Ahad, 10 Disember 2017

JANGAN KITA MEMBAKAR API ?



JANGAN KITA MEMBAKAR API ?  

Jangan kita bermain api Jangan pula membakarkannya
Kerana hati ini mudah panas dan terbakar
terutama apabila kita suka  cabar dan mencabar
Sensitif menyentuh tentang agama , bangsa dan negara kita
Sesungguhnya siapa pun boleh kaya raya jikalau kita  rajin berusaha .
.
Tahukah bulan apa kini? Cuma beberapa saja lagi 13 Mei
Lukakah anak cucu kita pada peristiwa
Cukup mencelarukan minda dan menyayat hati
Bila lalat , patung , katak puru dan katak minyak bergaduh?
Satu simbolik yang ternyata banyak hikmah dan penilaiannya buat kita.

Sepatutnya kita semua Sebagai warga rakyat Malaysia
Ketepikan budaya ungkit mengungkit
Tuduh menuduh rasa ke tidak keadilan ekonomi
Kutuk mengutuk tohmah fitnah dan beradu domba sesama kita
Hidup lah seperti daun kelapa mengikut giliran untuk jatuh dan berundur..

Siapakah kita sebenarnya? Semuanya asal warga pendatang
Bertapak di bumi bertuah semenanjung ini
Dalam keadaan daif dan susah payah mencari rezeki
Datuk nenek kita tinggal tanah tumpah darah menyeberang lautan
Demi untuk membina hidup baru di bumi yang serba subur hasil mahsulnya.

Oleh Pena Utara
Catatan jam 5.05  pagi
Ahad hujung minggu 7hb Mei 2017.

Tiada ulasan: