Selasa, 15 Mac 2022

ANTARA API DAN AIR ?

 









ANTARA API DAN AIR ? 
 
Semua ujian
Allah SWT menentukan
Ada orang hidup senang dan mewah
Rumahnya telah tersedia  keperluan api dan juga air
Tidak ada masaalah bila masa sahaja perlu diguna telah tersedia
 
Lihat  kami
Hidup amat memerlukan 
Pada keperluan seharian air dan api
Tetapi apa yang terjadi kepada kami negara meskin ?
Saban hari memikirkan soal dapatkan air minuman dan mandian?
 
Kami juga
Ketidak adaan  bahan api
Bergelap dalam malam sepi dan sunyi
Genarasi anak kami tidak mengerti api dalam kaca ?
Melainkan pasang unggul api sama seperti orang zaman dahulu ?
 
Kami diuji
Untuk menilai keimanan
Antara negara hidup kaya dan miskin
Sebenar Allah telah pun menentukan ujian kehidupan ?
Sebuah dunia fana yang tidak kekal buat seorang yang bertakwa?
 
Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 4.35 minit ptg.
Isnin Tanggal 21hb Februari 2022.
 

Tiada ulasan: