Jumaat, 8 Disember 2017

CINTA KERANA ALLAH


SYUKUR.jpg

CINTA KERANA ALLAH  

Cinta kerana Allah
Sebenarnya cinta penuh nikmat
Cinta yang benar-benar mencapai  tahap hakiki
Mereka ini sedia berkorban apa sahaja walaupun penuh penyeksaan.

Cinta kerana nafsu
Penghujung tidak ke mana-mana
Kalau cinta kerana dunia seperti bangkai busuk
Mereka pastinya terima kegagalan dan kecewa di akhir percintainya.

Cinta dengan akhlak
Boleh kita ikut cara sunah nabi
Pasti kita akan merasai kenikmatan sebenarnya
Sebaiknya perlulah menyucikan diri dahulu demi kerana Allah S.W.T

Cinta orang beriman
Mereka mempunyai akhlak cinta
Di mana sahaja berada kerana Allah dan Rasulnya
Merekalah orang-orang yang dapat menikmati cinta di dunia dan di akhirat.

Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 6. 55 pagi
Ahad tanggal 2hb April  2017.

Tiada ulasan: