Khamis, 31 Mac 2016

SAMPAI HATI ORANG KITA






29.SAMPAI HATI ORANG KITA


Sampai hati orang kita
Bercadang menyingkir ketua
Entah di mana pula rasa silapnya?
Sedangkan angin rebut kilat dan peter
Tidak pula kedengaran bunyi berdendum
Bagaimana mungkin hujan turun di tengah hari?

Kita ada cara tersendiri
Untuk menyikir ikut peraturan
Bukan senang melakukan sesuka hati
Sekadar mahu bermufakat same sendiri
Bagaimana pendangan ketua cawangan lain
Sedangkan mereka masih setia dan senang hati?

Jangan cuba peningkan
Kepala ketua atasan kita ini
Dengan kemelut isu kurang bijak
Malah boleh menunjukan kelemahan diri
Bertindak dengan mesej yang kurang bijak
Sehingga malu dan menjatuhkan ahli parti sendiri?


Oleh Pena Runcing,
Catatan jam2.35 minit ptg
Tanggal 23hb Januari 2016.

RAMAI RAKANKU KEPUTIHAN






28. RAMAI RAKANKU KEPUTIHAN


Ramai  rakanku
Di sekolah rendah
begitu gah dan ghairah
cuba memakai wajah keputihan

Anak mami pun
Nampak putih melepak
Walaupun kaki dan tangan hitam
Tetapi muka dari jauh nampak putih

Tetiba ada pula
Satu pengumuman
Ubat ini diharamkan memakai
Boleh mudaratkan kesihatan wanita.

Ubat apa pun
Jika terlebih campuran
Boleh memudaratkan kesihatan
Terutama anak dalam kandung ibunya.

Oleh: Nuri Manja’
Catatan jam 8.35 pagi
Tanggal 23hb Januari 2016.