Khamis, 22 September 2011

NAKHODA(SM)




Kita nakhoda kemudi ke arah bahtera
redah laut kehidupan rentas badai samudera
lihat sana ombak ganas ayuh sama kita tempuh
selagi bahtera kita kukuh anak kapal tiada mengeluh
pastu kita berjaya tuju pulau cita
perhatikan anak kapalmu
takut kalau mereka terleka
ingatkan pada mereka semua
asuhlah dengan bijaksana
letakkan hak pada berhak
jika mereka membantah
gunakan kuat tanganmu
biarlah keras tapi penuh kasih
biarlah tegas tapi penuh sayang
lihat sana destinasi abadi
bahagia pasti anda miliki

 
Oleh: Seri Suri
sajak buat anak murid saya27 Ogos 2011 9:47 PM





30 ulasan:

Tinda Azimad berkata...

ULASAN:

Sdri Seri Suri bersama sajakanya bertajuk: NAKHODA.pembicaraanya merupakan nasihat juga bahawa kehidupan ini umpama bahtera kita ahli pelayarannya. Di lautan yang dalam kita perlu mengumudikan bahtera, disitu kita menemui berbagai acaman laut yang bergelora, ombak ganas badai samudera, berbekalkan agama , apapun tabahkan hati , jangan mengeluh sebelum sampai ke pulau yang di cita.kerana setiap kejayaan perlu menghadapi dahulu segala cabaran dan ujian. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRASWAJAH DITULIS DAN CERITAKAN OLEH: NURIMANJA

Siri Ke Tiga puluh dua (BM)

Keesokannya sebelum matahari terbit pengawal lebah telah bersiap sedia mengarah Putra Wira Syakir untuk melaksanakan tugasnya itu. Alangkah terkejutnya dia bila melihat sarang lebah tualang yang panjang, semacam kawansan yang penah dilaluinya dahulu.

Berbagai bunga banyak yang berkembangan , bau harum yang penuh menawan, dan beberapa ranting bunga banyak yang layu bagai pernah kena cantas, terdapat juga banyak lebah yang mati. Dengan segera pula pengawal berwajah manusia itu memerentah dia melaksanakannya tugas yang telah ditetapkan oleh sang Puteri ratu Lebah itu.

Maka dengan pantas Putra wira Syakir berkerjaran kesana kemari mencari bunga yang banyak berkembangan itu, dan membuka kelopaknya dan meletakkan madu dihujung jarinya dan dimasukan madu bunga yang sadikit itu kedalam sarang lebah tualang. Dilakunnya berkali-kali sehingga dia terasa dirinya kian leteh dan tidak bermaya.

Semua sandiya rasa lemah,hatinya teringat akan sang lemah yang pernah ditolongnya dahulu, “Wahai sang lebah bolehkah tuan hamaba membantu?”kata Putra Wira Syakir dengan suara keletihan.

Tetiba dia terdengar bunyi jawapan, “jangan susah hati, kami ini sedia saja membantunya.” kata salah saekor lebah yang agak besar tubuhnya itu.

“ Kalau benar begitu! Terima kasih, hamba berjanji tidak akan berkelakuan sombong seperti saudara sulung hamba wahai sang lebah sekelian.” kata Putra Wira Syakir dengan penuh harapan minta simpati.

Apabila matahari kian meninggi dia terasa letih dan mahu terlena rasanya sebenatar lagi akan terbenam pula matahari. malah madu disarang lebah tualang masih belum penuh lagi di isi.

Putra Wira Syakir terasa begitu berat kedua matanya tetapi dia cuba melawan, tidak terdaya , lalu dia terus rebah dan lena nampaknya, sang lebah yang banyak itu dengan pastas mengambil alih tugasnya. Mereka segera membantu sebelum mentari terbenam diufuk barat.

BERSAMBUNG.

Pak Ngah But berkata...

RUMAH DUA TIANG

rumah itu dari jauh terlihat
di rembang petang dingin
rapi sekali deretannya
ada tinggi bertingkat berbumbung
ada cuma bertiang batu sungai
namun semuanya sama tiang tetap dua
rumah bertiang dua
tempat pengabdian akhir
sementara tunggunya hari itu
hari akhirnya dunia
bagaimana agaknya si penghuninya
adakah lena dengan aman
bersama haruman bauan syurga
atau juga tengah kesakitan
berteman ular bisa tiada kita tahu
hanya tuhan yang tahu
rumah bertiang dua
kutinggalkan penuh syahdu
berdetik rasa di hati
nanti aku pasti ke sini
pasti jadi penghuninya
namun yang kurang pasti
apakah nasibku nanti
aku mohon yang terbaik
bila aku sampai nanti

Pak Ngah But
sajak pengajaran

Satria Juragan berkata...

BILA KAMU SAKIT

bila kamu sakit aku turut sakit
bila kamu nangis aku turut menangis
bila kamu sedih aku turut sedih
tiada lagi ceria suasana
semua jadi muram kusam tiada indah
gelap malap seakan tiada erti
rindukan tawa hilai gelak manja
keletah mengada rengekan mesra
semua sudah hilang
lemah jiwa terasa sendi membeku
langkah tiada tertuju semua kaku
lesu edaran waktu itulah rasaku
wahai permata hatikucepatlah sembuh
aku mahu berlari seiring denganmu…

Satria Juragan
sajak ketika melawat tunang sakit di hospital

Ku dania berkata...

MENUNGGU TERMANGGU

pujian sanjungan manis mengiris
sangat sadis aku menolak
tak ada keceriaannya disitu
hanya kedukaan terus mengerak sendu
makin lama msesak ke paru-paru
selalu berkata rindu
tak pernah lepas dari syahdu
mendayu terus mendayu aku bukan itu
aku hanya pemburu bukan pencumbu
penat aku dibuathampir pecah otakku
termangu menunggu tinggallah aku
sendiri berlalu berdiri diatas abu

Ku Dania
sajak keresahan

Harimau Berantai berkata...

SINAR

ketika ku buka mata di awal hari
kurasa percik embun pagi
sejukkan mata hatiku
ketika ku berjalan bawah pohon
tak ku dengar kicau merdu
bisikan kata indah
untuk isi ruangku dengan gemaku
tak rasa hangat sinar ditengah hari
tertutup awan kelabu
enggan menyinariku di ufuk barat

Harimau Berantai
sajak keindahan alam

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Pak Ngah But dengan sajaknya bertajuk: RUMAH DUA TIANG sajak. simbolik pada tempat persemadian kita, bila tiba saatnya nanti, kita akan dijemputkan kembali.. Namun tepulang kepada amalan diri masing-masing baik atau sebalik. Pengucapannya penuh peringatan. Buat mereka yang lupa pada hari kematian bila dijemput ke tempat persemadian yang beralamat, jalan bawah , batu dua, pada tiang tulis nama.insaflah diri. Layang dicalunkan seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sajak sdra. Satria Juragan dengan tajuk: BILA KAMU SAKIT. Pengucapan benar dengan apa yang berlaku. Penceritaannya melawat buah hatiatau tunang sakit kebarangkalian. Biasa kesedihan akan berada dimana-mana malah merayap poada setiap tiang dan dinding. Tetapi poenyakit malas pula keluar melalui ruang jendela. Sajak ini kalau diolah dengan baik pasti lebih puitis, Kerna ada persaingan hebat dan sajak-sajak yang mempunyai mesej yang lebih mencabar . Harap maaf penyertaan anada terpaksa berhenti saja di sini. Usahala lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdri Ku Dania dengan sajak keresahan mungkin ada dengan jiwa2 nampaknya ini. Sajak bertajuk: AKU MENUNGGU DAN TERMANGGU. Tajuk yang lebih merangsang , kata orang ada komersilnya, kalau buat cerita filem . Pembicaraannya agak lompat dan sukar menangkap maksud buat mereka yang kurang daya berfikiran kreatif. Apa pun terasa semacam kecewa dengan sikap buah hati yang selalu menjadikan Anda orang yang menunggu dan termanggu bagaikan menantikan buah tidak jatuh. Harap maaf, ada persaingan yang lebih hebat dengan sajak lain. Maka sajak anda terpaksa berhenti disi niusaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sajak sdra Harimau Berantai bertajuk: MENANTI SINAR. Pengucapannya kini kreatif dan puitis, terasa ada sadikit peningkatan. Pembiaraannya kali menyentuh tentang mengharapkan sebuah sinar harapan. Munkin sekian lama menanti agaknya. Hati mengidamkan sesuatu, rasa kekeluargaan, bagai ada suara yang lain mengisi ruang dengan panggilan papa atau ayah, selain bunyi kicauan beberung di bawah pepohon. Maksud sajak ini mungkin ada berkaitan dengan kisah isterinya yang syarat mengandung. Cuma andaian saja. Layak untuk dicalunkan seterusbnya. (SM)

Seri Suri berkata...

sajak ni mmg bertuah sbb sajak ni dpt ke korea... hehehe

Zainal Arifin berkata...

eh! sajak seri suri ni agak menarik

Sharifah AL Habis berkata...

seri suri untung la dia sajak biasa2 je..

Saizul Maizav berkata...

ingatkan sajak puitis yg menang rupanya sajak biasa2 je qalam pilih bulan lps

Qalam Musoffa berkata...

nampaknya qalam pilih sajak berdasarkan snang paham

Wasiril Aswad berkata...

eh! seri suri pun menang jgk ke dulu?

En Sanusi berkata...

sajak bulan lps smua biasa2 je tp snang phm sbb tu menang agaknya

Pak Ngah But berkata...

bila baik je smua org tolong

Yusri Nawab berkata...

pengajaran cerita ni buat baik la sesama makhluk

Nur Atikah berkata...

baut baik tu bagus nnt ada je org tolong

Tanpa Nama berkata...

ergergerg

Tanpa Nama berkata...

3egt4etgfsg

Tanpa Nama berkata...

eggergergregerger

Tanpa Nama berkata...

erberfewgfvdsbdfb

Tanpa Nama berkata...

ergergertw34rewgf

Ummu Akilah berkata...

syakir paling bertuah...

Guest berkata...

mmg untung btol syakir ni

pak Awang berkata...

ada je org tolongd

Gelora Mya berkata...

aik? mmg mudah la keja dia

Lukiee berkata...

goyang kaki la syakir lps ni... hehe