Ahad, 4 September 2011

SATU SYAWAL PUN HAMPER KEMERDEKAAN PUN BERULANG

sajak terlewat siar


Begitulah kehidupan ini,
sesekali berlaku perselesehan hari
menyambut dua hari perayaan serentak
dalam selang sehari punya pengertian tersendiri.

Perayaan satu syawal ini,
kerana kemenangan tarbiah kita sebulan
perayaan kemerdekaan pula
kerana kita bebas dari cenkaman pepenjajah
 
ianya punya nilai dan arti,
kecintaan kepada Allah kita berpuasa
sayangkan tanah air yang merdeka,
hidup bebas tidak ada ancaman musuh negera. 
 
 
Oleh: Nurimanja.
sajak terlepas pandang
seminggu sudah siap.tanggal 27hb Ogos, 2011.




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN .
ULASAN terpulang pada ahli kerana b mudah dan senang menangkapmkasudnya.

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
___________________________________

Siri Ke duapuluh tiga

“Hai manusia durjana! Tuan hamba datang lagi menganggu ketenteraman taaman bunga hamba semua. Elohlah tuan hamba enyah! Segera dari sini , sebelum bala tentra lebah di sini menyerang tuan hamba dan menengat tuan hamba, kami masih ingat tuan hamba telah mencantas bunga-bunga di taman ini. Higga kami mndapatikekurangan madu.” Kata suaru ratu lebah itu.


Mendengar kata –kata suara itu ternyata dahulu saudara sulungnya putra wira Syahir ada melalui jalan ini dan telah merosakkan taman bnga sang ratu lebah ini. Lantas putra wira syakir berkata denganpenoh sopan.


“Maafkan hamba dan suadara sulung hamba sang ratu lebah! Hamba berjanji akan memperbaiki apa yang telah berlaku selama ini, maafkan hamba ,” kata putra wira Syakir. Dengan pantas dia memantu lebah itu mencari madu bunga dan menanam kembali pokok-pokok bunga yang telah dimusnahkan oleh saudara sulungnya itu.


Setelah semuanya siap , putra wira Syakir memohon untuk meneruskan perjalanannya tu. Sang ratu Lebah mengakagumi akan sikap ketulusan dan keikhlasan Putra Wira Syakir itu berbeza dengan sikap saudara sulungnya yang datang dahulu.


“Terima kasih banyak di atas budi baik Tuan Hamba ini, jangan susah, jika ada apa keperluan seru saja nama kami , nescaya kami akan menghantar apa saja bantuan yang dipelukan. “ kata sang ratu lebah itu.

Sebentar kemudian Putra Wira Syakir pun meneruskan perjalanan dengan kuda kesayangannya terus menuju ke puncak mengahala ke Gunung Mentra Alam itu.

BERSAMBUNG.

Tinta Azimad berkata...

15.SIAPA YANG BESAR


Di sebuah pulau ada saekor burung rajawali yang tinggal di atas sepohon pokok yang tidak beranting dan berdaun di tengah pulau itu. Saban hari dia memehati burung lain terbang mlentasi kawasan itu mencari makan.

Sebab tiada burung lain yang lebih besar daripanya makan dirinyalah saja burung yang terbesar dikawasan pulau itu.makan di sebutlah mereka rajawali. Semua warga burung dan anaknya takut kepada rajawali..

Pada suatu hari sedang rajawali memerhati kawasan sekitar dari tempat dia tinggal di atas pokok yang tidak beranting dan berdaun itu, tiba-tiba pokok itu bergerak dan terus melompat ke permukaan air sungai, dia terkejut terus terbang, hatinya berdebar-debar rasa ketakutan.

Rupanya pokok tempat dia berteduh selama ini di atas jangut udang galah yang besar , terasa amat malunya dia selama ini menyaka dirinya yang besar di dunia ini.Esok dengan hati yang pilu dia terbang membawa diri, sehingga kini jarang ditemui lagi..

Sejak dari hari itu itu udang galah pula mengambil tempat dengan mengistiharkan dirinya yang terbesar di dunia ini.semua haiwan dan ikan di atas pulau itu tunduk dan hormat kepadanya.

Saban hari dia mengawasi keadaan sekeling Pada satu hari, tiba –tiba pulau itu begoyang
Ada bunyi seperti suara tmpekan yang kuat, kemudian disusul pula air memancut ke udara dan berlaku pula serentak golombang besar, pulau tempat udang galah raksasa itu Beteduh terus tengelam.

Udang galah raksasa itu terpelanting ke udara, hatinya yang dulu tidak mengenal erti kecil itu , kini tinggal shalus debu terbang ke udara, lalu dia jatuh mnjunam ke dalam
Air, diinya mjadi kecut dan gementar.

Ketahulah dia selama ini dia tinggal di kepala ikan pauhyang begitu besar dan berpuluh kali ganda besar daripadanya..Dia berasa teramatlah malu kepada haiwan dan ikan yang tinggal disitu.lalu dia membawa diri ke hulu sungai. Sehinga kini bentuknya tidak besar lagi.

TAMAT.

Geletek petang berkata...

Peguam Negara diminta bertindak ke atas Anwar (BB)

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Peguam Negara diminta mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan memburukkan institusi kehakiman dan hakim perbicaraan di hadapan orang awam.

taan pembelaan Anwar yang dibuat dari kandang tertuduh dengan tidak bersumpah boleh disifatkan sebagai tuduhan melampau yang merupakan penghinaan terhadap mahkamah.
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, kenya
Katanya, dalam konteks undang-undang, perbuatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebenarnya seperti menghina mahkamah serta mencabar kewibawaan hakim dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Sepatutnya, Peguam Negara harus ambil tindakan tegas dengan mengenakan tuduhan menghina mahkamah di mahkamah lain terhadap tindakan Anwar itu kerana ia boleh mencabar integriti dan kredibiliti sistem perundangan dan kehakiman Malaysia yang telah diamalkan sejak merdeka.


KOMENTAR:

Rakyat sepatutnya menilai siapa
ketua umum PKR ini. Ternyata org
PR sering saja melaksanakan undng
menghalalkan cara utuk kepentingan
peribadi mereka. Jangan sokong jika anda tak mahu diheret di mahkamah Agong Allah.

Geletek Petang berkata...

Pemimpin yang terlalu banyak soal peribadi, karenah, ghoplah, tidak
mematuhi undang-undang rukun negara,
menyembunyikan faktah dan buta sejarah tanah air sendiri, malah menghalalkan cara utk kepentingan peribadi, tidak layak jadi pemimpin masa depan negara ini.

Rakyat perlu merenungkannya untuk
PRU ke 13 ini.

Muhamad Akmal berkata...

APA ITU KUN FAYA KUN

kun fayakun tiada lagi daya
jika itu mahunya
tiada guna dibantah disanggah
kuasa tetap miliknya maha besar
kamu suka atau terima
benci atau tolak jika jadi katanya
tetap juga jadinya
mana mungkin terdaya
berserahlah sahaja
kerana itu sebaiknya
kamu sudah habis usaha dan daya
tawakkal sepenuh jiwa
terima penuh terbuka
itu terbaik buatmu
yakinlah tuhan sayangkan hambanya

Muhamad Akmal
sajak buat bila balik dari sekolah

Jessica berkata...

KU SIMPAN

tersangkut aku dalam penjara hati tak kupercaya aku selalu larut dalam seluruh indah pesonamu
malam ini bintang-bintang angkasa selimuti kau… aku… kita
menjelang pagi embun pagi membasuh seluruh apa yang kita impikan
tinggal sejenak seluruh kenang
aku telah jadi malam mimpimu, selimuti hati dengan gemuruh jiwa
siapa dirimu siapa aku
karena semua benih cinta
satukan dua jiwa manusia
aku simpan segala tentangmu
hidupmu hidupku indahmu
biar kusimpan sampai akhir aku

Jessica
sajak jiwa2

Mona berkata...

REMAJA ROSAK AKHLAK

remaja kita rosak
banyak rosak akhlak
suka melepak susahkan mak bapak
pandai kamu berkata
bijak kamu berhujah
kamu sahaja baik dan elok
usah cepat melatah
cuba selidik dahulu
usah tuduh melulu
jika benar mereka rosak
umengapa tidak dibaiki
asuh secara murni
mereka masih budak
akal tiada terletak
mereka masih mentah
masih tercari mana salah
siapa mahu dipersalah
mahu salahkan siapa
mak bapak,guru,masyarakat,pemimpin
tiada guna kita melatah berbalah
didiklah secara hikmah
asuhlah dengan ilmu
ajarlah dengan hati
titiplah dengan agama
mereka boleh berubah

Mona
sajak buat remaja yg rosak

Kevin Khairudin berkata...

BUMI DIPIJAK

mana bumi kamu pijak
tanah semenanjung bertuah
dari perlis hingga johor
atau di borneo yang kaya
dari sabah hingga sarawak
sama sahaja coraknya bumi malaysia
mana bumi kamu pijak
mana langit kamu junjung
mana adat kamu kendung
mana kasih kamu semai
mana sayang kamu tuai
pasti tetap bersemadi
kasih kita pada pertiwi
pasti tiada berganjak
walau badai taufan menggila
korban nyawa harta habis jiwa raga
pasti tegak kita berdiri
teguh kukuh bak tiang seri
tiada yang lebih utama
itu sumpah setia tertanam lama
pada tanah warisan kita
di sinilah kita berpijak
di Malaysia nan bertuah…

Kevin Khairudin
sajak buat malaysia

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Mr David sajak SIMBOL bertemakan politik sadikit agak kabur pengucapaannya. Apa pun yang kita sedia maklum Cuma PR yang ada tiga symbol dalam satu ikatan pembangkang.Mereka sememangnya ada masalah dalaman kita lihat, keana bagaimana gendang tidak sama dengan tarinya.malah nyanyiannya juga entah kemana. Cakap hari ini tidak boleh diguna untuk hari esok. Dan begitulah seterusnya dengan memutar belikkan segala fakta serta berdolak dalik dalam mnentukan dasar. Kini pengikutnya sedang menilai jatuh bangunnya mereka ditangan atau
Jari pengundi yang memangkahnya. Layak untuk seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Dari Sdra. Ustaz Sahzan dengan sajak penyesalannya ini bertajuk JANGAN JIKA TIDAK MAMPU Temanya tidak dinyatakan sekadar penyesalanan apa pun bicaranya ini, tentang kekecewaan dan minta jangan diberi simpatinampaknya. Apa pun kami Cuma memelih satu sahaja sajak tema jiwa2, selain satu tema politik, satu tema piteriotik, dan satu lagi sajak tma ketuhanan.jika ada tema sama kami terpaksa pilih satu yang terbaik. Harap maklum dan usaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Pangima Sakti sajak bertajuk: AKU LUPA PERNAH JATUH CINTA. Pembicaraan kisah jiwa2
Nampaknya sdra Panglima Saktiagak terkenang kisah lama..Pengucapanya rasa sadikit agak longgar dan perlu diperbaiki lagi Apa pun kami Cuma memelih satu sahaja sajak jiwa, selain satu politik, satu piteriotik, dan satu lagi sajak ketuhanan.jika ada tema sama kami Cuma pilih satu yang terbaik. Harap maklum dan usaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI- PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sajak Abul Hassan (Pemda yang kacak) dengan sajaknya yang bertajuk: TETAP MENNGGU. Sajak Abul kebanyakkan berkisah dengan kisah jiwa2 nampaknya, ada satu atau dua sajaknya yang sadikit menyentuh isu semasa namun masih peribadinya. Pembicaraannya kali ini juga dirunung kasih inta dan sayang. Sehingga setia atau tetap menanti atau menunggu, walaupun orang yang diinta masih engan membuka pintu hatinya. Namun keras hati Abul tetap jua setia dan menanti lotaran suara dari bibirmu kekasih pujaan hatinya.. Apa pun semoga ada jodoh terbukalah hatinya Amin.Diberi peluang untuk sayembara Seterusna.(SM)

Putera damien berkata...

lama x baca cerita kembar ni

Hadi hamzah berkata...

ingatkan dh hbis cerita kembar ni

Pak Hussin berkata...

eh! ada sambung lagi ke? dh lupa psl cerita ni

Geletek Malam berkata...

panjang lagi rupanya cerita kembar ni

Lelangit Biru berkata...

eh! ada lagi ke cerita kembar ni? aduh dh lupa la

Badrolshah berkata...

x ingat dh jalan cerita lama x bca

Saudagar Emas berkata...

pening jgk tinggal lama cerita kembar ni pening jalan cerita

Sohibul Wakdiamin berkata...

ada lagi rupanya ingatkan dh hbis cerita kembar ni

En sanusi berkata...

eh! bukan dulu dh hbis ke en nuri sambung lagi ke?

Emily Osman berkata...

cerita kembar ni best

Panglima Ketot berkata...

panjang jgk sampai siri berapa ni?

Pedang Kesatria berkata...

apa la jd setrusnya kembar ni

Mozaire berkata...

aik? ada lagi cerita kembar ni bukan dulu dh hbis ke?

Dayang berkata...

eh! lupa la cerita ni mcm mana lama x baca

Vijay KUmar berkata...

sebulan cerita kembar ni berhenti ingatkan dh hbis rupanya ada lagi

Abang' berkata...

sambung lagi kisah kembar ni best

Simsalabin berkata...

cerita kembar ni yg aku tunggu2 ni