KAMI BERIMAN DENGANYA
Kaum Jin pun juga
beriman
Setelah mereka
mendapat perkhabaran
Kami berimana dengan
Allah setelah mendengar Al Quran
Mereka juga tidak
mensyerekkan sesuatu melainkan beriman kepada Allah SWT.
Kaum jin merasa
begitu takjub
Penuh yakin dan
memberi kesan di hati
Mereka pun terus
beriman dengan apa yang mereka dengar
Bahawa kitab dan
ayat Al Quran itu memberi jalan yang benar dan lurus isinya .
Ketahuilah
sesungguhnya Allah itu
Sifat kebesarannya
maha tinggi dan agung
Maha suci Allah itu
juga tidak beristeri dan tidak beranak
Sedangkan keduanya
itu cuma keperluan bagi mengembirakan kaum keluarga.
Mereka juga
menyucikan sifatNya.
Dengan menafikan
keras bahawa Allah itu
Tidak memerlukan
sifat seperti hidup manusia bekeluarga
Kerana Allah SWT
sememangnya Maha Suci, maha agong dari sifat hambanya.
Oleh: Nurimanja
Catatan jam 7.55
malam
Tanggal Isnin 22hb Mei 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan