Ahad, 31 Oktober 2010

CINTA TANPA HIDAYAH MERUGIKAN.





Cinta ada dalam giwa dan raga manusia
Cinta hakiki cuma pada Allah dan rasulnya
Cinta juga punya seribu bahasa dan penagang
Cinta  palsu cuma  ada muslihat yang tertentu
Cinta unta tidak terasa beban berat  di belakangnya.
Cinta moyet bertukar pasangan saban hari
Cinta ayam jantan memburu melepas hawa nafsu

Begitukah cinta kita?
Jika cinta kita kepada Allah
Selalulah berusaha beribadat
Cinta kita kepada  Allah  dan rasulnya
Perlu mengatasi cinta buat makhluk lain
Kerana semua cinta pada yang lain tidak abadi.

Oleh: Nurimanja,
Pagi hari,
Rabu 27hb/10/2010.




SATU IKUT DUA ENGGAN



Bila mati seorang anak Adam
Ada tiga saja sudi mengiringimu
Hingga ke pintu alam berzah

Sebenarnya satu aja ikut
Dua lagi enggan  mengikutnay
Adapun yang balik semula
Keretamu dan anak binimu

Maka yang tinggal Cuma satu
amal ibadatmu yang ikhlas
Semasa hidup di dunia dahulu.

Oleh: Nurimanja,
Waktu  dalam kekalutan
Tanggal 2hb Disember, 2009.


Sabtu, 30 Oktober 2010

SEBENARNYA ALLAH GEMAR




Betapalah indahnya alam ini
Jika ada pasangan berkasih sayang
Wujud antara lelaki dan perempuan
Seperti percintaan Adam dan Hawa
Dengan mengikut syariat-syariatNya.

Allah juga gemar melihatnya
Kegembiraan antara dua rumaja
Carilah pasangan di antara kamu
dari  puak, kaum, bangsa berbagai
Jika sesama berkenan itulah jodohnya

Jangan biarkan dirimu sepi
carilah belaian kasih dan sayang
Daripada seorang yang kita cintai
Sesungguhnya Allah gemar melihat
Manusia berpasangan di dunia ini

Jangan biar dirimu dimamah usia
Kerana syaitan berjaya mengoda
Berpasangan sebagai suami isteri
Lebih mesra bila punya anak-anak
lahirnya dari rahim isterimu sendiri.

Oleh: Nurimanja,
Siapa yang maseh bujang
Semoga cepat dapat teransang/
Tanggal 28hb  Oktober, 2010.


LIHATLAH PADA ANI-ANAI




Anai-anai cuma serangga kecil
Hidup kerjasama dan bersatu padu
Membina se buah busut atau pungsu

Mereka ada raja dan pemaisuri ratu
Panglima penghulu dan rakrat jelata
Berkerja siang malam bersatu hati

Betapa pun kita digelar manusia
Makhluk mulia punya berfikiran
Tetapi engan tunjuk rasa toleran

Kita juga ada  raja dan permaisuri
Menteri, panglima, wakil rakyat
Penghulu, ketua, dan rakyat jelata

Tetapi masih juga jauh berbeza
Ada sifat buruk budi dan perangai
Hasad dengki  kutuk dan mengata

Tidak malukah pada anai-anai ini?
Apakah kita manusia lebih buruk
Perangai dari serangga yang melata.


Oleh ; Nurimanja,
27hb  Januari, 1974.
Bila tercangkul srang anai-anai.

Jumaat, 29 Oktober 2010

BEZA KHALID DAN MAKHLUK




Khalid mencipta segala
Kita perlu taat dan patuh
Menjauhkan perkara mungkar
Yakin pada aqidah, qada dan qadar.

Makhluk yang dijadikan
Perlu  ada ketaatan dan patuh
Melakukan apa yang diperentah
Menjauhkan apa saja yang dilarang.

Oleh: Nurimanja,
Catatan  waktu senja kala,
15hb Okotober,  2010.


Khamis, 28 Oktober 2010

BEKERJA ITU SATU IBADAT




Kerja itu satu ibadat
Jika dilakukan dengan  ikhlas
Tunduk dan patuh  kerana Allah swt
Bersesuaian mengikut  hukum dan syariat Allah.

Jika bekeja kuat sekalipun
Rajin , tekun , mesra dan didikasi
Tetapi sampai tertinggal solat lima waktu
berniaga  untung banyak zakat tidak dikeluarkan

 Kerana dalam bekerja ini
ada ibadat khusus dan umum
lakukanlah tetetapan ini dengan syariat
kerana dariNya kita datang kepadanya kita kembali.


Oleh: Nurimanja,
Bolehkan kita melaksana?
Catatan pda 22hb.Oktober, 2010.






Rabu, 27 Oktober 2010

JANGAN LUPA PADA KEMISKINAN KITA DULU




Dahulu kita miskin!
Makan nasi lauk lobak masin
Patah cabai hidup tuang kicap hitam
Itulah kehidupan kita di tanah peneroka.

Kini  penerka Falda!
Kemewahan melimpah ruah
rumah pondok telah bertukar wajah
pekerjaan generasi kini pun banyak berubah.

Diantara dahulu dan kini
Felda telah wujud dua generasi
Perlukah mereka lupa asal usulnya
Zaman tok ayah berbasikal  menoreh getah.

Lewat kebelakangan ini!
Ramai warga felda bermotosikar
Malah anak cucu pula kereta menjalar
Ada pengajian tinggi dan menjadi orang besar.

Tetapi kini kenapa lupa?
ada yang sangup saman pihak felda
rasa bagai manusia tidak mengenang budi
Inilah budaya tidak sepatutnya anak cucu contohi.

Oleh: Nurimanja,
lepas jambatan buang tongkat,
dua tiga bulan yang lalu september2010.




Selasa, 26 Oktober 2010

ANTARA DOKTOR ATAU DUKUN



Doktor dan dukun
Dua-dua pakar perubatan
Kekadang ada juga yang palsu.
Menyamar menecari  kesempatan
Dari mangsa yang kebebalan yang terdesak.

Diantara doktor dan dukun
Doktor   punya akuan pengiftirapan
Dukun  sukar dinilai kecuali ada kejayaannya
Sebenarnya keduanya berniat baik ingin menolong
Orang yang sakit cara morden atau pun cara teradisional.

Jika pembedahan atau sakit keronik
doktorlah terlebih utama  dapatkan nasihat
jika sihir, pemujaan, tangkap hantu itu kerja  dukun
sebaiknya  apa sakit pun bertawakal  kepada  Allah dahulu
doktor dan dukun  cuma  membantu sekadar yang  termampu.

Oleh Nurimanja,
Catatan  apa yang dilihat,
Di antara doktor dan dukun /10/2010.



Isnin, 25 Oktober 2010

DIA INI DANIEL ATAU DIANA




Dia!
Siapa dia?
Daniel atau Diana?
Tiga bulan dulu  dia Diana
Tiga bulan selepas itu Daniel
Mereka kata dia manusia unsya.

Dia!
Berwatak
Dua alam agaknya?
Dia pun kacak orangnya
Memang tubuhbnya  wanita
Ramai orang yang  keliru jadinya.

Dia!
Pendiam
Tidak banyak cakap
Suara lelaki gaya wanita
Lemah lembut ber budi bahasa
Sesekali kita rasa kasihan melihatnya.
 
Oleh: Nurimanja,
Ini semua kuasa tuhan,
Kita  jangan menina mereka.
Catatan 20hb, Oktober 2010.



Ahad, 24 Oktober 2010

BUATLAH RUMAH DI SETIAP TEMPAT




Maka berkatalah Lokman kepada anaknya:
Wahai anakku! Buatlah rumah merata tempat.
Bersahabat dengan hati yang ikhlas kerana allah
Bertemu dan berpisah juga kerana Allah juga
Sahabat memahami isi hati itulah yang terbaik.

Jagalah juga hati jiran-jiran sekeliling kita.
Bukan suka mengata dan  menyakiti hati mereka
Kerana jika kita ramai kawan hidup akan damai
Jika ada seorang sahaja bermusuh kita akan resah,
Tambahlah kawan, bukannya bertambah musuh.

Permusuhan berkawan jangan cuba diwujudkan
Kerana mermusuh seperti akan memendekan rezeki
Jika kita ramai kawan dan ramai jiran damai rasa,
Malah terbuka pintu rezeki dan rahmat panjang umur
Dimana saja kita pergi ada kawan sebagai rumah kita.

Oleh: Nurimanja,
Catatan peceramah bebas,
Di sisi jendela di  ruang udara
Dua tiga hari yang lalu oktober 2010.



JIKA HARI PENUH DENGAN PERAYAAN





Mungkinkah hari cuti akan penuh?
dengan perayaan tertentu di dunia ini
maka terjadilah cuti yang memanjang
beruntungkah bagi pihak pemerentah
bila banyak kerja - kerja tidak dijalankan
kerana hari-hari penuh dengan perayaan
Kalau cuti am di penuhi memanjang
hari-hari persekolahan banyak terhalang
pengajian pekerjaan semuanya terhenti
asyik leka bergimbira menyambut hari cuti
kerana saban hari penuh dengan perayaan
bolehkah kita hidup dengan meraikannya.
Oleh: Nurimanja.
Bila hari penuh perayaan
Teluk kumbar, 10/10/2010

Sabtu, 23 Oktober 2010

SELUANG TIDAK MENODAK BAUNG




Ketaatan seluang selama ini
Kepada kerajaan baung  telah disiakan
Kerana engan menunaikan janji tahunan,
Bagaikan hampa mengharapkan kegembiran
Mengapa nilai ketaatan seluang bagai tidak dihargai.

Kesilapan si  baung  dahulu
Sepatutnya  diambil  buat pengajaran
Bila sudah masuk tiga tahun menolak tuntutan
Bila hati kedua anak isteri seluang telah kecewa
Tidak hairan jika  berlaku pula penyakit berpaling tadah.

Jangan jadi  dirimu munafik,
Cuba mendustai barang apa yang ada
Jika  Allah akan menarik balik segala kemewahan
Bukankah merugikan sebuah kerajaan  yang diharapkan
untuk mengenang jasabakti seluang, hulurkanlah bantuan tahunan..

Oleh: Nurimanja,
bila melihat bajet bonus  x ada 2011
beberapa hari yang lalu Oktober, 2010.


Jumaat, 22 Oktober 2010

PADANG BERGONCANG




Sumatera
Kota  Padang
Bumimu bergoncang
Musibah datang  melanda

Ribuan manusia trperangkap
Ratusan pula pula yang terkorban
Maseh lagi  tidak mengerti  keinsafan
Kemusnahan biasanya mencakup semua.

Iskandar Al wi!
Aku tahu di daerahmu
Maseh dicengkam  kemiskinan
kebelakangan ini tiada lagi kabar berita?

Walaupun kita
Sumatera dan Malaysia
Jaraknya tidak sejauh mana
Kita tetap rumpun agama yang sama

Mengapa kita mesti
Putusankan tali persaudaraan
Di antara darah bangsa senusantara
Deme promokasi  yang dilancarkan Bendera.

Oleh: Nurimanja,
Sajak legenda  4hb, Oktober, 2009.