Ahad, 27 November 2016

.BERPAUT PADA KEKUASAANNYA






.BERPAUT PADA KEKUASAAN NYA


Di mana pun kita ?
Pastinya mengharap kan
Berpaut kepada satu kekuatan.

Ketakutan itu pula?
Pastinya dapat di hilangkan
Apabila kita berusaha bertawakal.

Kelemahan ketakutan?
Akan dapat dihendarkannya
Jika kita pasrah kepada Allah S.W.T.

Jangan kita takut
Dan jangan kita bimbang
Apabila ada cita-cita berserah lah
Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.


Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan waktu jam 5.30 pagi
Tanggal Khamis  10hb November 2016.



.NYAMUK AEDES ZIKA AMARAN ALLAH .





NYAMUK AEDES ZIKA AMARAN ALLAH .

Nyamuk Aedes
Satu petanda amaran Allah
Buat mereka yang selalu  lalai dan terlupa
Jam 5 hingga 7 pagi dan petang nyamuk menyerangnya.

Demam Denggi
Satu penyakit buat kita kini
Sebagai musibah menginsafkan diri
mereka yang suka tidur di waktu pagi dan waktu petang.

Nyamuk zika ini
Bertelur di tempat air bersih
Bukan di longkang busuk hutan belukar
Tetapi di kolam mandi atau di bumbung air bertakung.

Amaran nyata
Buat mereka enggan bersolat
Waktu solat subuh dan waktu solat maghrib
Waktu inilah  Aedes mencari  dan menyerang mangsanya.


Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan waktu jam 11.00 pagi
Tanggal Rabu 9hb November 2016.

JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLAH






JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLAH


Jika kita ada kemampuan
Untuk menderma dan bersedekah
Kita hulurkanlah sekadar yang mampu
dengan seikhlasan hati murni
Kerana tangan atas yang memberi
lebih mulia dan disenangi
Dari tangan bawah yang meminta
Dengan  penuh mengharap belas kasihan,

Seorang yang dermawan
Pasti banyak dapat pahala Allah S.W.T
Dan dikenangai dan dihormati
Berbeza dengan orang yang meminta
Sering di caci dan dinesta
Jadilah seorang pemberi
Dari jadi seorang yang peminta.
Semoga Allah memelihara kita semua.


Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan pagi jam 7.00 minit
Tanggal 7hb November 2016.