Rabu, 31 Disember 2014

DOA MAHA SUCI ALLAH SWT





Maha suci Allah SWT
Menjadikan langit dan bumi
Membenarkan aku menyedut udaramu
Dan melayakkan aku masih hidup dan bernafas

Maha suci Allah SWT
Segala ibadatku, hidupku dan matuku
Kepadamu yang berkuasa  memerentah sekelian alam
Tidak ada sekutu bagiMu dan aku sesungguhnya orang Islam .

Oleh:  Nurimanja
Tanggal 29. 12.2014
Catatan Pagi Isnin hari kelahiran.
  





20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MENUNGGUMU

KENANGAN LALU MENGIMBAU KEMBALI
KEHADIRAN KAU MEWARNAI DIRI
MENGAPA INI HARUS TERJADI
KU FIKIRKAN KAU HANYA BERBICARA
TAPI TERNYATA KAU BUKAN MANUSIA
HATIKU KAU CARIKAN HINGGA TERLUKA
KAU MEMANG GADIS YANG DURJANA
KINI AKU MASIH SEPI DISINI
MENUNGGU SESUATU AKAN TERJADI
KU LIHAT RAMAI YANG MEMERHATI
TAPIKU MASIH MENUNGGUMU
WALAU DINIHARI

Hassan Abu
sajak buat bekas tunang
31.7.2015

Tanpa Nama berkata...

GADIS DIATAS BANJIR

aku berdiri dijendela
memerhati gelagat manusia
tapi mataku terpaut kepada
seorang gadis berdiri atas banjir
tegak berdiri tanpa bergerak
berkaca mata dan kulit putih mulus
mata bulat bagaikan bola ping pong
berpayung di tengah air banjir
aku tersenyum melihatnya dari jauh
mahu rasanya aku menegur sapa
tapi itu semua tak pernah terjadi
kerana aku ketika itu
terpenjara dirumah sendiri
hanya memerhati dia dari jauh
setelah hingga 10 minit memerhati
tiba-tiba gadis itu berpaling?
dia tersenyum pula melihatku
aku segera berpaling ke bawah
pada ketika itu aku dapat rasakan
mungkin dia juga menyedari
aku diatas disini

Hero Kampung
Sajak ketika duduk dalam rumah nk keluar tak boleh sbb smua dh tenggelam banjir kt kulai krai
30.12.2014

Tanpa Nama berkata...

MANUSIA KINI SEMAKIN GILA

manusia oh manusia
kenapa kulihat ramai yang gila
sanggup buat saja
ada gila kuasa
ada juga yang gila nama
ada yang gila rupa
ada juga yang gila bila dipuja
takku sangka ramai kini sudah gila
gila-gila mereka disana
mungkin disini aku lebih gila
kerna mereka gila ada sebabnya
aku disini gila mungkin selamanya

Othman Hamzah
sajak ketika melawat rakan baik muhamad rabbi dlu ahli citra rasa tp yg kini di wad sakit jiwa ditanjung rambutan
8.8.2014

Tanpa Nama berkata...

AKU CUBA KEJAR

aku cuba lari dari dunia
kerna makin dicari makin aku gila
aku cuba kejar kejayaan
tapi kejayaan tak terlihat
mungkin kerna aku yang dikejarnya
aku cuba kejar cita-cita
tak mungkin juga aku dakapi
kerna aku tiada cita-cita
semakin dikejar semakin hilang
diri semakin lelah
aku cuba berdiri kaku
menunggu siapa yang tinggal
aku lihat sekeliling
tiada yang masih tinggal
aku cuba kejar apa mereka kejar
tapi aku sendiri taktahu haluannya
mereka semua mengejar yang pasti
sedangkan aku kejar yang tak pasti

Penduga Akal
Teluk Kumbar
5.7.2014

Tanpa Nama berkata...

GADIS MISTERI

Gadis misteri datang
dalam mimpi berhari-hari
apa yang nak disampaikan
apa yang nak dikhabarkan
mungkin juga kehadiran itu
hanya mainan tidur
mungkin juga si gadis jodohku?
ah! tapi ia hanya gadis fantasi
benar aku kerap melihat wajahnya
tapi sayangnya cuma mimpi
bukan realiti yang selalu ku impi
kerna tak tertahan berduka dihati
kerana mimpi hanya mainan semata

Bayangan Illustrasi
sajak ini sy buat ketika kerap bermimpi gadis misteri lps berubat bru x mimpi lgi kata ustaz tu ada puteri bunian minat kt sy
1.9.2014

Tanpa Nama berkata...

SEJAUH MANA CINTA KITA

Di manakah letak kasih LailaMajnun
Berapa jauhkah jaraknya Adam Hawa Setandingkah kita pada mereka
Cinta kasih dan sayang...
sesuatu kurnia dari Tuhan
Hati dan perasaan tidak dapat
membohongi dengan kelakuan
Jauhnya jarak diantara kita
Tidak pernah menjadi penghalang
Bezanya tanah yang kita pijak
Tidak pernah menjadi pemisah

Muna Baidura
Kuala Kangsar
8.1.2014

Tanpa Nama berkata...

PENYAIR DAN PELUKIS

Inginku menjadi seorang penyair
memegang pena didadanya
Inginku menjadi seorang pelukis
yang bisa menterjemah seraut wajah
Tapi bicara tanpa nama.
Senyuman tanpa makna.
Mungkin ini memadai lebih selamat
tanpa perlu terasa apa-apa.
Detik yang dikongsi
punya erti tersendiri.
Tetap sesuatu mengetuk pintu hati
biarkan saja berlalu pergi.

Pak Ya Nyabo
sajak terkenang nostalgia semasa muda-muda di pulau pinang
9.12.2014

Tanpa Nama berkata...

DERAI KACA

Perpisahan umpama derai kaca
bila retak ia pecah dan berwarna
mengingati kenangan silam
hikmah yang terbina
tersergam indah menakluk hatiku
terperuk aku dalam ruang lena
tercantas kelemahan dulu
redah rintangan bicarasampai habis
dapatkan kejayaan paling manis

Keris Berlian
sajak kenangan ketika di Batang Berjuntai
8.7.2014

Mursyidi Awit berkata...

NAMA PESERTA WAJIB KENA HANTAR SAJAK KALAU TAK HANTAR KENA DAULAT EN NURI KENTUT BERDARAH? JALAL YANG KATA AKU PUN XTAU BETOL KE TAK? TAPI JALAL KATA KISAH BENAR? APAPUN SAJAK WAJIB KENA HANTAR... RISAU JUGAK KALAU JADI BETOL Ni...

PB (Penjaga Blog)

1.Adiwira Semesta
2.Othman Hamzah
3.Haji Mustapa
4.Datin Hasnah
5.Pahlawan Terbilang
6.Srikandi Dunia
7.Datuk Sri Adnan
8.Keris Berlian
9.Dennis Chong
10.Rachel Tan
11.Bayangan Ilustrasi
12.Penduga Akal
12.Pak ya Nyabo
13.Untie Eha
14.Kak Ros
15.Panah Angkasa
16.Halilintar Hutan
17.Tan Sri Kwok
18.Abang Japp
19.Pak Akop
20.Hero Kampung
21.Sageenta Kuri
22.Hassan Abu (PB)
23.Wak Kelana
24.Chow Chee Wong
25.Mursyidi Awit (PB)
26.Maududi Helmi (PB)
27.Junaidi Jumai (PB)
28.Yahya Husin (PB)
29.Quratul Aini (PB
30.Hamid Man
31.Brandon Ali (PB)
32.Muna Baidura (PB)

hanya ada 8 org penjaga blog ambik bahagian buat yg terbaik hrp2 kita boleh kalahkan ahli blog... hehehe

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kamasih! Sajak akan diulas akan diterbitkan hari sabtu 4 buah sajak dan sabtu 4 buah sajak Okey!

nurimanja49@gmail.com berkata...

9.MENUNGGUMU

KENANGAN LALU MENGIMBAU KEMBALI
KEHADIRAN KAU MEWARNAI DIRI
MENGAPA INI HARUS TERJADI
KU FIKIRKAN KAU HANYA BERBICARA
TAPI TERNYATA KAU BUKAN MANUSIA
HATIKU KAU CARIKAN HINGGA TERLUKA
KAU MEMANG GADIS YANG DURJANA
KINI AKU MASIH SEPI DISINI
MENUNGGU SESUATU AKAN TERJADI
KU LIHAT RAMAI YANG MEMERHATI
TAPIKU MASIH MENUNGGUMU
WALAU DINIHARI

Hassan Abu
sajak buat bekas tunang
31.7.20151 Januari 2015 2:29 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: MENUNGGU

Thema kekecewaan kisah putus tunang agaknya, Gaya pengucapannya ada kemampuan dan harapan untuk terus berpuisi, mesej yang hendak disampaikan cuma menunggu jawaban yang belum terjawab agaknya? Sehingga kini terus menanti sehingga menyesal pada rakdir Ilahi kenapa harus terjadi? Harap maaf cuma disini sahaja usaha lagi .

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

10.GADIS DIATAS BANJIR

aku berdiri dijendela
memerhati gelagat manusia
tapi mataku terpaut kepada
seorang gadis berdiri atas banjir
tegak berdiri tanpa bergerak
berkaca mata dan kulit putih mulus
mata bulat bagaikan bola ping pong
berpayung di tengah air banjir
aku tersenyum melihatnya dari jauh
mahu rasanya aku menegur sapa
tapi itu semua tak pernah terjadi
kerana aku ketika itu
terpenjara dirumah sendiri
hanya memerhati dia dari jauh
setelah hingga 10 minit memerhati
tiba-tiba gadis itu berpaling?
dia tersenyum pula melihatku
aku segera berpaling ke bawah
pada ketika itu aku dapat rasakan
mungkin dia juga menyedari
aku diatas disini

Hero Kampung
Sajak ketika duduk dalam rumah nk keluar tak boleh sbb smua dh tenggelam banjir kt kulai krai
30.12.20141 Januari 2015 2:35 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: GADIS DIATAS BANJIR

Thema terlalu biasa kisah orang muda punya biasa, Gaya pengucapannya ada sadikit semacam cerita pendek musim banjir ,Apa pun anda ada kemampuan untuk terus menulis Harap jangan berhenti, anda perlu mencari ugapan kata yang lebih kreatif dan puitis. Maaf cuma di sini sahaja dahulu usaha lagi ?

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

11.MANUSIA KINI SEMAKIN GILA (LS1)


Manusia oh manusia
kenapa kulihat ramai yang gila
sanggup buat apa saja
ada yang gila kuasa
ada juga yang gila nama
ada yang gila rupa
ada juga yang gila bila dipuja
takku sangka ramai kini sudah gila
gila-gila mereka disana
mungkin disini aku lebih gila
kerna mereka gila ada sebabnya
aku disini gila mungkin selamanya

Othman Hamzah
sajak ketika melawat rakan baik muhamad rabbi dlu ahli citra rasa tp yg kini di wad sakit jiwa ditanjung rambutan
8.8.2014 1 Januari 2015 2:37 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: MANUSIA KINI SEMAKIN GILA

Thema kisah kehidupan manusia sejagat, Gaya pengucapannya menarik tetapi perlu mencari daya kekuatan untuk menyusun kata-kata yang lebih puitis, mesej juga menarik kenapa ramai manusia jadi gila, mungkin ada sebabnya? Seorang penulis puisi perlu mempunyai jiwa perasa , dia akan mencatat apa yang menyentuh jiwa atau hatinya.Harap penulis tidak pula menjadi gila? Layak untuk sayembara seterusnya (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara.


nurimanja49@gmail.com berkata...

12.AKU CUBA KEJAR

aku cuba lari dari dunia
kerna makin dicari makin aku gila
aku cuba kejar kejayaan
tapi kejayaan tak terlihat
mungkin kerna aku yang dikejarnya
aku cuba kejar cita-cita
tak mungkin juga aku dakapi
kerna aku tiada cita-cita
semakin dikejar semakin hilang
diri semakin lelah
aku cuba berdiri kaku
menunggu siapa yang tinggal
aku lihat sekeliling
tiada yang masih tinggal
aku cuba kejar apa mereka kejar
tapi aku sendiri taktahu haluannya
mereka semua mengejar yang pasti
sedangkan aku kejar yang tak pasti

Penduga Akal
Teluk Kumbar
5.7.20141 Januari 2015 2:39 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: AKU CUBA KEJAR

Thema.Rasa tertekan dg keresahan hidup nampaknya:, Pengucapannya juga ada kemampuan, mesej semacam menyentuh dikejar kemelut dlm kehidupan si penulis agaknya . Bila kita tidak mempunya tugas dan kerjaya berbagai andaian rasa cemas sering menghantui dan berlegar atau bermain di kepala otak kita.Jesteruitu kita perlu mengisi kendiri kita dengan tugas atau kerjaya dalam kehidupan, jika dibiarkan akan memudaratkan kehidupan kita . Layak untuk seterusnya (LS2)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Esok kami terbit empat lagi puisi yang kini masih lagi belum diulas oleh QM . Harap maklum.


Makasih bagi anda yang meyertai eayembara di blog Citra rasa ini

Buat yang layak sediakan sajak kedua pula untuk seterusnya . Bagi yang kurang bernasib baik usaha lagi. Okey Selamat menulis.

Pb1,

nurimanja49@gmail.com berkata...

Oh ya! Sempena maulidurasul hari ini, Kami bagi warga blog Citrasa Nurimanja , mengucapakan selamat merenung kisah junjungan Nabi kita: Muhamad SAW sebagai nabi akhir zaman. Semoga kita dapat mengambil pengajaran sebagai membawa rahmat seluruh alam . Amin.

Dari kami Pb1 dan Pb2 .

nurimanja49@gmail.com berkata...

13.GADIS MISTERI (LS2)

Gadis misteri datang
dalam mimpi berhari-hari
apa yang nak disampaikan
apa yang nak dikhabarkan
mungkin juga kehadiran itu
hanya mainan tidur
mungkin juga si gadis jodohku?
ah! tapi ia hanya gadis fantasi
benar aku kerap melihat wajahnya
tapi sayangnya cuma mimpi
bukan realiti yang selalu ku impi
kerna tak tertahan berduka dihati
kerana mimpi hanya mainan semata

Bayangan Illustrasi
sajak ini sy buat ketika kerap bermimpi gadis misteri lps berubat bru x mimpi lgi kata ustaz tu ada puteri bunian minat kt sy
1.9.2014 1 Januari 2015 2:43 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: GADIS MISTERI

Thema ilusi dalam mimpi , mesej mungkin penguasaan di bawah sedar. Dengan kata lain kita dikuasi makhluk halus yang ingin bersahabat? Seperti gadis misteri yg datang di dalam mimpi selalu terjadi? Kalau kita bersetuju bersahabat dg niat baik munkin boleh jadi dukun terkenal dalam perubatan tradisional. Apa pun pengucapanya masih perlu diperbaiki lagi untuk lebih bertenaga kreatif dan puitis.? Diberi peluang utuk layak seterusnya (LS2)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...


14.SEJAUH MANA CINTA KITA

Di manakah letak kasih LailaMajnun
Berapa jauhkah jaraknya Adam Hawa
Setandingkah kita pada mereka
Cinta kasih dan sayang...
sesuatu kurnia dari Tuhan
Hati dan perasaan tidak dapat
membohongi dengan kelakuan
Jauhnya jarak diantara kita
Tidak pernah menjadi penghalang
Bezanya tanah yang kita pijak
Tidak pernah menjadi pemisah

Muna Baidura
Kuala Kangsar
8.1.2014 1 Januari 2015 2:45 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: SEJAUH MANA CINTA KITA

Thema kisah cinta nampaknya, Pengucapannya menarik jika dapat disusun dengan lebih berhati2 lagi . Mesej kisah orang muda punya biasa .Dalam fantasi seorang anak muda yang sedang bercinta berbagai fantasia atau hayalan boleh diandaikan . sehingga ada yang pernah berkata bahawa dunia ini ana yg ampunya. Apa pun ada kemampuan utk terus menulis tetapi sebaiknya cari thema yang bukan kisah orang muda punya biasa . Okey Maaf Cuma disini saja usaha lagi.

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...


15.PENYAIR DAN PELUKIS (LS1)

Inginku menjadi seorang penyair
memegang pena didadanya
Inginku menjadi seorang pelukis
yang bisa menterjemah seraut wajah
Tapi bicara tanpa nama.
Senyuman tanpa makna.
Mungkin ini memadai lebih selamat
tanpa perlu terasa apa-apa.
Detik yang dikongsi punya erti tersendiri.
Tetap sesuatu mengetuk pintu hati
biarkan saja masa berlalu pergi.

Pak Ya Nyabo
sajak terkenang nostalgia semasa muda-muda di pulau pinang
9.12.2014/ 1 Januari 2015 2:50 PG
SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: PENYAIR DAN PELUKIS

Thema nostalgia waktu muda belia dahulu. Namun mesej masih juga sama dengan kisah orang muda punya biasa masih terkenang kemasa dahulu .Cuma Pak Ya Nyabo ada bercita2 ingin jadi Penyair dan pelukis , namun pengucapannya masih juga mengelirukan , jika disusun lebih berhati2 dan mencari perkataan yang sesusai pastinya lebih bertenaga kreatif dan puitis lagi . Okey diberi peluang untuk layak seterusnya (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara.


nurimanja49@gmail.com berkata...



16.DERAI KACA

Perpisahan umpama derai kaca
bila retak ia pecah dan berwarna
mengingati kenangan silam
hikmah yang terbina
tersergam indah menakluk hatiku
terperuk aku dalam ruang lena
tercantas kelemahan dulu
redah rintangan bicara sampai habis
dapatkan kejayaan paling manis

Keris Berlian
sajak kenangan ketika di Batang Berjuntai
8.7.2014/1 Januari 2015 2:57 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: DERAI KACA

Thema kenangan perpisahan, Pengucapannya lebih menarik jika pengunaan perkataan yang tepat dan tidak mengelirukan, lebih memberi kesan dan rasa keyakinan khalayak membaca seterusnya. Mesej yang hendak disampaikan juga terasa sadikit meragukan kami gagal menangkap maksudnya walaupun dalam Cuma kenang perpisahan?. .Apa pun harap usaha lagi dan terus menulis Maaf Cuma di sini .

Oleh: Qalam Mutiara.