Isnin, 25 Oktober 2010

DIA INI DANIEL ATAU DIANA




Dia!
Siapa dia?
Daniel atau Diana?
Tiga bulan dulu  dia Diana
Tiga bulan selepas itu Daniel
Mereka kata dia manusia unsya.

Dia!
Berwatak
Dua alam agaknya?
Dia pun kacak orangnya
Memang tubuhbnya  wanita
Ramai orang yang  keliru jadinya.

Dia!
Pendiam
Tidak banyak cakap
Suara lelaki gaya wanita
Lemah lembut ber budi bahasa
Sesekali kita rasa kasihan melihatnya.
 
Oleh: Nurimanja,
Ini semua kuasa tuhan,
Kita  jangan menina mereka.
Catatan 20hb, Oktober 2010.



49 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI (4)

KENAPA KITA MENULIS?

1. Kerana ingin mncoba
2. Kebebasab
3. Selalu membaca
4. Tidak mahu diganggu
5. Menimbulkan imanginasi
6. Bagi orang lain membacanya
7. Dapat rasa kepuasan
8. Bila ada ideial iketengahkan.
9. Mencatat situasi semasa
10. Dapat menilai masyarakat semasa.

APAKAH YANG HARUS ADA PADA SETIAP PENULIS

1 Mempunyai bakat dan intelektualnya
2 Memikirkan apa yang sebenar berlaku pada dirinya sebelum orang lain
3 Keberanian kreatifnya mencorak zamannya
4 Tidak menjadi alat mana-mana pihak atau diupah orang tertentu.
5 Tahu menganalisis hal keadaan masyarakat setempatnya
SEORANG PENULIS YANG BAIK
1 Kemampuan yang kuat mengamati sesuatu hal berfungsi
2 Ada kemapuan mengingati sesuatu kembali dalam tindak balas
3 Mempu menyusun satu projek dalam satu bentuk krativiti seninya
4 Mempunyai daya resah gelisah yang kuat untuk meuahkan ilhamnya.

TEMA:
Inilah soal pokok dalam sebuah karya cerpen.
1. Tema
2. Kemiskinan
3. Cara lama
4. Pelajaran
5. Bodoh.

SAMBUNGAN.

nurimanja berkata...

CERITA SE DUNIA: DITAIPKAN SEMULA OLEH ANJ.

KEIKHLASAN YANG SEBENAR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS.
OLEH: NURIMANJA
_____________________________________________________________________


AL KISAH pada zaman dahulu kononnya ada seorang saudagar India yang kaya raya dia tinggal di bandaraya Kasmer. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki. Pertama bernama Abdul Wahid. Kedua bernama Abdul Wahub dan yang ketiga yang bungsu sekali bernama Abdul Wahab.

Ketiga anak lelakinya ini telah diberi pendidikannya sebaik mungkin. Kerana dia orang berharta masalah pebelanjaan tidak timbul sama sekali. Asalkan anak-anaknya
mahu belajar saudagar akan bantu sehingga tamat pengajian.

Setelah belajar bersungguh-sungguh, ketiga anaknya kini semuanya mempunyai kelulusan ijazah dari Universiti tempatan dalam jurusan masing-masing. Sehinggalah mereka bekerja dan beranak isteri dan tinggal di rumah masing-masing.

Pada suatu hari ayah mereka jatuh sakit . Ayahnya meminta ketiga anak-anaknya itu datang untuk diberikan wasiat. Sebelum dia meninggalkan dunia fana ini. Saudagar ini ingin tahu apakah jasa baik yang telah dilakukan oleh anak-anaknya.itu.

Maka datanglah ketiga anaknya itu, sambil mengelilingi ayah mereka dalam keadaan sedeh dan terharu kerana bertambah tua dan keuzurannya. Seketika kemudian saudagar itu pun berkata kepada ketiga anaknya:

“Ayah rasa sudah sampai masanya , Ayah akan kembali kepangkuan Ilahi. Sebelum ayah pergi , Ayah ada satu hadiah dalam kota besar ini. Kota ini cuma layak bagi orang yang benar-benar mempunyai keikhlasan hati yang sebenar” Kata saudagar itu. Sambil memandang kepada ketiga anaknya itu..

Lantas ketiga anak-anaknya itu berpandangan sesama sendiri. Mereka bertiga menjadi terharu bila mendengar erti keikhlasan yang sebenar. Bagaimana untuk melakukannya dalam senjang hidup aku ini? Apa yang telah aku lakukan?

Ketiga-tinga anaknya itu berbisik di daklam hati sambil cuba mengingatkan kembali apa yang telah mereka lakukan sepanjang hidup mereka selama ini. Ketiga anak-anaknya merasa hairan dengan sikap ayah mereka.

“Ayah harap kamu bertiga dapat menceritakan pengalaman kamu selama ini , baik dalam kehidupan seharian dan juga tugasan kamu memberi sumbangan kepada orang perseorangan atau masyarakat sekeliling kamu”.kata saudagar itu lagi.


BERSAMBUNG

Husni Kola berkata...

KASIH YANG ALPA

rasa tersimpan sebuah duka
kasih yang dilakar mengukir luka
kenyataan membeban sukma
bahagia terkandung sengsara
senyuman penawar mata
tapi jiwa bunting derita
bukan mencari paksaan
tapi meminta renungan panjang
tentang harapan diminta tangguh
pada impian yang masih keruh..
kesalahan tertentu milikku
kelemahan sebegitu untukku
persoalan begini mengharap
ruang yang telah penuh
dengan harapan yang lain…
ketahuilah kebencian untuk diriku
tak mampu menjauh tak terdaya menghancur lebur
menjadi mimpimu kemarin
akan dilupai setelah sedar kembalI


Husni Kola
sungai nibong
11malam

Syeikh Al Habib berkata...

MAAFKANKU ANAK KECIL

Menangis anak kecil itu,
di sisi bapanya terkulai layu.
Disapa ibunya tidak lagi bersuara.
Hilanglah punca tiada lagi makna.
Beratapkan langit membiru,
bermandikan darah merah,
anak kecil itu bangkit.
Dentuman kuat itu masih berbunyi.
Sesekali ditoleh ke kiri dan kanan,
di sebalik kesamaran itu,
dilihatnya bergelimpangan terkujur
tidak lagi bernyawa.
Mengalir semula air matanya,
lemah, tidak lagi berdaya.
Lalu ia jatuh, tersungkur di situ.
Terdiam dirinya seribu bahasa,
kerana sesungguhnya,
langsung tidak mengerti apa-apa.
Duhai anak kecil, maafkanlah aku.
Maafkanku tidak buat kau mengerti,
maafkan aku tidak buat kau merasai,
nikmat keadilan dan keamanan.
aku kerana sejujurnya
aku juga kurang mengerti,
mengapa agaknya hidup ini,
tak semudah mimpi dan fantasi.
Maafkan tak pernah aku berjanji,
kerana janji hanyalah janji,
takkan bisa aku tepati.
hanya kata-kata bisa aku tuturkan,
hanya doa aku iringkan bersama.


Syeikh AL Habib
apabila membaca tentang kekejaman israel di palestin

Teksi Manaf berkata...

KACA ITU KERAMAT

Lapan detik meronta menanti
Kelibat indahmu tergamit nostalgia
Menikam jiwaku sekat air mata.
Kesimpulannya mengapa begini?
Mungkin aku sekadar kaca
Jadi bukan pilihan utama.
Tapi kau perlu tahu
Walau kaca namun berharga
Tetap menjadi jendela di istana.
Bila mana kamu tidak lagi
Merasa getaran hebat
Seluruh urat sarafmu.
Bila mana kamu tidak lagi
Merasakan betapa
Hebatnya kata keramat itu.
Bilamana kamu rasa segalanya
Sudah tiada makna.
Pergi saja lari terus.


Teksi Manaf
Klang
2pagi

Qalam Mutiara berkata...

Manusia berbangsa degil ini tidak ada ubat keramat yang boleh menghalang mereka,Melainkan peluru yang tidak bermata, hanya ada dua negara yang mereka geruni Iran
dan Lubnan, PBB tidak akan membuat apa-apa termasuk Liga Arab dan OIC, kerana di belakang mereka ada penyokong negara yang besar dan kuat konon polis yang menjaga keamanan dunia . Hanya menunggu nukliear Iran unuk dilepakan. Hanya itu jawaban yang sepatutnya diberi.Jika tidak keganasan tidak akan berhenti. Amin….

Qalam Mutiara berkata...

Teksi Manaf dengan sajaknya KACA ITU KERAMAT. Pengucapannya bagai mempertikaikan Kenapa manusia eggan menilai kaca yang diangapnya keramat. Sebenarnya (Cuma andaian)
Ada orang melihat sesuatu bagai tidak ada nilai, kerana terlalu banyak, seperti pasir di pantai
dengan intan belian. Mungkin pasir terlalu banyak,maka dia tidak begitu berharga (tapi ada juga orang curi pasir) malah intan belian menjadi rebutan kepada isteri-isteri orang hartawan.

Begitu jugalah dengan kaca kekadang dinilai tidak ada harga, tetapi setiap pemandu teksi saban hari hidup mengunakan pandangannya mencari rezeki Allah dengan cermin kaca teksinya walaupun orang awan sering terlepas pandang,kadangkala kaca ada juga dihias di istana atau mahligai, nilainya tetap sama kurang diberi perhatian sangat, menjadikan kedudukannya tetap setatik. Kecuali kalau kaca itu sudah tiada, barulah mereka mula mengenang akan jasanya.

Hanya orang yang punya rasa daya pemikiran yang seni dan yunit atau (perihatin) dapat menilai akan cermin kaca dan pemandu teksi juga punya peranan untuk membangunkan negara..Sesama kita berdoa agar ada perubahan buat nasib pemandu teksi, agak lama tidak terbela. Syabas! Teksi Manaf

Qalam Mutiara berkata...

KASIH SAYANG ALPA oleh Husni Kola menceritakan tentang kekesalan yang mungkin pernah dilakukan , mungkin juga di atas kealpaannya pada erti kasih sayang sebenar,
menjadikan si dia mula merajuk diri.(ada jiwa-jiwa sadikit.) lalu berlakulah rasa kecewa dan tuduh menuduh hingga menimbulkan sengketa diantara kedua. Ini biasa
berlaku, bila salah seorang bagai tidak memberi perhatian yang agak serius pada kekasihnya. Bila sudah merajuk, susah jadinya bila hendak dipujuk. Sebaiknya yang bersalah.
Mengaku saja semua kesalahan, dan pohon maaf, jika benar kaseh sayangnya masih ada. Pasti dia akan meredhai dan memaafkannya. Amin. Usaha lagi

Tanpa Nama berkata...

erherh

Brader Joe berkata...

mcm2 kena tahu kalau nak start menulis ni?

Pak Awang berkata...

mcm ambik ujian periksa plak bila baca tentang penulisan cerpen ni?

Tanpa Wajah berkata...

ujian mata saya ambik dulu lagi snang dari cerpen? susah jgk nk menulis ni...

Nasruq Haqq berkata...

ilmu persilatan pun lebih kurang mcm cerpen jgk la byk kena thu...

Teksi Manaf berkata...

org yg pandai sastera senang la org biasa yg susah sikit...

Adi Cana berkata...

klu mcm ni cara2 menulis cerpen? pakai x tulis la aku mcm ni susah sgt..

Ali Conan berkata...

en nuri hafal ke smua ciri menulis cerpen ni? patutlah cerpen en nuri best2....

dam catur berkata...

klu ambik periksa kena hafal mcm cerpen ni mmg fail la aku....

Penghibur Diraja berkata...

ingatkan tulis cerpen senang rupanya susah jgk...

Seri Suri berkata...

mcm cerita 3 abdul je? cuma lain sikit jer...

Badrolshah berkata...

wah! en nuri ambik karya p.ramlee ke? hehehe tapi pandai en nuri ubah2 sikit....

Nurul Husna berkata...

eh! ingatkan mcm cerita 3 abdul? rupanya lain sikit...

Mak Mah berkata...

seakan2 cerita 3 abdul versi lain plak? kretif en nuri...

Raja Zaki berkata...

apa bndalah dalam kotak tu? duit ke?

Julia berkata...

kotak tu dpt kat siapa nanti?

Srikandi Juwita berkata...

sambung lagi en nuri suspen sapa dapat kotak tu?

Sudin Ramlee berkata...

kota tu ada geran tanah agaknya?

Ali Omar berkata...

apa bndalah dalam kotak tu sampai hanya org ikhlas je boleh dapat?

Zain Issac berkata...

alamak! bersambung plak? ceritalah la lagi sambungan....

Capricorn berkata...

x sabar nk thu apa bnda dalam kota tu?

Ustaz Sahzan berkata...

rasanya dalam kotak tu kosong kot? saja ayahanda mereka nak uji...

Golok Buta berkata...

dalam cerita 3 abdul xde plak cerita pasal kotak?

Pak Bostamam berkata...

pndai en nuri olah cerita 3 abdul ni jadi cerita lain...

Mat Noh berkata...

ingatkan sambungan cerita 3 abdul td? hehe

Nuri Jaguh berkata...

cerpen kali ni pasal apa plak ni?

Guest berkata...

ada emas agaknya dalam kotak tu?

Mr Casanova berkata...

entah2 ada bom agaknya dalam kotak tu hahahha

Raja Muda berkata...

rasanya ada surat wasiat kot dalam kotak tu?

Olie Pajutdy berkata...

kali ni mmg suspen xthu apa ada dalam kotak tu?

Kembara Budiman berkata...

cerita 3 abdul versi en nuri plak? nmpknya lagi best dari yg asal... hehe

Geletek Malam berkata...

ni 3 abdul yg moden punya ke en nuri?

Saizul Maizav berkata...

ingatkan en nuri ambik bulat2 cerita p.ramlee rupanya ada ubah2 sikit...

Budak Surau berkata...

kenapa guna nama 3 abdul jgk kenapa x guna nama lain plak?

Man Pendek berkata...

hanya yg iklas je dapat kotak? ada intan berlian ke?

Muhamad Rabbi berkata...

entah apa bnda dalam kotak tu x thulah sama ada berharga atau tidak mmg pening....

Firdaus Hassan berkata...

kotak tu kota besi ke kota kayu en nuri?

Mr Aiman berkata...

kotak yg di wasiatkan tu besar mana?

Syafiq Amirul berkata...

kotak emas ke ayah dorg nk bagi tu?

Jalal Rafzee berkata...

terhibur jgk saya baca sampaikan suspen nak ikut seterusnya kotak tu ada apa???

Dang Anum berkata...

sajak utk golongan mak nyah ke? kesian plak baca....