Rabu, 28 September 2011

ZIARAH (SM)



sajak pilihan warga Cr.

Di langit kamarku
bertebaran huruf membentuk kata
bersambungan dalam kalimat
menyesakkan nafas di dada
kubaca namun tak kutahu artinya
kubayangkan ribuan wajah
dalam dongeng malamku
sementara diluar jendela
sepasang kupu kupu sedang bercumbu
menyengat dalam semangat membeku
membuat ku kembali teringat
sambil ziarah ke masa lalu

 
Oleh: Anis Syahila
sajak fantasi terkenang masa dulu 27 Ogos 2011 9:55 PM
sajak layak ke korea




Isnin, 26 September 2011

CUBA SELAK (SM)




sajak pilihan warga Cr.

cuba selak lembaran nampak lapuk
berhabuk atas para lama terbiar
tiada tersentuh dibaca dihayati
itu al-quran teragung
kalam tuhan yang esa
mukjizat paling besar
kalam suci penuh keramat
kalam penuh penawar
penawar sakit hidup lahirmu zahirmu
di situ ada panduan segala
kunci segala ilmu
alunkan bacaan merdu
hayati apa tersirat
pasti tenang hatimu
rasa penuh syahdu
pasti terbit air jernih
dari kelopak matamu


Oleh: Puteri Bunian
sajak psl al quran/24 Ogos 2011 11:59 PM
sajak layak ke korea



JAUH DARI SUDUT HATI (SM)



sajak pilihan warga Cr.

Terasa jauh dari sudut hati
walaupun suratan terpilu
ia tetap jadi kekuatan
buat capai segala impian
jadi yang terbaik bagi diriku
baik juga bagi kelilingku
tidak aku dijadikan seorang saja
aku masih punya mereka
mereka yang senantiasa bersama
kala aku suka gembira
kala aku sedih menangis
pasti tangan mereka terhulur
pasti bahu mereka tersedia
jauh dari sudut hati
terima penuh kepasrahan
sujud penuh kesyukuran
merekalah sumber kekuatan
terima kasih sahabat dan tuhan


Oleh:Diana Sanubari
sajak kesyukuran/24 Ogos 2011 11:51 PM
sajak layak ke Korea



Jumaat, 23 September 2011

TETAP MELANGKAH (SM)



 sajak pilihan warga Cr.

Bila langit takkan mendengar
Bila waktu telah berjalan
Selalu larut dalam bersendirian
Mungkin merasa lelah
Karena jalanku berliku
Terpisah rentang waktu yang berlalu
Mencari sejuta makna
Ku takkan meratapi rasa sepi
Meski tak puas mendera langkahku
biar aku nikmati waktu berlalu
Takkan kuhanyut dalam pelukan waktu
Meski takkan ada yang peduli
akan tetap kumelangkah
Masa akan kurentang
Meski langit diam seribu kata

 
Oleh:Sohibul Wakdiamin
sajak tentang kehidupan/24 Ogos 2011 11:47 PM
sajak terpilih ke lusr negara landon



RAWAT BUMI (SM)



sajak pilihan warga Cr.

Ia menjelma dalam hujan
sekedar mencuri kerinduan
ia adalah kristal berserak
menghujam dengan lembut
demi pada bumi bersatu hapus kemarau
Lihat kesuburan kembali terpancar
rona harapan kebahagiaan
sedikit terpancar

 
Oleh: Abang
sajak buat alam sekitar/24 Ogos 2011 11:48 PM
layak ke luar negara londan





Khamis, 22 September 2011

NAKHODA(SM)




Kita nakhoda kemudi ke arah bahtera
redah laut kehidupan rentas badai samudera
lihat sana ombak ganas ayuh sama kita tempuh
selagi bahtera kita kukuh anak kapal tiada mengeluh
pastu kita berjaya tuju pulau cita
perhatikan anak kapalmu
takut kalau mereka terleka
ingatkan pada mereka semua
asuhlah dengan bijaksana
letakkan hak pada berhak
jika mereka membantah
gunakan kuat tanganmu
biarlah keras tapi penuh kasih
biarlah tegas tapi penuh sayang
lihat sana destinasi abadi
bahagia pasti anda miliki

 
Oleh: Seri Suri
sajak buat anak murid saya27 Ogos 2011 9:47 PM





BIASA SAJA (SM)



sajak pilihan ke london 

Dalam kelat ada manis
tangis ada suka
derita ada bahagia
hidup ada mati hidup di pentas fana
pura-pura itu biasa
pijak kepala itu biasa
tikam belakang itu biasa
mulut manis itu biasa
korupsi itu biasa
yang biasa itu biasa
yang biasa itu celaka
yang celaka itu melata
mana si luar biasa
yang suci tiada noda
yang hebat tiada cela
yang maksum tiada dosa
untung si luar biasa…

 
Oleh: Tinta Bayu
sajak nasihat/27 Ogos 2011 9:39 PM
biasa dalam payah ada mudah



Isnin, 19 September 2011

KETARA (SM)





Ada ketara susuk insan
tiada bentuk tiada rupa
hidup mengeletar menyelubung kalbu
percik kurnia tak terselami
berlalu berlipat
memahat rencana mengukir cita
kita bukan satu lagi dari satu
kita lebih satu dari lagi satu
akankah datang? bunyi kunanti
dari sekelopak bibir
yang menyebut kata
kata terindah di dunia

Oleh: Ambuyak
sajak simbolik/27 Ogos 2011 9:38 PM
sajak pilihan warga citra rasa.




LAGHRO (SM)




Lalai leka terlupa semua sia-sia
tiada makna niat sudah kemas
awal sudah terpasang
azam sudah kukuh
di tengah jadi terpesong
jalan jadi bercabang
sekejap singgah sana sini
tujuan tak sampai sampai
tersekat tengah jalan
terleka dengan nikmat
terlalai dengan madu
terlupa hasrat fokus berselirat
semua jadi laghro belaka


Oleh; Puan Rosnah
sajak nasihat/28 Ogos 2011 9:05 PM



Sabtu, 17 September 2011

SAMBUTAN SATU MALAYSIA



Sambutan hari 1 Malaysia
16 september satu tarikh keramat
Buat renungan gendarasi muda
perhimpunan ke 54 bersama kemerdekaan
yang penuh arti dan mana sepenuhnya.
Buat rayat Malauyia

Kini bendera dikibarkan
Bersama mengalir darah pitriotik
Diiringi lagu kebangsaan gema merdeka
Demi  perpaduan dan kecintaaan pada  negara
Marilah bersama-sama  kita menyebut
Satu Malaysia! dan Merdeka! Merdeka!!
Hidup Malaysia!,

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan 9 pagi 16hb September, 2011.
Buat sambutan Hari 1  Malysia.



BERFIKIR JUGA JIHAT.




Islam itu membenarkan kita
Berjihat jika keadaannya yang sulit
ada Pemberontak, menentang, memfitnah
jika Allah benci kerana penghinaan di dunia
Sepatutnya mereka ini diperangai dan di bunuh saja.

Jika perang itu diperlukan
Jihat patut dilaksanakan sepenuhnya
Sebnarnya jihat ini ada dua cara daripadanya
Jihat ahli berfikir tentang apa yang dibawa nabi
Mati mereka bersama orang berjihat di medan perang


Oleh: Nuimanja
Catatan kuliah subuh, Jam 630 pagi, 14/8/2011




Khamis, 15 September 2011

PELANGI BIRU MERAH HIJAU (SM)




Denga jemari ini kukirim pelangi
Tanpa merah, biru, hijau
Lengkungnya hanya terdiri dari
jalur Hitam dan Putih
tak ada kabut tipis disekelilingnya
Apalagi udara basah sehabis hujan
Disekitar pelangi masih kosong,
Bukan karena aku tak mahir melukis
Kubiarkan seperti itu tak terisi
kerana ku tak tahu
ingin isikan dengan warna biru,merah atau hijau


Oleh; Suara Rakyat
sajak politik/28 Ogos 2011 8:52 PM



ANGIN BERBISIK (SM)



Sajak pilihan warga CR..

Kelmarin angin berbisik
sesaat ku nyenyak beradu
namun kujawab kata rindu
kemudian angin bermadah sendu,
madah yang biasa kudengar
semalam angin berbisik lagi
tertegunku sejenak bila mendengar
pertanyaan yang sama,
kembali sang angin bermadah
hampir ku tertidur dibuainya
hari ini sang angin berbisik lagi
seketika ku mencium sajadah
dalam hati ku bermadah,
hidupku hanya untukMu
kecil aku didepanMu,
hantar aku kearahMu,
kemudian angin hanya bermadah
sendu nan merdu dan
berlalu ketika kuucapkan salam.


Oleh; Sulaiman Embong
sajak ketika solat malam ke 23 ramadhan
/28 Ogos 2011 8:46 PM



Rabu, 14 September 2011

DERA ANGIN MENGHERET (SM)






Dera angin singgah di beranda ini.
Saat malam masih dalam lamunan,
langit menghitam bertabur bintang
lembut cahaya bulan malam
sebagai sebuah hikayat panjang.
Walau sepi dari gema bahagia,
namun dapat berkata tentang
satu kehidupan sebelum perjalanan
terus mendera dan menyeret
dalam langkah panjang dan fana.

 
Oleh: Bulan Terang
sajak simbolik/30 Ogos 2011 3:19 AM



TIKA LAMPU PADAM (SM)




Tika lampu kesamaran
bersama redupnya alam
kala sayunya rembulan
bersama segar angin malam
fikiran ligat berputar
terjah ke balik roda hidup
berterusan berputar
di landasan penuh liku
landasan hidup insani
jelas terbayang kisah harian
ada terselit rasa manis pahit
muhasabah seketika
adakah pahala tercatit
di penjuru buku kanan
atau juga ada dosa
di penjuru buku kiri
tolong maafkan aku
kerana aku mahu lena beradu…

 
Oleh: kembara Budiman
sajak kekesalan/30 Ogos 2011 3:13 AM



Isnin, 12 September 2011

HENING MALAM (SM)


 sajak layak utk ke Korea

Dalam hening malam ini
hanya gelap dingin seperti
sekuntum bunga telah mengering.
Namun aku mengartikan sendiri
seperti sebuah senja
merindukan kelip bintang di langit.
Aku akan mencintai yang fana,
walau semua hilang punah
Saat fajar pagi menyapa,
hidup baru harus dilanjutkan.
Saat itu kuceritakan

 
Oleh:Tengku Anita
sajak simbolik/30 Ogos 2011 3:26 AM




MENCARI CAHAYA DI BUMI AMBIA (SM)



 sajak layak utk ke korea

kembara hamba ke daerah asing
bersama segunung impian suci
buat terangi hidup insani
seribu makna buat insan kerdil
yang dahagakan titik ilmu
yang melata di pelusuk dunia
yang menunggu tangan mengutip
terdampar akhirnya di sini
mencari cahaya di bumi ambia
cahaya itu makin lama terkumpul
dalam dakapan dada hambanya
cahaya ilmu yang pasti bisa terangi
hati-hati yang senantiasa dahaga
buat dikongsi kemudian harinya
mereka tiada putus berdoa berharap
terangkah sinaran cahaya itu
tunggulah mereka nyalakan sumbunya

 
Oleh: Ustazah Hamidah
sajak ketuhanan/30 Ogos 2011 3:23 AM






Ahad, 11 September 2011

PESAN IMAN AL GHAZLI




Diakhir zaman kata Iman al Ghazali
Jangan percaya kepada ulama masa kini
Selalu mencari benda yang khilap dan remeh
Mereka akan gemar menabur  fitnah dan tomah.

Alim ulamak zaman ini yang hasad
Merupakan satu penyakit yang amat tenat
Kata iman al Ghazali jikalau  ingin bersahabat
Cari lah alim ulamak yang mengingati hari akhirat.

Ini cerita empat ratus tahun dahulu
Ramainya alim ulamak yang dibanggakan
Tidak cari perkara asas tetapi cabang remeh
Jangan kita terjebak dengan alim ulamak begini.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan Kuliah di udara,
Jam 6.30pagi. 10 September, 2011.



BISAKAN DIRI DENGAN KEBENARAN




Biasakan dengan amalan
Orang-orang yang benar dan mahir
Dalam kerja-kerja bebaikan dan kebajikan
lalu kita pun akan terikutikut  menjadi benar

Lihatlah akhlak nabi-nabi
Kebiasaannya menjadi contoh
Kerana kalau terbiasa dengan akhlak
melakukan kebaikan maka banyaklah kebajikannya

Maka eloklah kita biasakan
Mengamalkan dengan akhlak baik
Nescaya ia akan terikut-ikut dengan cara
Benar,jujur, ikhlas dalam membentukan akhlak.


Oleh: Nurimanja,
Pagi hari rabu dua syawal, 1432.


 


Jumaat, 9 September 2011

MASIH CERITA FITNAH






Hari-hari cerita fitnah memfitnah
tidak mudah habis sehingga kini dari zaman nabi hingga dini hari
jagalah diri kamu dengan amalammu yakinkah kamu boleh masuk syurga

 Janganlah kamu buat sesuatu itu
Jangan kamu fikir orang tidak tahu Sebnarnya Allah mengetahuinya.
Kamu menang di kalangan manusia Tetapi gagal di sisi tuhan yang maha Esa.


Jauhilah diri anda dari cerita fitnah
Kerana keburukannya bukan sadikit Sama dengan membunuh saudara kamu
atau memakan daging busuk saudara kamu fikirlah adakah kamu gemar perkara itu?


Oleh : Nurimanja,
Catatan kuliah subuh, Dua bulan yang lalu
21hb. Julai, 2011. Pagi hari.


DARI RAUT WAJAH





 


Dari riak raut wajah
Sesiapa pun boleh membaca
Akan segala isi hatinya yang berserabut
Bersama ungapan kata yang ternyata ada cerita.


Raut wajah kemerahan
Megambarkan ada kemarahan
Wajah tenang boleh dipercayai dan diterima
Harap nyatakanlah rasut wajah yang sebenarnya.

Wajah  yang  sebenar
Mengyakinkan akan segalanya
Orang lain pun boleh membaca dan menerima
Akan peribadi dan juga isi hati kita yang  sebenarnya.


Oleh: Nurimanja,
Caratatan Buat mereka
suka menegak  Benang basah.
31hb, julai, 2011.



Rabu, 7 September 2011

MAHA SUCI ENGKAU TUHAN



 buat ahli bolg Cr.

Subbehanallah
maha suci Tuhan.
Engaku menjadikan alam ini
Buat manusia merenung dengan pancaidera

Kami yang kedil
Terasa asing dibumimu ini
Yang serba indah dan menakjubkan
Ditambah dengan kecangehan serba kemordenan

Dengan ada minda
Mnusia bijak mencipta segala
Sesuatu yang dahulu tidak diketahui
Kini segalanya terbukti dengan teknologi.

Oleh: Nurimanja,
Sajak dalam ramalan sahaja,
Tanggal dua raya 2/9/2011.



Selasa, 6 September 2011

SENGAJA TAK KUCUCI (SM)



 sajak pilihan warga Cr.

Sengaja tak kucuci
jelaga di punggung kuali
Karena kuukir rindu cintaku disana…
Hanya di situ ada cerita tersendiri
pada kemarahan,kebencian,cemburu dan airmata
Telah kucuci bersama piring,sendok,sehabis kau pakai…
Sebarlah jika debu menempel di tubuhmu
datanglah dengan rela mendekat padaku…
akan kupeluk kau dalam dakapan tanganku

Oleh: Rossa Long
Sajak sembolik jiwa2/12 Ogos 2011 3:10 PM
sajak yang membawa musibahdi korea.



Ahad, 4 September 2011

SATU SYAWAL PUN HAMPER KEMERDEKAAN PUN BERULANG

sajak terlewat siar


Begitulah kehidupan ini,
sesekali berlaku perselesehan hari
menyambut dua hari perayaan serentak
dalam selang sehari punya pengertian tersendiri.

Perayaan satu syawal ini,
kerana kemenangan tarbiah kita sebulan
perayaan kemerdekaan pula
kerana kita bebas dari cenkaman pepenjajah
 
ianya punya nilai dan arti,
kecintaan kepada Allah kita berpuasa
sayangkan tanah air yang merdeka,
hidup bebas tidak ada ancaman musuh negera. 
 
 
Oleh: Nurimanja.
sajak terlepas pandang
seminggu sudah siap.tanggal 27hb Ogos, 2011.




Khamis, 1 September 2011

1 SYAWAL RATU AGONG




-buat sahabat CITRARASA


Satu Syawal
kau datang lagi
menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.


Jika kau dedaun emas
yang gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu
untukmu syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..



Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara.
25 November, 2001. sajak lagenda .