Kehidupan ini
tersisih dari segala
ketandusan dan kerinduan
yang tinggal cuma kenangan
kerisauan suara hati di dalam
bagai tenat yang tidak dapat diubat.
Lelagu puisi
masih juga berpuput
melewati jendela angin malam
bersama gugusan air mata resah
hasil keperitan derita luka parah
cuma tinggal kenangan mengusik jiwa.
Oleh ; Nurimanja,
Tempat lahirku Di Perak.
29/12/1977
50 ulasan:
2.HANTU TOYOL
Biasanya mereka akan ambil dari bayi perempuan beranak sulung, dalam masa 44 hari kalau waris si mati tidak menjaga kubur itu pasti mereka akan gali kubur itu, kemudian bayi itu akan diambil dari rahim mayat perempuan mengandung anak sulung, untuk
pemujaan . bila syaitan atau hantu masuk dia hidup dan menjadi orang suruhan, untuk buat kerja mencuri wang.
Biasa orang yang bela toyol ini, kita lihat dia, tidak boleh memakai pakaian lebih satu atau dua. sehingga baju itu lusuh koyak baru diganti lain. Tetapi dia duit banyak. Biasanya pada malam jumaat atas pukul 12 malamm nereka
letak bakul di tiang seri tengah rumah. Setelah mereka puja toyol itu pun pergilah mencuri duit simpannan orang.
Toyol ini . biasanya dia tidak mengambil banyak, sehelai dua saja, jika tauke kedai yang belum lagi mengira wang jualannya tidak tidak akan tahu susut wang itu. Jika toyol itu dapat pergi 10 buah rumah kedai , sudah berapa kalau
lima keping duit 50 atau 100. Tetapi ingat toyol ini dia mahu hisap darah, kalau tidak beri dia tidak mahu buat kerja.Jadi tidak hairan orang bela toyol tak boleh gemok.
BUNGA ITU LAYU SEBELUM BERKEMBANG
Bunga itu layu sebelum berkembang
Disaat aku menjaganya
Kelopaknya berguguran satu persatu
Berterbangan dihembus angin
Sebelum sempat aku mengutipnya
Sedang aku menanti ia berkembang
Namun tiada lagi aku impikan
Tiada lagi segala harapan
Kerana semuanya dibawa pergi
Bersama angin pendustaan
Pendustaan sebuah kehidupan
Ia layu sebelum berkembang…
Kadangkala lebih baik
daripada mempunyai perasaan
Kerana terlalu banyak racun
yang merosakkan penawar
Terlalu banyak kasih sayang
kenangan terlalu pahit diingati
Kejahatan terlalu banyak
sehingga terlupa untuk diinsafi
Hidup memang indah
pada yang menghargai kehidupan
Namun masih indah pada
tidak mengerti tentang kehidupan
Kerana hanya mengejar keseronokan
Maka akan alpa pada hakikat…
Kehidupan tidak bermakna apa-apa
Tengku Anita
mentakab
11pagi
MATA KUCING
buntu, terlanjur, tertekan, sesat,
bila memikirkan tentang manusia
dari pandangan mata kucing,
mungkin tidak perlu
untuk kita fikirkannya,
tapi mungkin ada baiknya
kalau kita fikirkan,
kerana mungkin sebenarnya
kita adalah makhluk
tidak asing tapi sebenarnya aneh,
aneh sehingga aku harus
memandang manusia
dari pandangan mata kucing,
semata-mata menghalalkan hidup ini.
Hamba Allah
Kuala Lumpur
sabtu
MAWAR PUTIH DI LORONG
Lorong ini tidak pernah berubah
Cuma tekadang ada pendita tua
Hanya datang mendenai sahaja
Belukarnya tetap sama
Cuma ada diantara durinya
Kini semakin tajam?
Mungkin juga mawar putih
Menjadi semakin hitam..
Kelikir masih besar dan kasar.
Sempitnya tak mungkin jadi lebar…
Lorong ini tidak berubah
Yang berubah hanya debu-debu
Kerana mawar putuh
Semuanya bertukar warna
Di mana keadilan?
Anehnya lorong tersebut
Dipenuhi mawar putih
Yang sentiasa putih kembali
Kembara Budiman
2pagi
UiTM
ULASAN:
Sajak Bunga itu layu sebelum kembang. Daripada Tengku Anita pengucapannya membawa pada kekecewaan atau kemusnahan satu harapan disebabkan wujudnya dalam kehidupan ini cerita pendustaan. Sesekali terasa penulis bagai tidak mahu lagi mempercayai pada harapan kerana kejahatan dan keseronokan sering sahaja menghampakan segala harapan , lebih baik tak usah menyimpan harapan, jika terasa dalam kehidupan ini tidak punya apa apa. Semoga tidak begitu. Amin. Sajak berbau jiwa-jiwa anak muda.
Sajak unit daripada Hamba Allah, bertajuk: Mata kucing. maksud Pengucapannya bagai ada rasa perbandingan,jika manusia meminjam mata kucing untuk melihat.Pastinya tidak berkijit memandang kea rah mangsa untuk mempastikan terkamannya tepat pada sasaran. Lalu menghalalkan apa saja untuk kepentingannya.Ada sadikit berbau politik. Saya teringat pada pedana menteri Israil Musy Dayan.dia pakai toping mata satu. Jadi bila dia kata hitan jangan sapa cuba kata putih. Dialah pengasas bangsa israil menjadi satu bangsa degil. Di negara kita pun ada parti guna lambang mata satu. Fakir sendiri.
Terasa bagai satu pemujaan dan berbau jiwa-jiwa bila membicarakan sajak Mawar Putih Di lorong. Oleh Kembara Budiman. Menceritakan tentang kebimbangan akan Keadaan yang mengharukan hati. bila satu lorong yang maseh setia dan sama saja Pada bila masa, tetapi dipenuh mawar putih yang kian lama berkembang akhirnya akan menjadi layu dan hitam. Namun pada lorong yang sama akan naik kembali dan
perputek lagi beribu mawar putih berkembang. Begitulah keadaannya. Amin.
egerg
ergher
reherher
bila baca pasal toyol teringat plak lagu sudirman dulu...
mana en nuri thu pasal semua hantu2 ni? en nuri dulu pensyarah ke?
byk jgk en nuri buat kajian pasal hantu2 ni...
en nuri berani jgk tulis psl hanu ni? sy x berani sbb bila tulis je malam kena kaco...
eh! cerita pasal toyol plak? hehe
kenapa en nuri cerita asal usul toyol plak ni? tiba terasa plak? hehehhehe
asal usul toyol pun en nuri tulis! hebat! hehe
mana en nuri thu semua hantu2 ni? en nuri ada buat kajian ke?
aku thu pasal hantu2 je tp dgn lebih mendalam x thu plak? hehe
sah! en nuri ni msti dulu bomoh ni sampai pasal toyol pun en nuri thu...
cerita pasal org buat toyol ni pnh jd sy gali liang lahad sbb ada org mati anak sulung setiap malam si suami tunggu di kubur isteri dia sy tnye? semua x thu tp sy thu jgk bila baca en nuri tulis ni..
dulu masa sy jga di kubur pnh jgk berlaku org curi mayat bayi nak buat toyol tp xdpt sbb sy sempat menjerkah mereka msa tu dan kami sepakat buat rondaan malam2...
seram plak baca pasal toyol ni..
eh! biar btol en nuri klau kelahiran anak pertama kalau meninggal ke tunggu ke kt kubur?
dulu msa isteri aku meninggal masa mengandung anak pertama la tp aku x tunggu plak kat kubur sbb xde sape pun bagithu masa tu? takut jgk arwah anak aku tu.. entah2 dh jd toyol skrg?
maaf en nuri kami semua panjaga blog tertarik dgn cerita toyol ni jd nk tulis jgk ulsan...
eh! mcm2 melayu punya kerja? dulu saka skrg toyol plak?
toyol? alamak! meremang bulu roma dh la skrg tgh baca malam2...
apa benda toyol tu? hantu ke?
aku rasa pak ali ada bela saka dan toyol la sbb bila lalu dpn rumah dia aku dgn bini aku rsa seram jer mcm di perhatikan...
kenapa baik sgt toyol tu curi sikit2 jer? hahaha
eh! harap2 xde sapa bela toyol kat flat aku ni klu flat saizul mngkin ada pak ali dgn arwah mak mah...
klu cerita pasal toyol ni org kmpung suka bela
selamat di london xde toyol klu x seram jgk aku baca...
toyol ni suka hisap darah ke? ngeri plak baca...
harap2 semua ahli citra rasa x terlibat dalam perkara yg syirik ni..
toyol ni org bkn islam pun ada ke atau hanya org islam je yg buat bnda2 mcm ni?
bahaya klu bela toyol ni lama2 boleh mati sbb x cukup darah...
toyol? what is that? ghost or elf?
cerita pasal toyol plak? semalam saka dgn babi? hehe
eh! toyol ni klu kt bandar ade x? atau wujud kt kmpung jer?
toyol? seram! harap2 kt perumahan aku xde toyol...
toyol ni fizikal dia mcm mne en nuri?
org bela toyol x tukar baju dia? kenapa plak?
sedih plak bca sajak kali ni..
sajak kenangan ni mmg mengingatkan kembali kenangan sy dulu2...
sayu hati baca sajak en nuri kali ni..
bila cerita pasal toyol ni yg buat sy sedih sbb masa sy di lahirkan dan sampai usia 10thn org tuduh mak saya lahir anak toyol....
kenapa semenjak dua menjak ni sajak sedih je en nuri letak?
menarik jgk sajak en nuri kali ni...
Catat Ulasan