Ahad, 27 November 2016

JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLAH






JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLAH


Jika kita ada kemampuan
Untuk menderma dan bersedekah
Kita hulurkanlah sekadar yang mampu
dengan seikhlasan hati murni
Kerana tangan atas yang memberi
lebih mulia dan disenangi
Dari tangan bawah yang meminta
Dengan  penuh mengharap belas kasihan,

Seorang yang dermawan
Pasti banyak dapat pahala Allah S.W.T
Dan dikenangai dan dihormati
Berbeza dengan orang yang meminta
Sering di caci dan dinesta
Jadilah seorang pemberi
Dari jadi seorang yang peminta.
Semoga Allah memelihara kita semua.


Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan pagi jam 7.00 minit
Tanggal 7hb November 2016.




1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


Hidup ini cuma sementara hendak buat baik jangan berkira. kalau ingin menderma atau besedekah segerakanlah. Itulah pahala kita bila menolong orang yg susah .