Isnin, 27 Mei 2019

HUJAN MALAM







HUJAN MALAM   

Hujan malam!
Kini memberi sedikit kelegaan
Pada musim panas yang panjang
Rasa tekanan  yang memanjang pun menjadi kurang.

Hujan Malam!
Kehidupan seharian pun menurun
Pada pekebun sayuran dan pesawah padi
Kerana dicengkam keresahan yang sangat hebat
Akibat diserang musim panas kemarau dan jerebu.

Hujan Malam!
Kini membawa berita gembira
Pada semua makhluk di alam jagat ini
Kerana munajat mereka telah dipekenankan
Bila Allah menurunkan hujan malam yang diberkati.

Oleh ; Nuri manja,
Catatan jam 4. 30 pagi tanggal 3/03/2014
Gambar Cuma hiasan sahaja .
Buat penghuni rumah orang-orang kampung

Tiada ulasan: