Khamis, 31 Mac 2016

RAMAI RAKANKU KEPUTIHAN






28. RAMAI RAKANKU KEPUTIHAN


Ramai  rakanku
Di sekolah rendah
begitu gah dan ghairah
cuba memakai wajah keputihan

Anak mami pun
Nampak putih melepak
Walaupun kaki dan tangan hitam
Tetapi muka dari jauh nampak putih

Tetiba ada pula
Satu pengumuman
Ubat ini diharamkan memakai
Boleh mudaratkan kesihatan wanita.

Ubat apa pun
Jika terlebih campuran
Boleh memudaratkan kesihatan
Terutama anak dalam kandung ibunya.

Oleh: Nuri Manja’
Catatan jam 8.35 pagi
Tanggal 23hb Januari 2016.


Tiada ulasan: