Isnin, 27 Mei 2019

FIRAUN MENEMPAH JALAN KE NERAKA


.
 

FIRAUN MENEMPAH JALAN KE NERAKA

Firaun nama universal
Hidup ingin jadi pemimpin
Disanjung dikelilingi orang ramai
Kerana mahu  memerintah  dan berkuasa .

Orang inginkan ke Syurga
Tetapi Firaun akan cuba memimpin
Pengikutnya ke jalan menuju api neraka
Baca gambaran ke hadapan dalam surah Hud.

Firaun ingin disanjung dan dipuja
Orang ramai mudah tunduk mengikutnya
Mengarah pengikutnya tanpa ragu dan bimbang
Maka jadilah seperti kebodohan yang cukup melampau .

Oleh: Suara Pulau,
Tanggal 4/05/2014 /6 p
 Siar semula .

.BILA BALIK KAMPUNG HATI PUN SEDIH DAN SAYU





.BILA BALIK KAMPUNG HATI PUN SEDIH DAN SAYU
-Bagan Serai kerian Perak –

Sesekali bila balik Kampung
Hati pun merasa sedih dan sayu
Melihat rumah tua di makan anai–anai
Tiang kian uzur dan condong dinding hampir reput ,
Anak tangga pun ada yang hilang, lantai ada yang patah
Tidak terjaga dan terbela bila semua penghuninya telah berhijrah.

Kitab lama buruk berabuk
Bukan dalam al mari tempatnya
Tetapi di atas alang berlubang dimakan gegat,
Di manakah ada keberkatannya bila disimpan tidak dibaca
Kerana anak cucu yang ada kini gagal metelaah kitab-kitab kuning
Cuma masing-masing telah pandai melontar hukum dan fatwanya sendiri.

Oleh: Nuri manja,
Catatan terkini: kampung tersusun
Perak Darul Ridzuan tanggal 12 /04/2014.

SAEKOR RERAMA





SEEKOR RERAMA

Seekor rerama
Yang terbang di pohon mati
Ternyata  tidak pandai untuk menilai
Erti  sebuah kehidupan yang dilaluinya.

Seekor rerama
Yang terbang di pohon hijau
Kemudian jatuh dan mati meragan
Pastinya dia gagal menilai erti keindahan.

Seekor rerama
Yang terpukau dengan ke indah
Dan sanggup membunuh dirinya sendiri
Kerana gagal menilai erti sebuah kesyukuran.

Oleh: Nuri mana,
Catatan tanggal 19 Ogos, 2014
Jam hamper 10 malam. Gambar cuma hiasan.