di iringin manusia bersama binatang yang dipakai hiasan
Menjadikan orang ramai melihat jadi terpegun dan mempersona.

Sebenarnya satu pengajaran
Kerana hati manusia ada keinginan
Tidak memikirkan bagaimana cerita Qarun
Allah S.W.T memberi nikmat dan rezeki yang berlebihan
Hanya satu ujian untuk menilai seseorang itu apa yang dilakukan?

Begitulah kehidupan di dunia
Bolehkah mereka yang kaya raya itu
Mengunakan kejayaannya ke jalan Allah S.W.T
Bukannya  bermegah berhasad dengki menyombong diri
Kerana jikalau  kita tersilap langkah di hujung ada pembalasanya?

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6.45 pagi
Tanggal 14hb Disember 2017.

KITA MUDAH DIPERMAINKAN


solat.jpg

KITA MUDAH DIPERMAINKAN

Agama Islam
Kita mudah dipermainkan
Kerana sering adanya perpecahan
Walaupun Allah berkata Islam itu bersaudara
Tetapi pengaruh kita mudah tergoda dan terpedaya.

Jangan hairan
Kalau  Palastine di cabur
Tiap perpecahan dicuri kesempatan
Berapa kali sudah berdamai dan berperang
Itulah budaya musuh Islam mereka mempermain kan.

Berapa lama?
Kita perlu bertolak ansur
Dengan membiarkan sandiwara mereka
Budaya mempermain  dan  memperbodohkan
Umat di negara  Islam yang berada di bumi Allah ini ?

Oleh: Pena Runcing,
Jam 6.45 pagi
Catatan14hb Disember 2017,

RAHSIA LANGIT WAKTU MALAM


alam berubah.jpg

RAHSIA LANGIT WAKTU MALAM

Kini ternyata Lampu neoun di jalanan
Telah pun merampas keindahan
Pada waktu malam yang kita lupakan,

Tetapi kita tidak mengetahui
Melainkan orang yang beriman
Mengetahui rahsia  langit waktu malam.

Nabi yang melihat telah menangis
Bila merenung keindahan kejadian
Kerana Allah S.W.T telah pun sediakan.

Sebenarnya ada ayat mengatakan
Waktu kamu berdiri, duduk , berbaring,
Fikirkan lah kejadian langit dan bumi

Ada bersama kita makhluk yang lain
Kita tidak nampak kewujudan mereka
Carilah dalam surah universal al Fatihah.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6.45 pagi

Tanggal 17hb Disember 2017.

Ahad, 10 Disember 2017

ANAK GADIS KITA MUDAH DIPERDAYA


biasa.jpg

 ANAK GADIS KITA MUDAH DI PERDAYA

Mudah terpengaruh
Dan terikut-ikut budaya orang lain
Kalau menonton filem luar Negara Timur atau barat
Hati mereka terlalu mudah mempengaruhi jiwa nurani mereka.

Hari ini  jangan hairan
Ada anak gadis kita mudah di main
Dengan ungkapan bunga-bunga cinta anak muda luar
Dari Lombok , Indonesia , Arabik , Bangaladis dan Negara Nepal.

Malahan ramai juga
Telah di jadi keldai membawa dadah
Dengan upah yang tidak seberapa mereka sanggup
Kononnya asalkan ada buah hati yang terpikat dari luar Negara.

kerana terlalu ghairah
Ada yang baik ada menjadi mangsa
Bila berkahwin mereka inginkan kerakyatan sahaja
Selepas itu bercerai  pasangan mencari jalan berpisah akhirnya.

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6 petang
Jumaat Tanggal 11hb Mei 2017.

BANYAKLAH ZIKIR


munajat.jpeg

BANYAKLAH ZIKIR 

Zikir ini
Satu ketenangan
Baik di dunia atau di alam berzah .

Zikir ini
Sama dengan binaan
Bangunan yang cantik perjalanan.

Zikir ini
Sebutlah setiap langkah
Lagi banyak berzikir lagi jauh berjalan.

Zikir ini
Sebagai bercucuk tanam
Dengan segera ditunaikan hasil buahnya.

Zikir ini
Seperti makan koma Aduan
Dapat menjauhkan dari syair dan racun

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 6 petang
Khamis Tanggal 10hb  Mei 2017

NAUNGAN DAN PEPOHON


quran.jpeg

NAUNGAN DAN PEPOHON

Di syurga ada pepohon keabadian
Perjalanan seratus tahun lamanya
Ada juga pohon bernama al holdi
Buat umat nabi Muhamad
Nabi Ibrahim alaiissalam kirim salam
Khabar kan kepada umatmu tanah syurga wangi
Malah ada pokok yang tersusun berbarisan indah.
Si syurga ada pokok mamdut
Bila naik unta berusia tiga tahun
Jika mengelilingi pohon  itu sampai ke tua
Malah ada  berbagai pohon di syurga
Sidratun mutaha dan jannatun makwa
Pokok tuba  dijadikan pakaian penghuni di syurga
Dia datang daripada  kelopak berbunga tuba
Bila ada bertanya pakaian di Syurga.
Malah ada juga  pohon  kuldi
Batang emas kamu tenang
Di bawah ada anak sungai mengalir
Penghuni ahli syurga dalam keadaan naungan
Buat mereka banyak menyebut Subhanallah wa bihamdis

Oleh Pena Utara
Catatan jam 5.05  petang
Selasa  9hb Mei 2017.


SEORANG PENGEMBARA


doa.jpg

SEORANG PENGEMBARA

Seorang pengembara
Wajahnya kini
Telah di mamah usia
Dalam kekalutan seharian
Dia bergelut
Menghadapi permasalahan
Sesekali dia
Termangu dan terharu
Menghitung usianya
Masih adakah lagi baki
Untuk dia terus
Menyedut udara Allah
Dan berkata Alhamdulillah
Di dunia fana ini
Sebelum tidur malam
Dia selalu  berdoa
Dengan namamu
Kau yang menghidupkan
Dan mematikan aku
Bila terjaga sebelum subuh
Dia berdoa lagi
Segala puji bagimu
Menghidup kan aku
Dan membangun kan aku
Dari kematian kecil
Kepada kamu kami kembali.

Oleh: Pena Utara
Catatan jam 5.50  petang
Selasa  9hb Mei 2017.