Ahad, 28 Disember 2014

SERIBULASIKAN




Sabar itu
amat mulia dan baik
akan merasa ketenangan pada dirinya.

Seribulasi
Sikap mendekatkan
Semangat berdampingan diri pada Allah.

Demi ujian
Lalu ditaati semua ibadat
Semuanya dilakukan  kerana Allah SWT

KepadaNya
Kita merasai kemanisan
Ketika madu kita dapat dalam ibadat zahiriah.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Tanggal 18  April 2014.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

1.SELOKA SINIS

sikecil tidur dengan lenanya
sigila sedang menghitung harinya
sicantik sedang meratapi dirinya
sipendita berfikir dipenghujungnya
sigagah melihat orang disekeliling
sihantu masih berdiri di jendelan
tertawa melihat gelagat mereka
ada yang tak ada akalnya
ada yang panjang pula fikirannya
cuma yang berduka hanya silicik
kerana dilihat bukanlah yang nyata
sipencerita masih kekal teguh
walaupun dibelakangnya
masih ada sipemerhati
memerhati gerak tari dilakonkan
walau ada yang tersalah langkah
sipemerhati hanya tersenyum sinis

Datuk Sri Adnan
Kuching
1.7.2015
26 Disember 2014 5:33 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2014

SELOKA SINIS

Datuk Dri Adnan menyentuh thema kehidupan gelagat manusia dewasa ini. dengan peceritaan yang penuh dengan sinis agenda mabuk kuasa , pengucapannya penuh simbolik yang padat dengan sinis. mungkin kisah yang pernah dilihat dan dialaminya . kini si penulis sebagai pemerhati Cuma sekadar mampu tersenyum sahaja melihat gelagat kehidupan manusia di alam maya ini. Semoa kita tidak begitu Amin. (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara


nurimanja49@gmail.com berkata...

2.BURUNG DAN MANUSIA

kadangkala aku mahu jadi burung
bebas terbang tanpa rasa gusar
membelah samudera dan angkasa raya
melunjur jauh dari tempat asalnya
dengan tubuh yang ringan
terbang bersama awan-awan
bersiul keriangan tenang rasanya
manusia pula lain bezanya
ada sahaja masalah datang diduga
pergi bagaikan berat dilepaskan
manusia penuh dengan hasad dengki
manusia penuh dengan kekecewaan
walau tak terasa kejamnya manusia
tetapi burung bisa tetap berbeza

Wak Kelana
Kulai
2.3.2014
26 Disember 2014 5:35 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRANURI BUAT KITA SESAMA KITA 2014

BURUNG DAN MANUSIA

Wak Kelana thema perbezaan kehidupan mahkluk Allah SWT di dunia ini. Pengucapannya yang perlu kita ambil pengajaran ingin menjadi burung atau manusia , terpulang ? Sesekali terasa bagi si penulis ingin jadi burung lebih senang dan mudah tak ada dosa dan kesusahan yang perlu kita lalui dan dialaminya seperti manusia setiap amalan buruk dan baik pasti diambil kira oleh dua pencatat malaikat kiraman dan katibin. (LS2)

Oleh: Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...


3.HARAPAN YANG HILANG

MUNGKINKAH SESUATU AKAN BERLAKU
KERANA HIDUP BAGAIKAN FATAMORGANA
DUNIA BAGAIKAN TANPA PENGHUJUNGNYA
CUMA BAYANGAN PERGI TANPA RELA
HILANG CUMA MIMPI TANPA NYATA
KIASAN UMPAMA ILUSTRASI
KAYANGAN TAK MUNGKIN ADA
HARAPAN HILANG BERSAMA DUKA
GEMBIRA HANYA SEMENTARA
MATI TANPA NISAN YANG TERUKIR
DI DALAM DADA TETAP MENANTI
TAKDIR TAK BISA KABUR
KERANA HATI MASIH DISINI MENANTIMU

Srikandi Dunia
kenangan di langkawi
12.6.2014
27 Disember 2014 5:06 PG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2014

HARAPAN YANG HILANG

Srikandi Dunia thema semacam berfelasah pula . pengucapannya semacam ingin mengkhabarkan dalam kehidupan ini perlu ada rasa fasrah dengan apa yang kita alami kekadang apa yang kita harapkan akan menjadi sebaliknya . kekadang jarang apa yang kita impikan boleh merndapat kejayaan. pula. Boleh diterima layak untuk seterusnya , (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

4.MISTERI BAYANGAN

Kaki ini masih berdiri
tegak kaku di hadapan
bangunan tak berpenghuni
semua aku lihat bagaikan halimunan
aku masih kekal teguh berdiri
cuma angin yang menemani
unggas yang berterbangan keriangan
bagaikan menyindir kehadiranku ini
aku masih berdiri di tiang panjang
melihat tiada masih belum datang
aku berpaling ke belakang
apa ku lihat hanya satu
bayangan memerhatikan aku
tapi kaki ini ku rasakan
bagaikan sudah didasar tanah
aku cuba pejamkan mata
aku harapkan sinar akan di temui

Hamid Man (penjaga blog)
Pondok Upeh
1.8.2014
26 Disember 2014 5:49 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2014

MISTERI BAYANGAN

Sdra Hamid Man dengan misteri Bayangan thema semacam berada dalam fantasi sahaja, pengucapannya juga kurang jelas dan kabur untuk mencari sesuatu yang mungkin diluar jangkauan hati dan perasaannya . Mesej seperti mengharapkan sesuatu sinar tetapi masih menemui bayangannya sahaja . Apa pun dalam fasrah ada perasaan mengharap sinar . Layak untuk seterusnya (LS2)

Oleh: Qalam Mutiara.

Datuk Sri Adnan berkata...

qalam plak yg ulas sajak? ingatkan en nuri yg ulas td...

qalam ni sapa plak? tp sy respek sbb dia paham apa mksud sajak sy yg cuba sy sampaikan.... terima kasih qalam....

Dennis Chong berkata...

seribulasi tu apa maksud dia?

Wak Kelana berkata...

kenapa sajak aku LS2 ada yg dpt LS1?? pelik jgk...

Srikandi Dunia berkata...

terima kasih ulas sajak sy... benar apa yg diulas qalam.... hehe eh! kanapa LS1 sajak sy??

Hamid Man berkata...

sajak sy cincai je tulis tu sbb jalal dok paksa2 hantar sajak tu yg jd x tentu arah tu? mursyidi ok jalal yg pak sibuk... eh! sapa menang LS1 ke LS2?

Sagenta Kuri berkata...

seribulasi? apa mksud sajak ni

Rachel Tan berkata...

seribulasi? xpnh dgr plak apa benda sajak ni

Penduga Akal berkata...

sajak ketuhanan nampaknya menarik qalam tulis kenapa x join sayembara

JUnaidi Jumai berkata...

boleh ulas rupanya kat ruangan komen aku ingatkan x boleh bru td jalal bgitau

Othman Hamzah berkata...

sajak kali ni nampaknya mcm biasa2 je ada peluang aku bleh menang ni hehehe

Panah Angkasa berkata...

sajak yg menarik pun datuk sri adnan dgn qalam mutiara yg lain2 hampeh! hahaha

Adiwira Samesta berkata...

sajak benar-benar diulas la aku ingatkan main2? menarik ni esk bleh start tulis sajak la

Haji Mustaoa berkata...

tgk smua sajak biasa2 je datuk sri kot yg menarik

Pak Akop berkata...

rasanya datuk sri boleh makan semua org kt sini sajak beliau pun menarik

nurimanja49@gmail.com berkata...

LS1 Sajak pertama layak utk seterusnya.
LS2 Sajak kedua layak untruk seterusnya .

Yang harap maaf usaha lagi itu tersingker, kalau ada sajak masuk lagi mana tahu boleh layak ...

nurimanja49@gmail.com berkata...

SIBULASI

Lebih kurang satu UJIAN ALLAH

ada panas ada hujan ada banjir, rubut ,taufan dan tanah runtuh kapal terbang jatuh , hilang dan sebagainya semuanya sibulasi ujian bagi kita yg hidup menghadapinya.