Ahad, 5 Mei 2019

HARAPAN JADI KEBENCIAN




 HARAPAN JADI KEBENCIAN
Hari ini   
Bila harapan
Menjadi kebencian
Sesuatu yang amat menyedihkan
Apa pun itulah yang telah terjadi di Malaysia
Bila Melayu bangsa majoriti pecah lima di antara parti
Menjadikan kecelaruan minda anak muda telah ke tidak ketentuan.     

Ternyata
Bila tohmah
Fitnah dan hasutan                                                          
Satu agenda yang kurang menarik
Lagi merugikan bangsa melayu dan Malaysia
Terutama di mata luar Negara dan pentas dunia maya
Malaysia dahulu Negara penderma kini jadi peminta sedekah pula.

Harapan
Satu Gabungan
Yang rakyat Malaysia
Letak kepercayaan dan janji-janjinya
Telah mengecewakan hati rakyat jelata Malaysia
Kerana kenikmatan yang dikecapi selama ini bertukar.
Menjadikan kesusahan, kekecewaan , kemarahan dan kebencian.

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 4.30 pagi
Tanggal 24hb Jun 2018. 8 Syawal.

Tiada ulasan: