Rabu, 31 Disember 2014

DOA MAHA SUCI ALLAH SWT





Maha suci Allah SWT
Menjadikan langit dan bumi
Membenarkan aku menyedut udaramu
Dan melayakkan aku masih hidup dan bernafas

Maha suci Allah SWT
Segala ibadatku, hidupku dan matuku
Kepadamu yang berkuasa  memerentah sekelian alam
Tidak ada sekutu bagiMu dan aku sesungguhnya orang Islam .

Oleh:  Nurimanja
Tanggal 29. 12.2014
Catatan Pagi Isnin hari kelahiran.
  





Selasa, 30 Disember 2014

YA ALLAH AKU DAN PERJALANAN





Ya Allah!
Perbaikilah diriku
Dalam perjalanan yang sadikit
Berikan aku ikhlas dan istiqamah.

Ya Allah!
Aku ini lemah dan dhaif
Banyak melakukan noda dan dosa
Ampunkanlah segala kesalahanku ini.

Ya Allah!
Perjalananku ini hamper tamat
Biarkanlah aku berada di jalan lurus
Bukan jalan orang-orang yang menyesatkan.

Oleh: Qalam Mutiara,
tanggal 3 Mei, 2014. Jam 4.30 pagi
Gambar Cuma hiasan .


Ahad, 28 Disember 2014

SERIBULASIKAN




Sabar itu
amat mulia dan baik
akan merasa ketenangan pada dirinya.

Seribulasi
Sikap mendekatkan
Semangat berdampingan diri pada Allah.

Demi ujian
Lalu ditaati semua ibadat
Semuanya dilakukan  kerana Allah SWT

KepadaNya
Kita merasai kemanisan
Ketika madu kita dapat dalam ibadat zahiriah.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Tanggal 18  April 2014.

BICARA KITA SESAMA KITA DI BLOG SAHAJA






Maaf rakan!
Kami Cuma suka berseloka
Khasnya buat kita sesama kita
Jangan rasa ragu dan bimbang
Kita sekadar cuma sembang-sembang?

Cerita yang baik
jadikanlah tauladan
cerit yang buruk jadikalah sempadan
Kita sesama kita bagaikan air
Mana mungkin jika dicincang boleh putus?

Justeruitu ingat!
Lapangkanlah dada
Terimalah  dengan seikhlas hati
Bahawa hidup ini cuma sementara sahaja
Berbicaralah sebelum kita meninggalkan dunia fana in….

Oleh Pena Utara
Sajak Percubaan anak muda kita
Catatan 22hb Mei, 2014.