Ahad, 28 Disember 2014

BICARA KITA SESAMA KITA DI BLOG SAHAJA






Maaf rakan!
Kami Cuma suka berseloka
Khasnya buat kita sesama kita
Jangan rasa ragu dan bimbang
Kita sekadar cuma sembang-sembang?

Cerita yang baik
jadikanlah tauladan
cerit yang buruk jadikalah sempadan
Kita sesama kita bagaikan air
Mana mungkin jika dicincang boleh putus?

Justeruitu ingat!
Lapangkanlah dada
Terimalah  dengan seikhlas hati
Bahawa hidup ini cuma sementara sahaja
Berbicaralah sebelum kita meninggalkan dunia fana in….

Oleh Pena Utara
Sajak Percubaan anak muda kita
Catatan 22hb Mei, 2014. 

7 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...




1.MISTERI BAYANGAN

Kaki ini masih berdiri
tegak kaku di hadapan
bangunan tak berpenghuni
semua aku lihat bagaikan halimunan
aku masih kekal teguh berdiri
cuma angin yang menemani
unggas yang berterbangan keriangan
bagaikan menyindir kehadiranku ini
aku masih berdiri di tiang panjang
melihat tiada masih belum datang
aku berpaling ke belakang
apa ku lihat hanya satu
bayangan memerhatikan aku
tapi kaki ini ku rasakan
bagaikan sudah didasar tanah
aku cuba pejamkan mata
aku harapkan sinar akan di temui

Hamid Man (penjaga blog)
Pondok Upeh
1.8.2014
26 Disember 2014 5:49 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2014

MISTERI BAYANGAN
Sdra Hamid Man dengan misteri Bayangan thema semacam berada dalam fantasi sahaja, pengucapannya juga kurang jelas dan kabur untuk mencari sesuatu yang mungkin diluar jangkauan hati dan perasaannya . Mesej seperti mengharapkan sesuatu sinar tetapi masih menemui bayangannya sahaja . Apa pun dalam fasrah ada perasaan mengharap sinar . Layak untuk seterusnya (LS2)

Oleh: Qalam Mutiara,

nurimanja49@gmail.com berkata...

2.SEORANG TUA DAN PERAWAN TUA

aku di tengah lautan manusia
mencari seseorang yang membantuku
tapi aku cuma terlihat
seorang tua di landasan
cuba melintas jalur
melintang di lantai bumi
aku cuba untuk membantu
tetapi belum kaki ni mahu melangkah
aku cuba palingkan pandangan
pada seorang perawan tua
terpinga ditengah lautan manusia
aku mahu melangkah ke sana
tiba-tiba aku terjatuh
rupanya aku hanya di alam mimpi

Pak Akop
Seberang Jaya
6.2.2014
26 Disember 2014 5:52 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2014

SEORANG TUA DAN PERAWAN TUA
Pak Akop dengan thema fantasi dalam mimpi. Pengucapannya bagaikan membaca sebuah cerita dalam perjalanan lautan manusia tetiba jumpa seorang perawan tua , lalu terjatuh , bila diri sedar cuma dalam sebuah mimpi yang terjaga.Maaf Cuma di sini dan cuba lagi lain kali.

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

3.MASA LAMPAU ATAU MASA DEPAN

semalam aku bermimpi
mimpi aku berjumpa diri sendiri
diri aku bagaikan berbeza sekali
aku nampak diri aku masih kecil
bagikan baru 10 tahun
tak mengerti apa-apa cuma bermain
tanpa memikirkan orang lain
hingga keringat membasahi diri
tapi ia tak peduli semua itu
main hingga tak mengerti lelah
ketika aku mahu menghampiri
aku lihat budak itu menjadi besar
bagaikan usianya 3 kali ganda
walau wajahnya makin tampan
tapi raut wajahnya sedikit sugul
aku bingung memikirkannya
adakah ketika sudah dewasa nanti
aku makin sugul begini?
aku harap mimpi sekadar mimpi
kerna aku kini belum sempurna

Abang Japp
sungai petani
19.6.2014
26 Disember 2014 5:56 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2014

MASA LAMPAU ATAU MASA DEPAN
Abang Japp juga membawa thema fantasi dalam mimpi . Pengucapannya membicarakan masa lalu dan hadapan , penceritaan masa kecil atau lampau boleh diterima tetapi masa depan atau dewasa , sadikit kurang menyakinkan. Maksud yang hendak disampaikan masih dalam keraguan. Maaf Cuma disini usaha lagi.

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

4.HARAPAN YANG HILANG

MUNGKINKAH SESUATU AKAN BERLAKU
KERANA HIDUP BAGAIKAN FATAMORGANA
DUNIA BAGAIKAN TANPA PENGHUJUNGNYA
CUMA BAYANGAN PERGI TANPA RELA
HILANG CUMA MIMPI TANPA NYATA
KIASAN UMPAMA ILUSTRASI
KAYANGAN TAK MUNGKIN ADA
HARAPAN HILANG BERSAMA DUKA
GEMBIRA HANYA SEMENTARA
MATI TANPA NISAN YANG TERUKIR
DI DALAM DADA TETAP MENANTI
TAKDIR TAK BISA KABUR
KERANA HATI MASIH DISINI MENANTIMU

Srikandi Dunia
kenangan di langkawi
12.6.2014
27 Disember 2014 5:06 PG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2014

HARAPAN YANG HILANG
Srikandi Dunia thema semacam berfelasah pula . pengucapannya semacam ingin mengkhabarkan dalam kehidupan ini perlu ada rasa fasrah dengan apa yang kita alami kekadang apa yang kita harapkan akan menjadi sebaliknya . kekadang jarang apa yang kita impikan boleh merndapat kejayaan. pula. Boleh diterima layak untuk seterusnya , (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara.



nurimanja49@gmail.com berkata...

Sajak baru boleh dihantar dalam sajak Pena Utara, Okey.

Sajak sebaiknya karya sendiri atau rerakan punya tetapi tidak perlu palagiat puisi atau sajak orang lain .

Takut anda nanti disaman pula?
okey!

nurimanja49@gmail.com berkata...

Blog ini dulu pernag mendapat top 5 atau lima bintang dalam kategori blog kreatif .

Apa pun ramai dari puak macai yang tak senang hati nak godam eloklah kita perlahankan sadikit aktiviti peregerakkannya.

Demi menjaga blog bersama. Okey, kita pakat setuju 100% saranan DAS.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sadikit masa nanti kami akan menyiarkan bersama cerpen bersiri, rencana, kisah dan tauladan dan kata2 hikmah , siri seram, isu semasa, agama, politik, komentar dan sebagainya.


Apa pun terpulang mengikut Pb1 dan Pb2 yang bertugas membantu blog en nuri ini. jika ada masa dan kelapangan.okey!