Jumaat, 8 Disember 2017

SERING KALI KAMI LIHAT


pena dan kertas.jpg

SERING KALI KAMI LIHAT 

Kesihan buat pelawat
Datang untuk melawat tujuannya
Dengan hati berbangga dan wajah penuh ceria
Ada anak pinak atau sahabat handai masuk belajar di USM
Sehingga lupa segala peraturan undang-undang  masuk keluar lalu lintas.

Parking sahaja kereta
Selepas dua tiga jam hati cemas
Wajah pula terus berubah menjadi resah gelisah
Kereta membawanya ke USM telah di rantai di kunci tayar
Sila ke pejabatan pengurusan USM berjumpa pihak tertentu untuk urusan.

Kasihan dan rasa sedih
Datang dengan wajah penuh ceria
pulang dengan berwajah sugul walang dan malang
Wang anda RM50 terpaksa keluar dari poket begitu sahaja
Kerana melanggar satu undang-undang lalu lintas mencari dana kewangan.

Oleh: Pena Utara
Catatan jam 4.50 petang
Hari Khamis Tanggal 30hb Mac 2017.

Tiada ulasan: