Sabtu, 25 Ogos 2012

1 SYAWAL RATU AGONG





Satu Syawal
kau datang malam ini
menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dengan kegembiraan dan kasih mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.


Jika kau dedaun emas
yang gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu
untukmu syawal maafkan daku zahir batin.
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..


Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara.
19hb Ogos 2012 / 1 Syawal 1433
25 November, 2001.








SATU SYAWAL DENGAN 3 EPISUD



cuma buat renungan 

Episud 1.
Satu syawal
waktu kedenginan
mencengkam malam
bergema suara takbir dan tamit
di hujung menara sebuah majid
kerana esok ada pesta
hasil kejayaan besar
muslimin dan muslimat
dari pengobanan
ibadat sebulan.

Episud 2.
Satu syawal
anak bulan di atas kubur
di pagi syadu kelihatan
dari celah daun
ranting puding
terdengar bisikan
mendayu suara sendu
seorang isteri bergelar balu
menangisi pusara suami
yang telah kembali
kepangkuan illahi.

Episud 3.
Satu syawal
Datang menjengok
kamar anak perantau
senyumnya bagai dipaksa
hatinya dipagut resah
kerana jauh di rantau orang
di jendela duduk terkenang
air mata pun jatuh berlenang.
bila terdengar takbirraya
lantaran jauh dari ayah bonda
hati rindu sanak saudara

Oleh; Nurimanja, Qalam Mutiara,Tinta Azimad,
 Pena Utara. dan Pena runcing.
Pulau Burneo