Rabu, 25 Januari 2023

,BERTUNANG DARAH MANIS


,

 





BERTUNANG DARAH MANIS 

Sekadar renung
Apakah benar bagai di kata?
Seorang yang bertunang itu darahnya manis
Banyak pula seorang itu kenalah jaga pantang larangnya
Sama ada di rumah atau keluar rumah di tempat kerja dan diperjalanan
 
Paling malang
kita dengar orang berkata?
Daripada mulut orang atau pun surat kabar
Terdapat seorang wanita mati kemalangan di jalan raya
Bakal tunangannya nampak begitu sedih rasa termanggu dan terharu
 
Apa patangnya
Kena selauy berwaspada ?
Ketawa jangan berlebihan jaga diri sentiasa
Jangan terlalu berkhayal asyik hingga lupa segalanya
Pastikan hari perkawinan yang berlangsung tidak mecewan keluarga.
 
Oleh Pena Runcing,
Jam 8.30 pagi
Hari Isnin Tarikh 23/1/2023,

TAHUN ARNAB

 








TAHUN ARNAB 
 
Kami sudah Nampak
Akan gaya laku pergerakkanmu agak lambat
Arnab saekor  binatang yang baik tidak ganas mesra rakan
Adakah sikapmu membawa tuah kepada perpaduan negara kita Malaysia
Kerana dalam Kerajaan Kebinet Perpaduan ini semoga kita dapatkan Kembali  bekerjasama.
 
Saekor Sang Arnab
Hidupnya selalu sahaja mengungah makanan
Tidak kira siang malam asyik mencari makan dan minuman
Berusaha dan terus berusaha berjalan dan berjalan demi mencari rezeki
Bagi menyambung sebuah erti kehidup agar tidak mati dalam keadaan lapar dan kebuluran ?
 
Apakah kita manusia
Allah SWT telah memberikan akal pemikiran
Kita gagal bergerak dan berjalan mencari rezeki dibumi ini
Sehingga sanggup mati kelaparan dan kehausan tanpa ada usaha ikhtiar
Tidak malukah kita punya akal dan pemikiran matang tetapi hidup lebih malang dari haiwan?

 
Oleh Pena Runcing,
Jam 8.30 pagi
Hari Ahad Tarikh 22/1/2023,


ADAKAH ANDA BERFIKIR ?







ADAKAH ANDA BERFIKIR ? 
 
Adakah anda fikir ?
Dalam Parti keramat orang melayu                
Penyakit beradu tomba, tohmah fitnah melanda
Terlalu jumlah hantu raya yang berkeliaran mencari mangsa ?
Semacam ingin mencekek membunuh kemudian dikuburkan UMNO segera?
 
Amat memalukan ?
Bila hantu raya yang menjelma ini
Hasil dari sikap tidak puas hati dan hasad dengki
Mereka pernah jadi PM, TPM, MTP, tapi hilang pertimbangan?
Bukannya dari parti orang lain tetapi bekas pemimpin dari ahlinya sendiri?
 
Satu budaya jijik ?
Terlalu sukar dikikis dan dibuang
Memalukan pandangan mata dunia bukan muslim
Sebaiknya yang tua kita hormati mana yang muda kita kasihi?
Tetapi kita semua hilang pertimbangan mabuk kuasa nampak mata wang?
 
 
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 7.00 pagi
Tarikh Rabu 21 January 2023

,UBAT TELAH MENGELILINGIKU





 
,


UBAT TELAH MENGELILINGIKU 
 
Aku kini pening?
Bukan pening kerana kesakitan
Pening kerana ubat sakit telah mengelilingiku ?
 
Ramai sunggyh?
Buat rerakan yang murah hati
Aku membeli mereka cuba memberi percuma ?
 
Maaf aku cakap?
Kini sudah sebulan makan nasi
Cuma lauk telur rebus kicap lemak manis saja ?
 
Apa boleh buat?
Ujian Allah SWT pasrah sajalah
tersalah makan angin bisa ulu hati menyerang ?
 
Kini Tiada lagi ?
Nasi kandar atau pun beriani
Kalau sedap datang penyakit terpaksa elakkan?
 
Oleh Pena Runcing,
Jam 5.00 pagi
ari Sabtu Tarikh 21/1/2023,

ZIARAH RUMAH PANGGUNG






ZIARAH RUMAH PANGGUNG 

Bersama Bang Abe!
Ziarah mesra silaturrahim
Di sebuah kampung Bernama Lembah Barakah
Penghuninya Kaum mualaf Muawafar bersama kalater arrozak
Mereka penhijrah dari Bedewi, Cengkuwan, Ceikumandang Rasad dan muka bumi
 
Di Kampung Barakah
Bersama  rumah penduduk
Ada rumah mussalatnya yang terbuka sahaja
Terdapat juga sekolah anak-anak dan taman permaian asuhan
Raudatul Alhfal Nurul Ilmu Kabupaten Lembak Desa Bnnjongmenteng Kelceuwidamar.
          
Buat pengunjung juga
Ingin bermalam di desa ini
Nahu menikmati alam semula jadi yang nyaman
Terdapat penginapan disediakan boleh hubung Yayasan Asmuit
Setu hari satu natu malam empat ratus ribu rufiar  mantap dan amat selesa sekali
  
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 10.00 pagi
Tarikh 14hb Januari 2023
Sedutan Youtuber dari Dibra Channel

 

Ahad, 15 Januari 2023

BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA

 



BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA 

Aku telah banyak melihat
Kehidupan masyarakat orang-orang kita
Bila mereka berada di punca menjadi penghuni gunung
Sering terlupa orang-orang sebangsa kita tinggal di lembah atau paya
Cuma meminta sokongan tanda tangan surat menyurat terasa berat dan susah.

Mereka semacam terlupa
Bila gunung ganang juga boleh di runtuh
Mereka yang duduk di atas akan rosak binasa jadinya
Sedangkan orang di lembah sebenarnya terlalu biasa dengan bencana
Hujan lebat banjir besar dan tanah runtuh tanaman musnah kediaman ranap.

Sepatut kita menolong
Tidak kira di antara satu sama yang lain
Jangan fikir engkau di puncak atau tinggal di lembah
Kita hidup di dunia ini membena masyarakat yang sederhana wataknya
Kerana kita ingin keikhlasan keredhaan bertugas demi dunia dan juga akhirat.


Catatan jam 5.40 pagi
Tarikh 7hb Januari 2023.


WAHASIL BALIK ASAL ?

 





WAHASIL BALIK ASAL ? 

UMNO
Dulu yang gah
ebih 61 tahun yang lalu
Kejayaan begitu hebat tercapai
Sejarah yang cukup Panjang buat kita
Kini Kembali wahasil balik semula kepada hasal?

UMNO
Hilang kuasa
Cuma 22 bulan saja
Tambah pula sidikit lagi
18 bulan habis semua jadi 40 bulan
Kini Kembali berkuasa dalam kerajaan perpaduan ?

UMNO
Kini berkuasa
Hidup semula bersama
Kerajaan Kabinet Perpaduan
Saranan Agong PRU15 bila didapati
Tiadak sebuah parti menang selesa bentuk kerajaan?


Oleh :Suara Pulau,
Cata tan ceramah bebas,
Selasa jam 3 pagi Tarikh 6/1/2023


,GAJI BELUM NAIK BARANG YANG NAIK ?



,GAJI BELUM NAIK BARANG YANG NAIK ?

Masalah
Bertambah besar
Aku fikirkan gaji yang naik dahulu
Tetiba barang keperluan pula yang naik dahulu
Contoh dulu Fiza saiz kecil RM5.00 naik sikit RM8.00 kini RM13.00 ?

Dahulu
Pergi kerja haji
Sekadar RM10, atau RM15,0000
Kini sudah naik menjangkau lebih RM30.0000
Kini wang yang aku simpan dalam TH tidak lagi beerti nilainya lagi ?

Terima
Inikalilah kita ubah
Nasib yang kita mahu dalam PRU
Dulu kita dapat BR1M kita tidak mahu bersyukur
Kita tuduh pemimpinnya penyamum perompak wang negara pula?

Hari ini
Janganlah bersedih
Sebab kita pilih kita yang pangkah
Apabila kita dengar hasutan tohmah dan fitnah
Dahulu makmur bergaya mewah kini berdiri pun condong ke tanah?

Oleh: Suara Pulau,
catatan ceramah beba 
Isnin  jam 5 pagi Tarikh 9/1/2023

 


ZIARAH SILATUR RAHIM KE PAKISTAN






ZIARAH SILATUR RAHIM KE PAKISTAN 

Sebuah negara Islam
Bansa dan rakyatnya kuat agama
Islam agama rasmi siarnya berkembang pesat
Termasuk cara pakaiannya yang ala budaya Arabik menutup aurat
Murree juga mempunyai satu kawasanindah  yang penuh dengan salji dan hasil air bersih
dibawah tanah.
 
Menziarahi kampung
Di Pakistan kita temui ladangan
Kebun buag-buahan , limau, jambu dan tebu
Selain terdapat juga ternakkan kambing,lembu dan kuda ayam itik
Melihat Kawasan perumahan besar didiami ramai keluarga mereka bekerja berkebun dan
Ternakkan
 
Kemajuan juga pesat
Penduduknya ramai berniaga
Membagunan dengan jalanraya yang cantek
Kelihatan aman damai odara bukit bukau yang nyaman dinikmati
Banyak perumahan menghiasi kubit bukau yang tinggi indah itu menjadikan kita terpukau
dibuatnya.
 
 
Oleh: Nurimanja,
10hb Januari 2023
Ziarag Jendela ke Pakistab.

BIL10,AWAS BILA KITA JADI PEMIMPIN







BIL10,AWAS BILA KITA JADI PEMIMPIN 
 

Awas kalian!
Bila kita jadi pemimpin
Kita seorang pelukis pencorak dunia
Ramai orang menghormati kita sepanjang masa
Untuk melukis sesuatu yang ada dihadapan kita amat berat
Perlu berhati-hati jangan sampai tersalah warna dan habis rosaklah jadinya?
 
Jangan leka!
Sebuah negara dicorak
Adalah sebuah lukisan yang cantik ?
ika kita tersalah mengadunkan warna warninya
Gagallah kita memperolehi sebuah lukisan seni yang cantik
Maka sepanjang hayatlah kita dikutuk dan dicaci kerana kegagalan melukis ?
 
Godaan riak!
Boleh menghantui jiwa
Sering datang dari pujukkan iblis ?
Hilang tanggung jawab sebagai karyawan seninya
Dilakukan mengikut kehendak hati nuraninya yang terpisung
Maka dilakukan dengan penuh keegowan keangkohan merosakkan seninya ?
 
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Hari  Salasa 1Ohb Januari 2018.
 

Khamis, 5 Januari 2023

KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR






KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR
 
 
Jika kamu telah jatuh!
dari perjalan yang tergelincer
kembalilah ke landasan yang sebenar
agar perjalanmu kini tidak ;agi akan sia-sia.
 
Begitulah keretapi laju!
tidak akan menerus berjalan
jika tidak duduk di landasan sebenar
kerana sukar sampai ke arah hala tujuan.
 
Bebaiknya kita yang gelincer
bersegeralah muhasabah diri
kembali semula ke jalan yang benar
semoga kehidupan kita penuh berarti
sebelum perjalanan kita ini diarah berhenti.
 
 
Oleh: Nurimanja,
5hb Januari 2023 siar semula.
semasa perjalanan ke Perak.
 

AKU PUN TAK TAHU?





AKU PUN TAK TAHU?
 
Dahulu
Aku di puncak
Disanjung dan dijunjung ?
 
Terkini
Entah kenapa
Aku terasa dicaci dikeji ?
 
Dimana
Silap akukah
Atau aku sudah terlupa ?
 
Macam
Tidak percaya
Aku boleh kalah teruk ?
 
Hairan
Satu kerusi pun
Tidak ada dalam dewan?
 
Ditakdir
Kami berusaha
Allah yang menentukan ?
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 9.30 malam
Hari Khamis Tarikh 4hb Januari 2023
 

.KKP POLITIK ERA BARU ?

 



.KKP POLITIK ERA BARU ?
 
 
Kemunculan
Se buah Politik era baru
Kini tiada siapa boleh menabit dada ?
Kerana yang menang tidak menang semua pon
Manakala buat parti yang kalah tidak pula kalah semua pun ?
 
Kini budaya
Mahu lompat melompat
Tidak dibenarkan dan releven lagi ?
Lalu menangislah agenda Langkah Sharaton
Bila parti Abah Kau dan Atok Haji gagal mendapat sokongan?
 
Jangan ingat
Kita mampu merancang
Ketentuan semuanya kehendakNya?
Allah menilai nawaitu kita dimana keluhuran
Layak jadi pemerentah atau Cuma jadi pembangkang sahaja?
 
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 9.30 malam
Hari Khamis Tarikh 4hb Januari 2023

 

SELAMAT DATANG MENTARI 2023

 




 SELAMAT DATANG MENTARI 2023 
 
Engkau datang lagi
Sang Mentari tahun 2023
Dalam aku masih lagi dihempet dicekek
Kau menjengok kamar usiaku yang penuh kekalutan
Aku masih lagi belum pulih lemas diselubungi kabus Mentari 2022?
 
Engkau boleh doakan
Kerana aku tidak tahu nasib
Mampukah aku berdiri dicelah kehimpitan
Sedang mereka yang berjung untuk hidup mengeluh
Aku yang lebih kerdil dan tidak punya apa-apa mampukah bersaing?
 
Engkau aku harapkan
Agar sinar suriamu mantap
Jangan persiakan kehidupan yang dahulu
Aku ingin bangkit dengan kecekalan jiwa hati Nurani
Bahawa aku yang kurus dan kerdil ini tidak mempersiakan usia muda ?
 
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 12.30 tenghari
Hari Rabu Tarikh 3hb Januari 2023

 

1BISA HULU HATI






1BISA HULU HATI 
 
Pengajaran !
Musibah di hujung tahun
Sakit dan bisanya di pangkal hulu hati
Selepas makan dua buku ruti banggali manis patoto
Bersama sebiji buah pisang berangan dan sekotak air kelapa muda.
 
Tetiba saja !
Terasa angin menangkap
Pangkal hulu hati bisa mengcengkam
Melarat sehingga ke dada dan jantung sesak nafas
Rasa resah gelisah mahu mengelipur menahan sakit bukan kepalang
 
Kini 12 hari !
Hamper 24X serangan
Terpaksa hentikan semua makanan
Kecuali air panas dan sekit makanan koko out saja
Kini ternyata hilang tenaga dan badan jadi lemah dan tidak bermaya .
 
 
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 8.40 malam
Tarikh 2hb Januari 2023.