Jumaat, 25 Mac 2022

ITU YANG AKU FIKIRKAN?

 







 ITU YANG AKU FIKIRKAN? 
 
Di Indonesia !
Bertemu seorang tua ?
Waktu berjalan di satu Lorong
Pakaiannya agak aneh gaya zaman purba ?
 
Aku bertanya!
Datang dari mana pak ?
Hutan belantara mencari sesuatu?
Apa yang bapak mahu mencari? Mana Tuhan ?
 
Ingin gomom!
Aku memberi salam ?
Tidak dijawab tidak dipedulikan
Aku mohon bertanya siapa nama bapak ini ?
 
Diam berfikir!
Aku tidak punya nama?
Siapa namanya kedua ibu bapak?
Nama keduanya Itu yang sedang aku fikirkan?
 
Nampak letih!
Bapak sudah makan ?
Itulah yang sedang aku fikirkan ?
Mari saya belanja makan ? Boleh juga ya siap ?.

 
Oleh  Suara Pulau,
Catatan jam 9.00  malam.
Jumaat Tanggal 25hb Februari 2022.


IKUT MEMBABI BUTA ?

 






 IKUT MEMBABI BUTA ? 
 
Ikut membabi buta
Bangsa kita ini  terlalu mudah
Diperdaya  dan dipujuk rayu oleh musuh
Dihulur sedikit wang ringgit akan hilang bertimbangan?
Lanatas menyerah apa saja yang berlaku  ikut secara membabi buta ?
 
Bila budaya sepakat
Nawaitu hanya menumbagkan
Sebuah  parti keramat orang melayu ?
Setelah konspirasi Berjaya yang menderita orang kita?
PRU14 terimalah bangsa DAP berkuasa 3 parti melayu jadi boneka saja?
 
Ikutlah membabi buta
Bangsa sendiri jadi petualang
Demi buat kepentingan diri dan keroni ?
Siapa akan menderita dan musnah dalam  konspirasi ini?
Adalah bangsa melayu sendiri yang bersekongkol tidak mengenang budi ?
 
 

Oleh Pena Runcing
Catatan jam 4.35 minit ptg.
Khamis Tanggal 24hb Februari 2022.
 

BUAT YANG NGONG – NGONG !

 






BUAT YANG NGONG – NGONG ! 
 
2014
Konspirasi
Ternyata telahan ini
Apa yang aku dengar benar
Demi satu agenda yang tersembunyi
Tidak peduli lagi pada agama bangsa dan negara
Itulah buat bangsa kita yang betul  ngong-ngong ikut apa sahaja?
 
2018
Konspirasi
Agenda bumi hangus
Berhasillah menumbangkan BN
PH/PN  berkuasa dalam Kerjasama
Walau pun berlaku perebutan kuasa antara mereka
Dua kerajaan ini tumbang 22 bulan dan 17 bulan  saja berkuasa?
 
2022
Konspirasi
Tidak dapat dinafkan
Negara yang makmur jadi purak
Ekonomi merudum , pelanur lari keluar
Pekerja diberhentik , utang kian bertambah terillin
Ditambahkan  dengan covid 19 melanda negara seluruh dunia ?

 
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 4.35 minit ptg.
Rabu Tanggal 23hb Februari 2022.

DUNIA MELIHATNYA!

 







DUNIA MELIHATNYA!  
 
Kalau kita!
Menjadi orang ternama
Tiap langkah-langkah kita ini
Akan diperehatikan oleh Khalayak
Dan sejarah pula pastinya merakamkan
Akan tingkah laku kita sepanjang perjalanan.
  
Silap kita!
Dunia akan melihatnya
Jikalau kita berjalan tempang
Maka sejarah akan terus mencatat
Segala ketempangan jejak langkah kita
kita sendiri perlu memperbetulkannya kembali.
 
Oleh: Nurimanja,
Catatan sebelum subuh
29/03/2014 Gambar cuma hiasan.


AKU INGIN BERKAWAN DENGAN MALAIKAT.

 







AKU INGIN BERKAWAN DENGAN MALAIKAT.
 
Aku ingin berkawan  dengan malaikat
Mereka punya sikap baik dan mulia
taat  patuh dan  tunduk segala perintah  Allah SWT
Mereka tidak melakukan dosa  ?
Mereka  dijadikan daripada cahaya ?
Syaitan dijadikan daripada api ?
Kalau tidak ada api mana mungkin ada cahaya ?
Ini yang buat aku pening?
 
Aku ingin berkawan dengan malaikat
Tetapi mereka tidak ada lelaki atau perempuan
Mereka juga tidak berkawin ?
Tidak punyai nafsu serakah mcam manusia
Adakah mereka juga ingin jadi macam manusia
Punya anak, isteri dan keluarga
Sepatutnya aku kena tahu  itu semua?
Apa pun aku wajib percaya kewuhudan mereka .
 
Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 4.35 minit ptg.
Selasa Tanggal 22hb Februari 2022.


Selasa, 15 Mac 2022

ANTARA API DAN AIR ?

 









ANTARA API DAN AIR ? 
 
Semua ujian
Allah SWT menentukan
Ada orang hidup senang dan mewah
Rumahnya telah tersedia  keperluan api dan juga air
Tidak ada masaalah bila masa sahaja perlu diguna telah tersedia
 
Lihat  kami
Hidup amat memerlukan 
Pada keperluan seharian air dan api
Tetapi apa yang terjadi kepada kami negara meskin ?
Saban hari memikirkan soal dapatkan air minuman dan mandian?
 
Kami juga
Ketidak adaan  bahan api
Bergelap dalam malam sepi dan sunyi
Genarasi anak kami tidak mengerti api dalam kaca ?
Melainkan pasang unggul api sama seperti orang zaman dahulu ?
 
Kami diuji
Untuk menilai keimanan
Antara negara hidup kaya dan miskin
Sebenar Allah telah pun menentukan ujian kehidupan ?
Sebuah dunia fana yang tidak kekal buat seorang yang bertakwa?
 
Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 4.35 minit ptg.
Isnin Tanggal 21hb Februari 2022.
 

IMAN MAHADI AKAN TURUN ?

 






IMAN MAHADI AKAN TURUN ? 
 
Ada lagi darama?
Desa desus agin bertiup
Kononnya: Apa benarkah akan berlaku ?
Seorang Pemimpin Bernama Iman Mahadi akan turun ?
Apakah tanda atau pertunjuk dunia akan qiamat atau rekaan karut sahaja?
 
Jangan dimainkan?
Cerita yang tidak sahih
Atau rekaan semata bagi mengelirukan?
Kerana lewat kebelakangan ini kehidupan agak tertekan?
Maka berlakulah berbagai cerita yang gempar dan menakutkan keadaan ?
 
Jangan percaya!
Cerita yang belum pasti
Sejak tahun 2012 lagi dunia akan Qiamat?
Kini sudah tahun 2022 bunyi lagi cerita sama sandiwara ?
Qiamat kecil pun belum jelas lagi kecuali matahari naik disebelah barat ?
 
Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 6.15 minit
Isnin Tanggal 24hb Januari 2022.

GELAGAT MANUSIA KINI

 








GELAGAT MANUSIA KINI 
 
Gelagat manusia
Hari ini begitu Nampak jelas dan nyata
Ada menantu sering bergaduh dengan mak mertua
Ada suami dengan isteri ada saja yang tak kena berbalah setiap hari ?
Adakah disebabkan tekanan emonsi kita  yang kini menghempit cekek  kehidupan seharian ?
 
Ada keanehannya,
Aku sering sahaja  terdengar pekekkan
Kekadang suara seorang  suami memarahi isterinya
Kekadang suara seorang ibu memarahi anak-anak yang pulang lewat  ?
Malah ada dua orang perempuan begaduh dengan kejirannya  entah apa yang mereka rebut ?
 
Ternyata tertekan
Sejak PRU14 kerajaan bertukar tangan
Ramai yang kena berhenti kerja ekonomi pun goyang,
Gagal bayar utang atau sewa  rumah  kereta  bil-bil air api tertonggak ?
Ramai yang dilanda kemelut memikirkan akibat covid 19 dan kerisis parti politik berpanjang ?
 
Oleh Suara Pulau.
Catatan  jam 11 pagi
Hari Khamis 17hb Februari 2022.
 

ZIARAH KEMBARA DI KAMPUNG CALENGKAH

 







ZIARAH KEMBARA DI KAMPUNG CALENGKAH 
 
 
Kali ini
Kita Ziarah Kembara 
Ke kampung Calengkah desa  Cikalong
Kecamatan Sodonghilir Kabupatan Tasek Malaya .
bikin terpegun melihat keindahan, udara sejuk air melimpah ruah.
 
Waduh
Kita melihat apa saja
Di daerah ini perkampungannya Indah
Pepohon rendang kicauan burung kokokan ayam,
Sawah padi yang bertingkat- tingkat ada rumah bercat atas genting.
 
Lihat !
Air sungai mengalir
Gadis kecil terlalu biasa redah sungai
Sering bermain air terjun menghasil bueh putih ,
Itulah budaya kehidupan seharian penghuni masyarakat daerah ini.
 
Aman !
Sedamai suasana
Pergerakkan penghuni kampung ini
Keperluan hidup bergantung sumber mata air,
Tempat untuk memasak , mencuci mandi manda dan sebagainya .

 
Oleh Suara Pulau.
Catatan  jam 11 pagi
Pagi Selasa 15hb Februari 2022.
 

ZIARAH KEMBARA DI RANTAU ORANG

 







ZIARAH KEMBARA DI RANTAU ORANG 
 
Ziarah
Kembara kami
Di negeri Saudara Islam
Melihat nasib orang melayu Deli
Kota Metropolitan Medan Sumetera Utara
 
Kini 2022
Kota Belawan
Di  kota Sumatera Utara
Budaya kota Belawan penuh beca
Bersaiangan dengan  motosikal dan kereta
 
Di sininya
Banyak jualan
Pasarnya direl kereta api
terlalu biasa kalua kereta api lalu
Para penjual terhenti seketika diberi laluan
 
Bagunan
Masih kekal
Kota ini penuh Pelabuhan
Semuanya hasil peninggal Belanda
Kekal dengan bangunan kolonel gaya kelasik 
 
Pelabuhan
Kita lihat saja
Di Belawan ini ternyata
Dimana sahaja ada pelabuhannya
Hasil daripada peninggalan koloniam Belanda .
 
Oleh Suara Pulau.
Catatan  jam 11 pagi
Pagi Ahad 13hb Februari 2022.

Sabtu, 5 Mac 2022

KERETA YANG PERNAH AKU TERPAKAI

 







KERETA YANG PERNAH AKU TERPAKAI 
 
Mazda Jambu  !000 CC
Warna Putih harga Rm4,000 .00
Habis duit dapat ckim pulang dari Sarawak Malaysia
Bertugasselama 5 tahun jadi guru sementara dalam latihan disana
Mana tidaknya tayar botak injin dan wayar cereabut keluar minyak cat dah sebam ?
 
Honda civic 1050 CC
Warna merah harga RM3,000.00
Pening banyak pula kena ganti injin piun kena overhol
Selalu air kering dalam tangka panas berasap berhenti setiap jalan
Nampak cantik tetapi tetapi hati selalu saja kena jentik cari honda civic besar sikit ?
 
Tiara sedan 1050 CC
Warna hijau harga RM3, 000.00
Lama pakai hamper 15 tahun  sebelum tukat ke proton
Tiara ini pun banyak duit habis kerana selalu rosak tukar alat ganti
Akhirnya tolak saja dekat India beli besi buruk barang terpakai lelong RM250.00 saja.
 
Proton Wira arrovib
Warna perak harga RM2,000.00
Nampak macam murah bila beli banyak kena ganti pula
Beli RM2, kena beli alat ganti denkat RM3,000  hingga Rm4,000.00.
Lepas ini kami pun takt ahu nak kena ganti lagi ke ? baru kini account pula rosak ?
 

Oleh: Nurimanja
,6hb  February  2022 petang hari,
Selepas melihat berita di Tv Berita Perdana.


DUNIA DIPENUHI DENGAN KEKERUHAN

 









 DUNIA DIPENUHI DENGAN KEKERUHAN 
 
 
Asal dunia ini tempat ujian?
Semuanya penuh kesedihan dan kekelohan
Maka berjayalah mereka yang mendapat kerehatan dan  kejayaan
Tetapi mesti ingat semuanya sementara sahaja  pasti ada perjalananannya  lagi
Maka begitulah  keadaan dunia sebenarnya kekayaan dan kedudukan di dunia tidak kekal buat kita?
 
 Ini pasti ada pengajaran ?
 Semua apa sahaja yang ada di dunia ini ?
Adalah sesuatu yang pahit sesuatu yang penuh dengan permainan
Sepatutnya  di dunia ini dalam kehidupan satu permainan yang mungkin leka ?
Justeru itu dunia  mesti diangkap sebagai tempat ujian untuk kita mendapat kebahagian di akhirat?
 
Dunia ini sementara saja?
Jangan kita lupa dan leka menikmatinya?
Bagi orang beriman mereka tidak terlalu mengharap kehebatan
Terlalu keghairah mengikut tipu daya hawa nafsu yang rangkus berlebihan  ?
Sehingga kita lupa segala dihung perjalanan kita di dunia ini ada terowong Taman indah  menanti ?
 

Oleh: Nurimanja
,6hb  February  2022 petang hari,
Selepas melihat berita di Tv Berita Perdana.
 

BILA MANUSIA TIDAK MAMPU?

 






BILA MANUSIA TIDAK MAMPU? 
 
Ingin kukatakan ?
Manusia sememangnya tidak mampu
Menahan kesabaran , gelojoh , tidak mahu berlengah
Mereka mahu apa sahaja dengan segera tanpa perdulikan apa akibatnya ?
Maka tidak hairanlah sampai ke hari ini negara -negara di dalam dunia ini masih diserang Govid 19 ini ?
 
Ternyata sudah ?
Berjaya dapat dihapuskan beransur
Tetiba diberi pula kelonggaran kepada sekatan SOP ?
Maka ramailah yang mengambil kesempatan merentas sempadan negeri ?
Tanpa memperdulikan arahan malah sanggup melanggar SOP kerana terlalu lama berkurung agaknya ?
 
Lihatlah hari ini ?
Pengurangan jangkitan bertambah
Dari angka turun ratusan kini kembali kepada ribuan ?
Sedangkan  ratusan ribu Vaksin telah diberi kepada semua rakyat jelata ?
Tetapi kerana  kedengilan , kerankusan , ketidak ada peradapan manusia beginilah yang enghancurkan ?
 
Oleh: Nurimanja
,6hb  February  2022 petang hari,
Selepas melihat berita di Tv Berita Perdana.


MAHKLUK ALLAH SUDAH MARAH ?

 







MAHKLUK ALLAH SUDAH MARAH ? 
 
Kini Mentari pagi
Telah marah dan mulai bosan
Melihat tingkah laku kita yang membanggakan diri
Dengan kerja onar dan mungkar malah sedikit pun tidak pula merasa menyesal
Inilah yang kita mulai rasa Allah menghantar bala tenteraNya dengan musibah dan bala bencana alam?
 
Tidakkah kalian
Terasa bala bencananya kini ?
Penyakit covid 19, Bersama banjir kilat melanda ?
Lihat hujan lebat, rebut peter  angin putin beliun, tanah runtuh, pokok tumbang?
Semuanya ini bala tentera daripada perintah Allah SWT bagi  mengajar manusia buat onar dan mungkar?
 
Bala bencana ini
Dalam 10 tahun berlaku sekali
Dalam tahun 2012 kononnya dunia akan Qiamat ?
Tetapi bala musibah yang datang terlebih dahulu berlakunya agin rebut taufan?
Mengenelamkan taman perumahan , Tsunami luar biasa memusnahkan ratusan insan di lautan nusantara?
 
 
Catatan Pena Utara
31hb Januari 2022 petang hari,
Selepas melihat berita di Tv Berita Perdana.

WANITA DARI KACA MATA BERBEZA

 






WANITA DARI KACA MATA BERBEZA 
- dari simpanan sajak-sajak legenda –
 
Wanita yang kami tahu
bagi seorang pencinta seni
Kau adalah yunit dan menarik
Senimu hidup dan memikat
Pada apa saja bentuk dan gaya
pasti tergoda dan mempersona.
Wanita yang kami tahu
bagi seoarng kaki pemabuk
Kau bisa dilambung di awan tinggi
Turun kembali mesra di gengaman
Kau bisa dibenam di laut bergelora
Timbul kembali setia dalam pelukan.
 
Wanita yang kami tahu
bagi seorang yang kecewa
Kau bagai racun berbisa, atum nukelear
Bisa membunuh ilmu pengetahuanku
Satu-satu di celah langkah longlaimu
Membuat aku termanggu dan terharu.
Wanita yang kami tahu
bagi seorang suami penyayang
Kau teman sejati dikala susah senang
Diwaktu sunyi diantara hidup dan mati
Mendidik dan mengasuh anak zuriatku
Kaulah isteri misali dan solehah buatku.
 
Oleh: Nurimanja,
Sungai Dungun, Krian, Perak.
6hb, Ogos, 1974.