Khamis, 1 September 2011

1 SYAWAL RATU AGONG




-buat sahabat CITRARASA


Satu Syawal
kau datang lagi
menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.


Jika kau dedaun emas
yang gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu
untukmu syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..



Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara.
25 November, 2001. sajak lagenda .




30 ulasan:

Pena Utara berkata...

kali ini ana pula nak bercerita kalau en nuri benarkan...


.SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan,membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Bersyukur siang telah menjelma.


ZOHOR:

Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat: Bersyukur korbannya digantikan kibas.


ASAR:

Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

Rakaat pertama: Kelam kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam air laut.
Rakaat ketiga: Kelam malam.
Rakaat keempat: Kelam perut ikan.


MAGHRIB:

Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua:menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.


ISYAK:

Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:terhadap Firaun.
Rakaat keempat:terhadap anak Firaun.


itu cerita asal usul solat dari ana maaf anta juga bercerita...

Pena Utara berkata...

sajak berkaintan dengan satu syawal.
Berbagai andain boleh dirasakan bila tiba satu syawal. isteri terpisah dari suami, anak di perantauan tidak pulang. Si miskin yang cemas tidak berwang, anak-anak di rumag tumpangan, orang tua di rumah kebajikan. dan berbagai lagi...

sebenarnya puasa itulah yang telah mentarbiahkan kita untuk mengenang
semua itu,agar ada rasa keinsafannya...

Jalal Rafzee berkata...

Bulan 8

TERBANG KE LONDON....

1 abang

2 sohibul wakdiamin=SOhibul wakdimin Bin Abdul Wahid

3 Ambuyak=Rahmat Bin Aziz

4 tinta bayu= Wan Hazwan Bin Wan
Zaman

5 Sulaiman Embong=

6 Suara rakyat= Muhamad Nasri Bin Mat zain

7 kembara budiman= Khairul Badri Bin Musa

4 Bulan Terang= Nik Syakir bin Nik Rahim




TERBANG KE KOREA...

1 seri suri=Seri Suriati Bt Ahmad Nor

2 anis syahila=Anis Syahila Bt Muhamad Sanusi

3 puteri bunian= Qashida Bt Badrul

4 diana sanubari=

5 ustazah hamidah= Nur Hamidah bt Hamdan

6 tengku anita= Tengku Anita Bt Tengku Ismail

7 puan rosnah=Rosnah Bt Johari

8 rossa long= Rossa Long Anak Likua Met

Tinta Azimad berkata...

Apa-apa pun yang aku tahu en nuri cukup marah kalau keluarganya tinggal solat subuh....


Kalau nak tidur samapi tinggi hari
jika leteh, tapi kena solat subuh dahulu,

kata hanya orang yang berjaya saja
tidak mengabaikan solat subuh. berbeza dengan aruah ayah en nuri,
dia akan bising tidur tengah hari,katanya , kalau lang langkah,
hidup kita memba sial ...

Tinta Azimad berkata...

Buat mereka yang layak ke luarnegara
bersama tuan haji dan rakannya yang
membiayai, selamat melancung dan cuba lihat kejadian alam yang Allah swt aturkan. Amin


Selamat pergi an kembali, buat jalal dan Atikag hantar-hantarlah laporan kepada ahli Cr.

Abul Hassan berkata...

TETAP MENUNGGUMU

Ku akui kisah ini
terlalu cepat berjalan
Tapi kuyakin hasratku
Coba kusentuh hatimu dengan cintaku
Namun hatimu masih kau tutup erat…
Ku sedar cinta mungkin tak berbalas
Namun ku tetap menunggu
Berharap cintakukan berbalas… sampai kau nyatakan
tidak ada ruang cinta untukku
luka hatimu dengan hangat cintaku
Genggam erat tanganku
Gapai hari esok yang indah bersama
Cintaku kan selalu setia padamu
Beri aku ruang di hatimu…

Abul Hassan
sajak jiwa2 xde idea nak buat sajak puitis jiwa2 je yg sy thu msti kalah lagi ni

Panglima Sakti berkata...

AKU LUPA PERNAH JATUH CINTA

malam gelita aku lupa
ku pernah terjatuh dalam cinta
tak ingat apakah indah rasanya
tapi tak pernah terasa sejuk warna merah megah rangkaian bunga cinta
tak seperti saat ini
seperti selalu dalam rindu
tak ingat apakah sepertinya
tak pernah terasa rindunya hati
seperti indahnya hati detik ini…
aku kembali lupa kembali lupa
kini telah terbutakan semua hatiku

Panglima Sakti
sajak jiwa2 kenangan dulu

Ustaz Sahzan berkata...

JANGAN JIKA TAK MAMPU

Tawaku akan jadi hiasan senyumku
Sedihku akan jadi tangis jiwaku
Jika aku mati kuburkan aku
Jika aku telah pergi
jangan teteskan air mata lara
Jangan menangis jika tiada air mata
Jangan berduka dikala
mampu tuturkan kata
Biarkan aku berlalu dalam senyuman
Agar kudamai menuju Khalidku

ustaz sahzan
sajak penyelesan

Mr David berkata...

3 SIMBOL

Bentuk-bentuk semua terdiam
mulai menjentik jari mereka
Untuk sebuah simbol kehidupan, dimana semua masih putih
tubuh terbagi dalam perasaan ini
Berdiri tegak tangan mengangkat keringat mengalir membentuk kaca
Mata sebagai hati meletup
tangis senyum rebah satu per satu awal bergerak akhir
bagaimana bahasa menangka
menjadi arti tiga simbol…..
elakkan,bantahkan dan kuasai…
mungkin terselip di malam hari
datang dengan setetes embun
semua berjalan bernafas
bicara Selamat pagi selamat malam
setelah tiga simbol menyertai

Mr David
sajak politik simbolik sikit

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdra. Kavin Khairudin dengan sajak cintakan tanah air agak pitriotik juga . bertajuk BUMI DIPIJAK. Bicaranya mudah dan bersemangat untuk anak genderasi muda kini yang sering lupa diri dan sengaja menjadikan diri sebagai pembenci kepada negara sendiri , bila ada iantara mereka yang telah dipergunakan oleh para pemimpin parti politik tertentu yang ada agenda kpentingan peribadi mereka sendiri. Sehingga sanggup pula memutar belitkan fakta sejarah. Layak unuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sajak oleh Mona REMAJA ROSAK AHKLAK. Pembicaraan ini sering diperkatakan malah Sdah naik jemu dan jelak mendengarnya. Teruma sajak ini sesusai dengan umaja di kawasan Teluk Kumbar, memang tak makan saman. Bercakaplah sampai berbuih mulut, dia letak dicelah punggung mereka sahaja. Penyakit ponting sekolah gam dadah dan berdengung ini memang susah.Sebaiknya letak di sebuah pulau diletupkan sahaja. Mak bapa sendiri pun bagaikan angkat tangan. Lantas berkata di depan polis dan Pengetua mengaku (Kami tak tahu nak buat apa).Sajak ini bersaingan dengan sajak pitriotik. Maka terpaksa kami memelih sajak piteriotik. Harap maaf usaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sajak betajuk : KU SIMPAN Maaf sajak sdri. Jessica ini agak lompat dan telah lari dari ciptaan pengucapannya yang sebenar. Kami terpaksa menyusunnya secara rambang . maaf jika jadi tak menentu. Apa pun tema jiwa2 ini kekadang ada cerita sebenarnya. Kekadang boleh juga memberi Pengajaran kepada orang lain. Tetapi jikalau terlalu biasa. Maaf cuma sampai di sini sahaja dan Harap usaha lagi kami cuma memelih satu sahaja sajak tema jiwa2, selain satu tema politik, satu tema piteriotik, dan satu lagi sajak tma ketuhanan.jika ada tema sama kami terpaksa pilih satu yang terbaik. Harap maklum dan usaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sajak Muhamad Akmal dngan tajuk bahasa arabnya; APA ITU KUN FAYAKUN. Bicarana saja tema ketuhanan.Biasa kita dengar dan mudah ditangkap.Jika tuhan berkata dia akan jadi , tidak ada sesiapa boleh mengangkal. Biasanya perkataan ini boleh mengingatkan kita pada kebesaran dan keagongan tuhan ke atas makhluknya.Sebagai orang yang beriman insaf diri dan mengakui akan kelemahan diri membawa petanda yang baik ntuk pembentukan akan keimanan dan juga akhlahknya dalam kehidupan sehariannya. Amin Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Lukiee berkata...

selamat hari raya!!!

Kembara Budiman berkata...

eh! ada cerita asal usul solat plak?

Denilson Fata fat berkata...

x phm la psl asal usul apa plak ni?

Zainal Arfifn berkata...

eh! solat asal usul mcm ni ke?

Harimau Berantai berkata...

mana tahu psl asal usul solat ni?

Jalal Rafzee berkata...

mcm ni rupanya asal usul solat ke?

Raja Muda berkata...

selamat hari raya!

Nurul Syahirah berkata...

dh masuk bulan september dh selamat hari raya!

Puteri Bunian berkata...

selamat hari raya jgn jeles kat ke korea!!! hehehe

Diana Sanubari berkata...

pertama kali raya ke korea? x sabar plak

Rossa Long berkata...

kami akan bergangkat ke oversea hrp boleh jmpa lagi lps ni... hehehe

Tuan Haji berkata...

en nuri kalau nk pegi sy bagi free jer ni

Ummu Akilah berkata...

selamat hari raya!

Mat nOh berkata...

selamat hari raya !

Zain Issac berkata...

asal usul solat mcm ni ke?

Abul Hassan berkata...

pelik jgk asal usul solat ni

Wasiril Aswad berkata...

selamat hari raya!